Kamen Rider Black

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kamen Rider Black
Kamen Rider Black
Kamen Rider Black
Genre Tokusatsu
Pencipta Shotaro Ishinomori
Dibintangi Tetsuo Kurata
Pencerita suara latar Kiyoshi Kobayashi
Masaki Terasoma
Komposer Eiji Kawamura
Negara asal Jepun Jepun
Bilangan episod 51
Penerbitan
Tempoh siaran 30 minit
Penyiaran
Saluran asal MBS
TBS
Siaran asal 4 Oktober 1987 – 9 Oktober 1988

Kamen Rider Black (仮面ライダーBLACK Kamen Raidā Burakku?) (harfiah: Masked Rider Black), juga dikenali di Malaysia sebagai Kesatria Baja Hitam, merupakan sebuah siri adiwira tokusatsu Jepun yang sangat popular. Ia merupakan siri kelapan daripada francais tokusatsu Siri Kamen Rider. Ia adalah hasil kerjasama antara Ishinomori Productions dan Toei, serta disiarkan di Mainichi Broadcasting System dan Tokyo Broadcasting System dari 4 Oktober 1987 sehingga 9 Oktober 1988 dengan jumlah episod sebanyak 51 episod kesemuanya. Dengan jalan cerita yang penuh dramatik serta hubungan tragik antara Kamen Rider dengan musuh utamanya, siri ini bukan sahaja popular di Jepun tetapi juga di beberapa negara lain terutamanya Malaysia. Siri tersebut sering dianggap sebagai siri klasik serta dianggap sebagai siri Kamen Rider paling popular pada lewat 80an, serta merupakan siri Kamen Rider Zaman Showa paling popular. Kamen Rider Black RX merupakan sambungan terus kepada siri ini. Siri ini turut diadaptasikan ke dalam manga bertajuk Kamen Rider Black (仮面ライダーBlack Kamen Raidā Burakku?).

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Setelah diculik oleh Gorgom pada malam hari jadi ke-19 mereka, adik-beradik tiri Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki dibedah dalam satu pembedahan cyborg untuk menjadikan mereka calon bagi Raja Makhluk Gorgom. Kedua-duanya digelar Raja Abad serta ditakdirkan untuk berlawan sesama sendiri pada perlawanan terakhir untuk menjadi Raja Makhluk. Kotaro sempat melarikan diri sebelum dibuang ingatannya (yang merupakan langkah terakhir pembedahan tersebut) atas pertolongan ayah angkatnya, dan seterusnya berpaling tadah menentang Gorgom. Dia kemudiannya mendapat tahu satu hakikat yang mengejutkan daripada ayah tirinya: Gorgom asalnya telah membunuh kedua-dua ibu bapa kandungnya dan, memandangkan Kotaro dan Nobuhiko dilahirkan pada hari berlakunya gerhana matahari, mereka digelar "Suria Perkasa Hitam" (Black Sun) dan "Bayangan Bulan" (Shadow Moon). Kotaro yang mengambil nama Kesatria Baja Hitam (Kamen Rider Black) nekad mahu menyelamatkan saudara tirinya daripada cengkaman Gorgom sambil melindungi Jepun. Walau bagaimanapun, pada lewat siri ini, Nobuhiko bangkit sebagai Bayangan Bulan serta berlawan dengan Kotaro untuk menjadi Raja Makhluk yang seterusnya.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

  1. Black!! Bertukar (BLACK!!変身 Burakku!! Henshin?)
  2. Jamuan Raksasa (怪人パーティ Kaijin Pāti?)
  3. Ganjil? Cyborg Ganjil (怪?怪・改造人間 Kai? Kai Kaizō Ningen?)
  4. Makmal Syaitan (悪魔の実験室 Akuma no Jikkenshitsu?)
  5. Berlari Melalui Kota Sesat, Kotaro (迷路を走る光太郎 Meiro o Hashiru Kōtarō?)
  6. Misteri Keupayaan Meramal Rahsia (秘密透視のなぞ Himitsu Tōshi no Nazo?)
  7. Mecha Organisma yang Dipulihkan (復元する生体メカ Fukugen Suru Seitai Meka?)
  8. Tril Syaitan (悪魔のトリル Akuma no Toriru?)
  9. Bibir Merah Bishum (ビシュムの紅い唇 Bishumu no Akai Kuchibiru?)
  10. Di Mana Nobuhiko? (信彦はどこに? Nobuhiko wa Doko ni??)
  11. Raksasa Kebuluran (飢えた怪人たち Ueta Kaijin-tachi?)
  12. Lagenda Jentera Super Dilahirkan (超マシン伝説誕生 Chō Mashin Densetsu Tanjō?)
  13. Ibu ialah Pegawai Rasmi Pemupuk Raksasa (ママは怪人養育係 Mama wa Kaijin Yōikugakari?)
  14. Hari Kehilangan Tuna (マグロが消えた日 Maguro ga Kieta Hi?)
  15. Akademi Aneh Sasaran (狙われた怪奇学園 Newareta Kaiki Gakuen?)
  16. Kawan!! Menyeberangi Laut (友よ!海を越えて Tomo yo! Umi o Koete?)
  17. Mimpi Ganjil Kyoko (杏子の不思議な夢 Kyōko no Fushigi na Yume?)
  18. Kensei Bilgenia!! (剣聖ビルゲニア!! Kensei Birugenia!!?)
  19. Jerat Neraka yang Melampaui Batas (息づまる地獄の罠 Ikidzumaru Jigoku no Wana?)
  20. Kubur Rider (ライダーの墓場 Raidā no Hakaba?)
  21. Bertembung! Dua Jentera Hebat (激突!二大マシン Gekitotsu! Ni Dai Mashin?)
  22. Bayangan Hitam yang Menyerang Ayah (パパを襲う黒い影 Papa o Osō Kuroi Kage?)
  23. Kuasa Ajaib Marmo (マルモの魔法の力 Marumo no Mahō no Chikara?)
  24. Mimpi Ngeri Pelajar Perempuan Kolej (女子大生の悪夢 Joshidaisei no Akumu?)
  25. Mecha Bersenjata yang Mengaum (爆走する武装メカ Bakusō Suru Busō Meka?)
  26. Selamatkan Gadis Esper (超能力少女を救え Chōnōryoku Shōjo o Sukue?)
  27. Lebuh Raya Berbahaya yang Memuntahkan Api (火を噴く危険道路 Hi o Fuku Kiken Dōro?)
  28. Kumbang yang Menjemput Neraka (地獄へ誘う黄金虫 Jigoku e Sasō Koganemushi?)
  29. Trofi Itu Topeng Maut? (獲物はデスマスク? Emono wa Desumasuku??)
  30. Aloha kepada Pembunuh! (暗殺者にアロハ! Ansatsusha ni Aroha!?)
  31. Membara! Pahlawan Pemuda (燃えよ!少年戦士 Moe yo! Shōnen Senshi?)
  32. Gadis Impian Yuki (夢少女・ユキ Yume Shōjo Yuki?)
  33. Sungai Kasih Sayang Ayah dan Anak (父と子の愛の河 Chichi to Ko no Ai no Kawa?)
  34. Kebangkitan?! Putera Neraka (復活?!地獄王子 Fukkatsu?! Jigoku Ōji?)
  35. Perhitungan! Dua Putera (対決!二人の王子 Taiketsu! Futari no Ōji?)
  36. Perisytiharan Perang Kasih Sayang dan Maut (愛と死の宣戦布告 Ai to Shi no Sensen Fukoku?)
  37. Ingatan adalah Langit Yubari (想い出は夕張の空 Omoide wa Yūbari no Sora?)
  38. Teka-teki!? Skuad Lelaki EP-Party (謎!?EP党少年隊 Nazo!? Ī Pī Tō Shōnen Tai?)
  39. Kuasa Syaitan Idola (アイドルの毒牙 Aidoru no Dokuga?)
  40. Rahsia Pakar Karate (カラテ名人の秘密 Karate Meijin no Himitsu?)
  41. Pemcuri Masa Berbahaya (あぶない時間泥棒 Abunai Jikan Dorobō?)
  42. Tokyo - Perhimpunan Raksasa Besar (東京-怪人大集合 Tōkyō - Kaijin Dai Shūgō?)
  43. Pertarungan Kebun Raksasa! (怪人牧場の決闘! Kaijin Bokujō no Kettō!?)
  44. Bahagian Dalam Laci ialah Laut (タンスの中は海! Tansu no Naka wa Umi?)
  45. Kematian Bunga Syak Bishum (妖花ビシュムの死 Yōka Bishumu no Shi?)
  46. Kematian Grand Baraom (壮絶バラオムの死 Sōzetsu Baraomu no Shi?)
  47. Kematian Rider! (ライダー死す! Raidā Shisu!?)
  48. Jambangan Bunga Kenangan Lautan (海に追憶の花束を Umi ni Tsuioku no Hanataba o?)
  49. Pertarungan Ganas! Kematian Darom (激闘!ダロムの死 Gekitō! Daromu no Shi?)
  50. Identiti Sebenar Raja Makhluk? (創世王の正体は? Sōsei Ō no Shōtai wa??)
  51. Hari Kiamat Gorgom (ゴルゴム最期の日 Gorugomu Saigo no Hi?)

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Kotaro Minami (南 光太郎 Minami Kōtarō?): Tetsuo Kurata (倉田 てつを Kurata Tetsuo?)
  • Nobuhiko Akizuki (秋月 信彦 Akizuki Nobuhiko?): Takahito Horiuchi (堀内 孝人 Horiuchi Takahito?)
    • Shadow Moon (シャドームーン Shadō Mūn?, Voice): Masaki Terasoma (寺杣 昌紀 Terasoma Masaki?)
  • Kyoko Akizuki (秋月 杏子 Akizuki Kyōko?): Akemi Inoue (井上 明美 Inoue Akemi?)
  • Katsumi Kida (紀田 克美 Kida Katsumi?): Ayumi Taguchi (田口 あゆみ Taguchi Ayumi?)
  • Raja Makhluk (創世王 Sōsei Ō?, Voice): Takeshi Watabe (渡部 猛 Watabe Takeshi?)
  • Darom (ダロム Daromu?, Voice): Shōzō Iizuka (飯塚 昭三 Iizuka Shōzō?)
  • Baraom (バラオム Baraomu?, Voice): Toshimichi Takahashi (高橋 利道 Takahashi Toshimichi?)
  • Bishium (ビシュム Boshumu?): Hitomi Yoshii (好井 ひとみ Yoshii Hitomi?)
  • Bilgenia (ビルゲニア Birugenia?): Jun Yoshida (吉田 淳 Yoshida Jun?)
  • Pencerita (ナレーター Narētā?): Kiyoshi Kobayashi (小林 清志 Kobayashi Kiyoshi?, 1-39) dan Masaki Terasoma (寺杣 昌紀 Terasoma Masaki?, 40-51)

Pelakon tamu[sunting | sunting sumber]

  • Hdeomi Kuromatsu (黒松 英臣 Kuromatsu Hideomi?): Susumu Kurobe (黒部 進 Kurobe Susumu?)
  • Ryusuke Taki (滝 竜介 Taki Ryūsuke?): Masaki Kyomoto (京本 政樹 Kyōmoto Masaki?)
  • Masaru Todo (東堂 勝 Tōdō Masaru?): Sent (セント Sento?)
  • Morita: Ryosuke Sakamoto (阪本 良介 Sakamoto Ryōsuke?)
  • Raksasa Ikan Paus (クジラ怪人 Kujira Kaijin?, Suara): Eisuke Yoda (依田英助 Yoda Eisuke?)

Pelakon sut[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu pembukaan
Lagu penutup
  • "Long Long Ago, 20th Century"
    • Lirik: Yōko Aki
    • Komposer: Ryudo Uzaki
    • Penggubah: Eiji Kawamura
    • Artis: Norio Sakai

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
ZX
Kamen Rider
1987–1988
Diikuti oleh:
Black RX