Kamen Rider Double

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kamen Rider Double
Logo Kamen Rider Double
Logo Kamen Rider Double
Format Tokusatsu
Pencipta Shotaro Ishinomori
Ditulis oleh Riku Sanjo, Naruhisa Arakawa, Keiichi Hasegawa
Pengarah Ryuta Tasaki, Satoshi Morota, Naosuke Kurosawa, Takayuki Shibasaki, Hidenori Ishida, Koichi Sakamoto
Dibintangi Renn Kiriyama
Masaki Suda
Hikaru Yamamoto
Minehiro Kinomoto
Pencerita suara latar Fumihiko Tachiki
Lagu pembukaan "W-B-X ~W-Boiled Extreme~" oleh Aya Kamiki w TAKUYA
Lagu penutup "Cyclone Effect" oleh Labor Day
"Free your Heat" oleh Galveston 19
"Finger on the Trigger" oleh Florida Keys
Komposer Shuhei Naruse
Kōtarō Nakagawa
Negara asal Bendera Jepun Jepun
Bahasa Bahasa Jepun
Bilangan episod 49 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit Kengo Motoi
Hideaki Tsukada
Kazuhiro Takahashi
Tempoh siaran 24-25 minit (setiap episod)
Penyiaran
Saluran asal TV Asahi
Siaran asal September 6, 2009 (2009-09-06) – Ogos 29, 2010 (2010-08-29)
Kronologi
Mengikuti Kamen Rider Decade
Diikuti oleh Kamen Rider OOO
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Kamen Rider Double (仮面ライダーW(ダブル) Kamen Raidā Daburu?, Kamen Rider W, Masked Rider Double) merupakan siri kesebelas siri Kamen Rider era Heisei serta siri Rider kedua puluh keseluruhannya. Ia mula disiarkan selepas tamatnya siri Kamen Rider Decade pada 6 September 2009[1], serta disiarkan bersama-sama Samurai Sentai Shinkenger dalam slot program Super Hero Time TV Asahi. Sebaik sahaja siri Shinkenger tamat, ia disiarkan bersama-sama siri Tensou Sentai Goseiger sehinggalah Double tamat pada 29 Ogos 2010. Ia merupakan sebahagian rancangan "Projek Ulang Tahun Kamen Rider Heisei Ke-10: Kempen Musim Luruh" (平成仮面ライダー10周年プロジェクト 秋の陣 Heisei Kamen Raidā Jusshūnen Purojekuto: Aki no Jin?). Cogan kata bagi siri ini ialah "Ini penyelesaiannya!" (これで決まりだ! Kore de kimari da!?).

Promosi[sunting | sunting sumber]

Iklan sepanjang bulan Mei, Jun dan Julai 2009 menunjukkan penampilan sulung Kamen Rider Double,[2] yang mula tampil dalam acara Projek Ulang Tahun Ke-10 MASKED RIDER LIVE & SHOW,[3] serta ditampilkan dalam Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker.

Hiroshi Tanahashi dari New Japan Pro Wrestling merupakan salah seorang peminat setia Kamen Rider Double, dan pada Jun 2010 dia telah memakai kostum yang direkabentuk berasaskan Kamen Rider Double FangJoker[4] dan memakainya semasa perlawanan di Osaka pada 19 Jun.[5] Rin Asuka turut muncul semasa perlawanan tersebut untuk mempromosikan siri ini.

Penerbitan dan pelakon[sunting | sunting sumber]

Muzium Kebangsaan Tokyo digunakan dalam lokasi penggambaran bagi kediaman Keluarga Sonozaki serta perusahaan mereka: "Museum".

Penulis utama siri ini ialah Riku Sanjo serta pengarahnya pula ialah Ryuta Tasaki. Lagu tema, "W-B-X ~W-Boiled Extreme~" dinyanyikan oleh Aya Kamiki bersama-sama bekas pemain gitar JUDY AND MARY, TAKUYA sebagai "Aya Kamiki w TAKUYA" (上木彩矢 w TAKUYA Kamiki Aya w TAKUYA?).[6][7][8] Pereka raksasa ialah Katsuya Terada, yang sebelum ini menjadi pereka watak bagi Blood: The Last Vampire, pereka watak Monster X bagi Godzilla: Final Wars, pereka kostum Cutie Honey untuk filem Cutie Honey, serta penghalusan reka bentuk watak dan mekanik bagi Yatterman.

Pendatang baru Masaki Suda melakonkan watak Philip yang misteri. Pelakon drama Renn Kiriyama, yang membuat penampilan sulungnya sebagai Bunta Marui dalam Musical Prince of Tennis: Absolute King Rikkai feat. Rokkaku ~ First Service, menyertai barisan pelakon sebagai Shotaro Hidari. Hikaru Yamamoto, yang membuat penampilan sulung dalam Watashitachi no Kyōkasho sebagai Chiharu Nobue, melakonkan watak perempuan utama Akiko Narumi. Pelawak dan pelakon Takeshi Nadagi berlakon sebagai Mikio Jinno dan pelakon veteran Minori Terada, yang dikenali sebagai pelakon utama The Human Bullet, berlakon sebagai Ryubee Sonozaki.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Di bandar raya Futo (風都 Fūto?, "Bandar Raya Di Bawah Bayu") yang penduduknya amat mementingkan kesedaran alam sekitar, terdapat banyak kincir angin manakala penduduknya hidup dalam keadaan harmoni. Namun demikian, Keluarga Sonozaki menjual peranti misteri menyerupai pemacu kilat USB dipanggil Gaia Memory kepada penjenayah serta pihak yang berminat menggunakannya untuk menjadi raksasa yang digelar Dopant, yang kemudiannya bermaharajalela sehinggakan pihak polis tidak berupaya menangani mereka. Lebih teruk lagi, Gaia Memory yang digunakan menghabiskan lebih banyak kuasa daripada sepatutnya, sehingga ke tahap penggunanya boleh mati akibat penggunaan peranti yang membahayakan nyawa itu. Selepas kematian bosnya, detektif Shotaro Hidari yang tampak bergaya (atau sekadar separuh masak) bekerja dengan Philip yang misteri, yang memiliki Gaia Memory sebenar. Menggunakan Gaia Memory mereka sendiri, Shotaro dan Philip menggunakan tali pinggang Double Driver (Pemacu Berkembar) untuk bertukar dan bergabung sebagai Kamen Rider Double untuk memerangi Dopant.[2][9] Sedang perjuangan mereka turut disertai pegawai penyiasat bernama Ryu Terui, yang bertukar kepada Kamen Rider Accel, misteri kisah silam Philip serta hubungannya dengan Keluarga Sonozaki serta sindiket Museum mereka turut didedahkan pada lewat siri ini.[2][10]

Episod[sunting | sunting sumber]

Kesemua episod Kamen Rider Double mempunyai dua tajuk: tajuk pertama menandakan tema cerita manakala tajuk kedua menandakan judul episod. Huruf tulisan Rumi di dalam tajuk tema cerita mempunyai dua makna: ia mewakili Kamen Rider atau Dopant yang ditampilkan di dalam musim cerita serta satu lagi perkataan Inggeris yang menandakan tema cerita.

  1. Pencarian W/Dua Detektif dalam Satu (Wの検索/探偵は二人で一人 W no Kensaku/Tantei wa Futari de Hitori?)
  2. Pencarian W/Orang yang Membuat Bandar Raya Menangis (Wの検索/街を泣かせるもの W no Kensaku/Machi o Nakaseru Mono?)
  3. Jangan Terlibat dengan M/Bagaimana Hendak ke Syurga (Mに手を出すな/天国への行き方 M ni Te o Dasu na/Tengoku e no Ikikata?)
  4. Jangan Terlibat dengan M/Bermain dengan Joker (Mに手を出すな/ジョーカーで勝負 M ni Te o Dasu na/Jōkā de Shōbu?)
  5. Budak Perempuan... A/Ayah ialah Kamen Rider (少女…A/パパは仮面ライダー Shōjo... A/Papa wa Kamen Raidā?)
  6. Budak Perempuan... A/Bayaran Berbohong (少女…A/嘘の代償 Shōjo... A/Uso no Daishō?)
  7. Carilah C/Philip Tidak Tahan (Cを探せ/フィリップはそれを我慢できない C o Sagase/Firippu wa Sore o Gaman Dekinai?)
  8. Carilah C/Wira Menari (Cを探せ/ダンシングヒーロー C o Sagase/Danshingu Hīrō?)
  9. Keganasan S/Lihatlah Si Detektif Orang Gaji! (Sな戦慄/メイド探偵は見た! S na Senritsu/Meido Tantei wa Mita!?)
  10. Keganasan S/Anak Detektif Hebat (Sな戦慄/名探偵の娘 S na Senritsu/Meitantei no Musume?)
  11. Dendam V/Kereta Berjangkit (復讐のV/感染車 Fukushū no V/Kansensha?)
  12. Dendam V/Raksasa Pendendam (復讐のV/怨念獣 Fukushū no V/Onnenjū?)
  13. Radio Q/Puteri Sasaran (レディオでQ/狙われたプリンセス Redio de Q/Nerawareta Purinsesu?)
  14. Radio Q/Bencana Langsung (レディオでQ/生放送大パニック Redio de Q/Namahōsō Daipanikku?)
  15. Bara F/Rider Pencuri (Fの残光/強盗ライダー F no Zankō/Gōtō Raidā?)
  16. Bara F/Tuntutlah Rakanmu (Fの残光/相棒をとりもどせ F no Zankō/Aibō o Torimodose?)
  17. Selamat Jalan N/Budak Memori (さらばNよ/メモリキッズ Saraba N yo/Memori Kizzu?)
  18. Selamat Jalan N/Kawan di Bawah Bayu (さらばNよ/友は風と共に Saraba N yo/Tomo wa Kaze to Tomo ni?)
  19. I Enggan Berhenti/Namanya Accel (Iが止まらない/奴の名はアクセル I ga Tomaranai/Yatsu no Na wa Akuseru?)
  20. I Enggan Berhenti/Gaya Kamen Rider (Iが止まらない/仮面ライダーの流儀 I ga Tomaranai/Kamen Raidā no Ryūgi?)
  21. T Kembali/Melodi yang Bukan Untuk Wanita (還ってきたT/女には向かないメロディ Kaettekita T/Onna ni wa Mukanai Merodi?)
  22. T Kembali/Lelaki yang Tidak Akan Mati (還ってきたT/死なない男 Kaettekita T/Shinanai Otoko?)
  23. L pada Bibir/Rider Penyanyi (唇にLを/シンガーソングライダー Kuchibiru ni L o/Shingā Songuraidā?)
  24. L pada Bibir/Kau Pembohong (唇にLを/嘘つきはおまえだ Kuchibiru ni L o/Usotsuki wa Omae da?)
  25. Permainan P/Patung Pencuri (Pの遊戯/人形は手癖が悪い P no Yūgi/Ningyō wa Tekuse ga Warui?)
  26. Permainan P/Akiko Melarikan Diri (Pの遊戯/亜樹子オン・ザ・ラン P no Yūgi/Akiko On Za Ran?)
  27. D Dilihat/Wanita Silap Mata Telus (Dが見ていた/透明マジカルレディ D ga Miteita/Tōmei Magikeru Redi?)
  28. D Dilihat/Bunuh Diri Twin Maximum (Dが見ていた/決死のツインマキシマム D ga Miteita/Kesshi no Tsuin Makishimamu?)
  29. Mimpi Ngeri H/Melankoli Sang Puteri Beradu (悪夢なH/眠り姫のユウウツ Akumu na H/Nemuri Hime no Yūutsu?)
  30. Mimpi Ngeri H/Siapakah Sang Putera? (悪夢なH/王子様は誰だ? Akuma na H/Ōjisama wa Dare da??)
  31. B Yang Dibawa Angin/Haiwan Mengganas (風が呼ぶB/野獣追うべし Kaze ga Yobu B/Yajū Oubeshi?)
  32. B Yang Dibawa Angin/Sekarang, Di Bawah Sinaran (風が呼ぶB/今、輝きの中で Kaze ga Yobu B/Ima, Kagayaki no Naka de?)
  33. Tragedi Y/Perempuan Yang Mencari Semalam (Yの悲劇/きのうを探す女 Y no Higeki/Kinō o Sagasu Onna?)
  34. Tragedi Y/Abang dan Adik Perempuan (Yの悲劇/あにいもうと Y no Higeki/Ani Imōto?)
  35. Melangkaui R/Hujan Raksasa Menghampiri (Rの彼方に/やがて怪物という名の雨 R no Kanata ni/Yagate Kaibutsu toiu Na no Ame?)
  36. Melangkaui R/Melepasi Mereka Kesemuanya (Rの彼方に/全てを振り切れ R no Kanata ni/Subete o Furikire?)
  37. Klien X/Jambatan Janji (来訪者X/約束の橋 Raihōsha X/Yakusoku no Hashi?)
  38. Klien X/Atas Nama Museum (来訪者X/ミュージアムの名のもとに Raihōsha X/Myūjiamu no Na no Moto ni?)
  39. Kecenderungan G/Syurga Pawagam yang Teruk (Gの可能性/バッドシネマパラダイス G no Kanōsei/Baddo Shinema Paradaisu?)
  40. Kecenderungan G/Kau Tak Boleh Dimaafkan (Gの可能性/あなたが許せない G no Kanōsei/Anata ga Yurusenai?)
  41. Kota Sesat J/Kejahatan Psikotik (Jの迷宮/猟奇的な悪女 J no Meikyū/Ryōkiteki na Akujo?)
  42. Kota Sesat J/Berlian Dilukai (Jの迷宮/ダイヤモンドは傷ついて J no Meikyū/Daiyamondo wa Kizutsuite?)
  43. Rantai O/Detektif Berumur (Oの連鎖/老人探偵 O no Rensa/Rōjin Tantei?)
  44. Rantai O/Pengakuan Shroud (Oの連鎖/シュラウドの告白 O no Rensa/Shuraudo no Kokuhaku?)
  45. Orang Yang K Perlukan/Ekor Syaitan (Kが求めたもの/悪魔のしっぽ K ga Motometa Mono/Akuma no Shippo?)
  46. Orang Yang K Perlukan/Makan Malam Terakhir (Kがもとめたもの/最後の晩餐 K ga Motometa Mono/Saigo no Bansan?)
  47. U Terbiar/Permintaan Philip (残されたU/フィリップからの依頼 Nokosareta U/Firippu kara no Irai?)
  48. U Terbiar/Rakan Selamanya (残されたU/永遠の相棒 Nokosareta U/Eien no Aibō?)
  49. Selamat Tinggal E/Sejambak Bunga Keadilan Untuk Bandar Raya Ini (Eにさよなら/この街に正義の花束を E ni Sayonara/Kono Machi ni Seigi no Hanataba o?)

Radio Internet Wind Wave[sunting | sunting sumber]

Sebagai sokongan kepada rancangan, pihak TV Asahi, Toei, dan Avex Trax membentuk sebuah stesen radio Internet Wind Wave FM. Hanya satu daripada rancangannya, "Wakana's Healing Princess" (園咲若菜のヒーリングプリンセス Sonozaki Wakana no Hīringu Purinsesu?), yang turut wujud di dalam jalan cerita Kamen Rider Double. Rancangan lain, rancangan muzik FU-TO Hit on Groove DJ Hurry Kenn serta Head Wind: One-Game Match!! (向い風 一本勝負!! Mukaikaze Ipponshōbu!!?) oleh Tsuyoshi dan Ayano, melayan siri televisyen tersebut sebagai fiksyen, serta dengan terang-terangan merujuk lagu yang diputarkan sebagai lagu tema (sebagai sebahagian permintaan melalui surat, DJ Hurry Kenn memutarkan lagu "Climax Jump" oleh AAA DEN-O form, serta merujuknya sebagai lagu tema Kamen Rider Den-O). Kesemua lagu tema Double dimainkan sebagai sebahagian daripada rancangan radio tersebut; ada di antaranya yang mula "diudarakan" sebelum digunakan sebagai sebahagian runut bunyi episod. Pada 7 Mac, satu rancangan radio baru yang menampilan Queen & Elizabeth bertajuk Queen & Elizabeth's White Hearts!! (QueenとElizabethの白抜きハートマーク!! Kuīn to Erisabesu no Shironuki Hātomāku!!?) mula "ke udara" tetapi telah dihentikan sebulan kemudian. Untuk dpadankan dengan jalan cerita terkini, siaran Healing Princess telah dihentikan pada 13 Jun 2010.

Filem[sunting | sunting sumber]

All Riders vs. Dai-Shocker[sunting | sunting sumber]

Kamen Rider Double, lakonan Kiriyama dan Suda, membuat penampilan sulung dalam filem sulung Kamen Rider Decade iaitu Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker.

Movie Wars 2010[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebahagian daripada tiga penampilan Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie Wars 2010 (仮面ライダー×仮面ライダー W(ダブル)&ディケイド MOVIE大戦2010 Kamen Raidā × Kamen Raidā: Daburu ando Dikeido Mūbī Taisen 2010?)[11], filem Double Kamen Rider Double: Begins Night (劇場版 仮面ライダーW(ダブル)~ビギンズナイト~ Kamen Raidā Daburu ~Biginzu Naito~?) mula ditayangkan di Jepun pada 12 Disember 2009. Filem tersebut menceritakan asal-usul Kamen Rider Double, menampilkan Koji Kikkawa sebagai Sokichi Narumi.[12]

A to Z/The Gaia Memories of Fate[sunting | sunting sumber]

Sebagai tambahan kepada filem Movie War 2010, Double turut mempunyai filemnya sendiri berjudul Kamen Rider Double Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate (仮面ライダーW(ダブル) FOREVER AtoZ/運命のガイアメモリ Kamen Raidā Daburu Fōebā: Ē tu Zetto/Unmei no Gaia Memori?). Difilemkan dalam 3-D[13], ia dijadualkan bakal ditayangkan di Jepun pada 7 Ogos 2010.[14]

Movie War 2011[sunting | sunting sumber]

Semasa penamat filem Double Forever, satu teaser pendek menampilkan Kamen Rider Double dan Kamen Rider Ooz menyatakan bahawa satu filem crossover yang menampilkan watak kedua-dua siri bakal ditayangkan, sebagai mana Movie War 2010. Ia secara tentatifnya dipanggil Kamen Rider × Kamen Rider OOO & Double: Movie War 2011 (仮面ライダー×仮面ライダーOOO(オーズ)&W(ダブル) MOVIE大戦2011 Kamen Raidā × Kamen Raidā Ōzu ando Daburu: Mūbī Taisen Nisenjūichi?) serta dirancang untuk ditayangkan pada Disember 2010.

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Salah satu judul dalam siri permainan Kamen Rider: Climax Heroes berjudul Kamen Rider: Climax Heroes W (仮面ライダー クライマックスヒーローズW(ダブル) Kamen Raidā Kuraimakkusu Hīrōzu Daburu?) bagi Wii mula dilancarkan pada 3 Disember 2009.[15] Ia menampilkan Kamen Rider Double sebagai watak boleh dimainkan serta turut menampilkan Dopant dan kaijin lain sebagai watak dalam permainan.

Drama mini[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebahagian ciri khas bagi pelancaran DVD, satu siri filem pendek disertakan yang dikenali sebagai "Shotaro Hidari Hardboiled Delusion Diary" (左翔太郎ハードボイルド妄想日記 Hidari Shotaro Hādoboirudo Mōsō Nikki?) di mana Shotaro berangan-angan mengenai apa akan berlaku jika dia, Akiko dan Ryu bertindak secara berbeza. Ia menampilkan Dopant di dalam judul DVD dengan peranan yang jauh berbeza daripada siri asal. Ia kemudian disusuli dengan para pelakon membincangkan babak kegemaran mereka dalam episod yang disertakan dalam DVD.

Judul
  1. Jika Akiko Sebenarnya Setiausaha Cemerlang (もしも亜樹子が優秀な秘書だったら Moshimo Akiko ga Yūshū na Hisho dattara?)
    • Dalam angan-angan Shotaro ini, Akiko merupakan seorang setiausaha yang lemah-lembut manakala Philip pula sangat aktif dalam agensi setelah mencari binatang peliharaan yang hilang, yang merupakan T-Rex Dopant.
  2. Jika Akiko Sebenarnya Ahli Majlis Bandaraya (もしも亜樹子が市議会議員だったら Moshimo Akiko ga Shigikaigiin dattara?)
    • Semasa sedang bertugas menyiasat kes Anomalocaris, Shotaro membayangkan kejadian serupa di mana Akiko merupakan ahli majlis bandar raya dan Philip menjadi anaknya. Cockroach Dopant muncul dan mereka bertiga mula menari.
  3. Jika Akiko Sebenarnya Orang Gaji (もしも亜樹子がメイドだったら Moshimo Akiko ga Meido dattara?)
    • Selepas kes Sweets Dopant, Shotaro membayangkan dirinya sebagai Ryubee Sonozaki manakala Akiko menjadi seorang penyiasat yang menyamar sebagai orang gaji. Tiba-tiba Philip muncul sebagai seorang penyiasat dengan gaya seorang "butler", menyebabkan kedua-duanya bergaduh dan Virus Dopant muncul sebagai pengadil mereka.
  4. Jila Akiko Sebenarnya Pencuri Bayangan (もしも亜樹子が怪盗だったら Moshimo Akiko ga Kaitō dattara?)
    • Selepas kes Arms Dopant serta setelah melihat Akiko membawa sebuah peti, Shotaro membayangkan dirinya menangani kumpulan pencuri Twin Rose yang terdiri daripada Philip dan Akiko. Walau bagaimanapun, Shotaro terlanggar meja yang menempatkan permata yang dilindunginya, menyebabkan permata itu jatuh dan bertukar menjadi Violence Dopant yang membelasah semua orang. Setelah tersedar dari angan-angannya, Shotaro mendedahkan bahawa peti tersebut sebenarnya mengandungi barang-barangnya semasa zaman kanak-kanaknya, menyebabkan Akiko dan Philip kecewa.
  5. Jika Ryu Sebenarnya Seorang Penyiasat (もしも竜が探偵だったら Moshimo Ryū a Tantei dattara?)
    • Sedang Akiko cuba memujuk Ryu untuk bekerja untuk Agens Penyiasatan Narumi selepas kes IceAge Dopant, Shotaro membayangkan apa akan berlaku jika dia dan Ryu bertukar kerja. Namun demikian, Shotaro pula menjadi pemberi maklumat seperti Santa-chan, dan setelah dia menyedari bahawa dia memiliki pistol, Bird Dopant datang sebagai pegawai polis tetapi Shotaro tertembaknya secara tidak sengaja. Setelah Shotaro sedar, dia mendapati Ryu enggan menerima tawaran Akiko walaupun ditawarkan pembayaran sehingga sepuluh kali ganda gaji Shotaro, menyebabkan Shotaro berasa terhina.
  6. Jika Akiko Seorang Penyanyi Idola (もしも亜樹子がアイドルだったら Moshimo Akiko ga Aidoru dattara?)
    • Setelah menyedari kejayaan Shotaro dan Philip muncul di kaca TV serta kejayaan Queen dan Elizabeth merakamkan single sulung mereka melalui rancangan TV Fuuuuuutic Idol, Akiko ingin mencuba nasib sebagai peserta. Maka, Shotaro membayangkan apa akan berlaku jika Akiko menjadi seorang penyanyi idola yang turut mempunyai rancangan radionya sendiri. Shotaro didatangi Akiko yang dikejar dua peminatnya iaitu Philip dan Ryu. Setelah mengadakan konsert di hangar, Akiko mengumumkan dia bakal berkahwin dengan Triceratops Dopant. Setelah Shotaro tersedar, Ryu membawa surat keputusan permohonan Akiko yang tidak melepasi kelayakan menjadi peserta, menyebabkan Akiko pengsan.
  7. Jika Akiko Sebenarnya Seorang Ahli Silap Mata (もしも亜樹子がマジシャンだったら Moshimo Akiko ga Majishan dattara?)
  8. Jika Akiko Sebenarnya Seorang "Isteri Ekstrim" (もしも亜樹子が【極妻】だったら Moshimo Akiko ga "Gokutsuma" dattara?)
  9. Jika Akiko Sebenarnya Seorang Adik Perempuan (もしも亜樹子が妹だったら Moshimo Akiko ga Imōto dattara?)

Pertunjukan planetarium[sunting | sunting sumber]

Di beberapa buah planetarium di seluruh Jepun, Toei menganjurkan sebuah pertunjukan berjudul "Kamen Rider: The Fearful Global Warming Plan" (仮面ライダー 恐怖の地球温暖化計画 Kamen Raidā Kyoufu no Chikyū Ondan Keikaku?) bertujuan mendidik kanak-kanak tentang bahaya pemanasan global (dengan penceritaan oleh Hirohiko Kakegawa). Kamen Rider Double (lakonan Kiriyama dan Suda), bersama-sama Kamen Rider 1 (lakonan Tetsu Inada), Kamen Rider 2 (lakonan Takahiro Fujimoto), serta sepuluh Kamen Rider Heisei yang lain, menentang Shocker pimpinan presidennya (Hidekatsu Shibata) dan Hiruchameleon Gel-Shocker (lakonan Yasuhiro Takato) yang merancang untuk memusnahkan Bumi melalui pemanasan global. Persembahan bermula di Muzium Sains Fukuoka pada 5 Jun 2010, dan seterusnya di Sanuki Kid's Land di Wilayah Kagawa, Time Dome Akashi di Chūō, Tokyo, Pusat Manabi Seki, Pusat Sains Perbandaran Kagoshima, Dewan Subaru Tondabayashi, dan Balai Cerap Astronomi Sendai di Aoba-ku, manakala persembahan di tempat-tempat seterusnya akan bermula lewat tahun 2010 di Muzium Sains Kobe di Chūō-ku, Kobe, dan Muzium Sains Belia Perbandaran Saitama di Urawa-ku, Saitama.[16]

Panduan Gaia Memory[sunting | sunting sumber]

Kamen Rider Double DVD: Panduan Gaia Memory (仮面ライダーW(ダブル) DVD ガイアメモリ大図鑑 Kamen Raidā Daburu Dī Bui Dī Gaia Memori Daizukan?) merupakan DVD yang dipakejkan bersama-sama isu Ogos 2010 bagi majalah Televi-kun. DVD tersebut juga didatangkan dengan sebuah buku kecil yang mengandungi maklumat yang diterangkan di dalam DVD tersebut.

Sebaik sahaja selepas insiden kes Donburi Dopant (Hyper Battle DVD), Shotaro merakamkan peristiwa kes tersebut sehinggalah dia mendengar kekecohan di dalam hangar di mana Philip tidak sedarkan diri. Sebaik Philip tersedar, dia hilang kesemua ingatannya mengenai Gaia Memory. Shotaro menggunakan majalah Televi-Kun untuk mengajar semula Philip, bermula dengan Ingatan Roh Philip, dan seterusnya Ingatan Jasad Shotaro, Fang Memory, dan akhir sekali Xtreme Memory. Philip akhirnya berjaya memulihkan ingatannya, dan menyedari bahawa dia tergelincir di atas sebiji telur yang digunakan oleh Shotaro untuk membuat donburi. Shotaro cuba beredar, tetapi kemudian dia pula tergelincir di atas sebiji telur dan terjatuh.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Shotaro Hidari (左 翔太郎 Hidari Shōtarō?): Renn Kiriyama (桐山 漣 Kiriyama Ren?)
  • Philip (フィリップ Firippu?): Masaki Suda (菅田 将暉 Suda Masaki?)
  • Akiko Narumi (鳴海 亜樹子 Narumi Akiko?): Hikaru Yamamoto (山本 ひかる Yamamoto Hikaru?)
  • Ryu Terui (照井 竜 Terui Ryū?): Minehiro Kinomoto (木ノ本 嶺浩 Kinomoto Minehiro?)
  • Mikio Jinno (刃野 幹夫 Jinno Mikio?): Takeshi Nadagi (なだぎ 武 Nadagi Takeshi?)
  • Shun Makura (真倉 俊 Makura Shun?): Shingo Nakagawa (中川 真吾 Nakagawa Shingo?)
  • Watcherman (ウォッチャマン Wotchaman?): Nasubi (なすび?)
  • Santa-chan (サンタちゃん Santachan?): Zennosuke Fukkin (腹筋 善之介 Fukkin Zennosuke?)
  • Queen (クイーン Kuīn?): Tomomi Itano (板野 友美 Itano Tomomi?, AKB48)
  • Elizabeth (エリザベス Erizabesu?): Tomomi Kasai (河西 智美 Kasai Tomomi?, AKB48)
  • Ryubee Sonozaki (園咲 琉兵衛 Sonozaki Ryūbee?): Minori Terada (寺田 農 Terada Minori?)
  • Saeko Sonozaki (園咲 冴子 Sonozaki Saeko?): Ami Namai (生井 亜実 Namai Ami?)
  • Wakana Sonozaki (園咲 若菜 Sonozaki Wakana?): Rin Asuka (飛鳥 凛 Asuka Rin?)
  • Kirihiko Sonozaki (園咲 霧彦 Sonozaki Kirihiko?): Yuki Kimisawa (君沢 ユウキ Kimisawa Yūki?)
  • Jun Kazu (加頭 順 Kazu Jun?): Gong Teyu (コン・テユ Kon Teyu?)[17]
  • Smilodon Dopant (スミロドン・ドーパント Sumirodon Dōpanto?, Voice): Yasuhiro Takato (高戸 靖広 Takato Yasuhiro?)
  • Shinkuro Isaka (井坂 深紅郎 Isaka Shinkurō?): Tomoyuki Dan (檀 臣幸 Dan Tomoyuki?)
  • Shroud (シュラウド Shuraudo?, Voice): Naoko Kouda (幸田 直子 Kōda Naoko?)
  • Pencerita, Gaia Memory (ナレーション、ガイアメモリ Narēshon, Gaia Memori?, Voice): Fumihiko Tachiki (立木 文彦 Tachiki Fumihiko?)

Bintang tamu[sunting | sunting sumber]

  • Marina Tsumura (津村 真里奈 Tsumura Marina?, 1-2): Meibi Yamanouchi (山内 明日 Yamanouchi Meibi?)
  • Taizo Kaga (加賀 泰造 Kaga Taizō?, 3-4): Tatsuya Gashuin (我修院 達也 Gashūin Tatsuya?)
  • Chizuru Hoshino (星野 千鶴 Hoshino Chizuru?, 7-8): Reina Fujii (藤井 玲奈 Fujii Reina?)
  • Ikari (伊刈?, 7-8): Jin Katagiri (片桐 仁 Katagiri Jin?)
  • Guru (教師 Kyōshi?, 7-8): Hiroshi Watari (渡 洋史 Watari Hiroshi?)
  • Mai Asakawa (浅川 麻衣 Asakawa Mai?, 9-10, 14): Eri Otoguro (乙黒 えり Otoguro Eri?)
  • Kurosu (黒須?, 11-12): KOJI
  • Budak perempuan kecil (若い女性 Wakai Josei?, 12): Hikari Kajiwara (梶原 ひかり Kajiwara Hikari?)
  • Motoko Saeki (佐伯 素子 Saeki Motoko?, 13-14): Shion Nakamaru (中丸 シオン Nakamaru Shion?)
  • Kenji Kurata (倉田 剣児 Kurata Kenji?, 15-16): Kōichirō Nishi (西 興一朗 Nishi Kōichirō?)
  • Makiko Katahira (片平 真紀子 Katahira Makiko?, 19-20): Itsumi Osawa (大沢 逸美 Ōsawa Itsumi?)
  • Kiyoshi Katahira (片平 清 Katahira Kiyoshi?, 19-20): Kento Shibuya (渋谷 謙人 Shibuya Kento?)
  • Aya Kujo (九条 綾 Kujō Aya?, 21-22): Ayumi Kinoshita (木下 あゆ美 Kinoshita Ayumi?)
  • Ken Akutsu (阿久津 憲 Akutsu Ken?, 21): Hiroo Otaka (大高 洋夫 Ōtaka Hiroo?)
  • Himuro (氷室 21?): Hiroyuki Muraoka (村岡 弘之 Muraoka Hiroyuki?)
  • Pensyarah Marah (鬼教官 Oni Kyōkan?, 21): Kenji Tominaga (富永 研司 Tominaga Kenji?)
  • Pengedar Gaia Memory (ガイアメモリ流通組織の男 Gaia Memori Ryūtsū Soshiki no Otoko?, 21): Shinichi Kaneda (金田 進一 Kaneda Shin'ichi?), Eitoku (永徳?)
  • Aya Kamiki (上木 彩矢 Kamiki Aya?, 23-24)
  • TAKUYA (23-24)
  • Ichirouta Oonuki (大貫 一朗太 Ōnuki Ichirōta?, 23-24): Ichiro Mizuki (水木 一郎 Mizuki Ichirō?)
  • Lily Shirogane (リリィ白銀 Riryi Shirogane?, 27-28): Nao Nagasawa (長澤 奈央 Nagasawa Nao?)
  • Himeka Yukimura (雪村 姫香 Yukimura Himeka?, 29-30): Natsuko Aso (麻生 夏子 Asō Natsuko?)
  • Kyūzō of the Turret (櫓の久蔵 Yagura no Kyūzō?, 29): Seizō Fukumoto (福本 清三 Fukumoto Seizō?)
  • Sokichi Narumi (鳴海 荘吉 Narumi Sōkichi?, 31): Koji Kikkawa (吉川 晃司 Kikkawa Kōji?)
  • Yukie Sudo (須藤 雪絵 Sudō Yukie?, 33-34): Kaoru Hirata (平田 薫 Hirata Kaoru?)
  • Nagi Shimamoto (島本 凪 Shimamoto Nagi?, 35-36): Miyuu Wagawa (和川 未優 Wagawa Miyū?)
  • Ai Nijimura (虹村 あい Nijimura Ai?, 39-40): Erika Yazawa (谷澤 恵理香 Yazawa Erika?)
  • Toru Kawai (川相 透 Kawai Tōru?, 39-40): Naoki Kawano (川野 直輝 Kawano Naoki?)
  • Kyoko Todoroki (轟 響子 Todoroki Kyōko?, 45-46): Yuka Hirata (平田 裕香 Hirata Yuka?)[18]
  • Neon Ulsland (ネオン・ウルスランド Neon Urusurando?, 47-48): Maria Theresa Gow (マリア・テレサ・ガウ Maria Teresa Gau?)[19]

Pelakon sut[sunting | sunting sumber]

  • Kamen Rider Double: Seiji Takaiwa (高岩 成二 Takaiwa Seiji?)
  • Kamen Rider Accel: Eitoku (永徳?)
  • Terror Dopant: Ryo Yokota (横田 遼 Yokota Ryō?)
  • Taboo Dopant, Shroud: Yūki Ono (小野 友紀 Ono Yūki?)
  • ClayDoll Dopant, ClayDoll Etreme Dopant, Dopant lain: Satoshi Fujita (藤田 慧 Fujita Satoshi?)
  • Nasca Dopant, Weather Dopant, R Nasca Dopant, Dopant lain: Jun Watanabe (渡辺 淳 Watanabe Jun?)
  • Smilodon Dopant, Dopant lain: Yugo Fujii (藤井 祐伍 Fujii Yūgo?)

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu pembukaan
  • "W-B-X ~W-Boiled Extreme~"
    Dibaca sebagai "Dub-B-X ~Double Boiled Extreme~", lagu ini dicipta oleh Fujibayashi dan Naruse, yang telah menyumbangkan kepada penghasilan lagu tema siri Kamen Rider Heisei di tangga teratas "Climax Jump" (#2), "Break the Chain" (#3), dan "Journey through the Decade" (#2) dalam carta Oricon, didendangkan oleh Kamiki dan TAKUYA serta dilancarkan pada 11 November 2009. Paa minggu pertama pelancaran, ia melonjak ke kedudukan #8 dalam carta mingguan Oricon.
Lagu tema penamat
  • "Cyclone Effect"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer: AYANO (dari FULL AHEAD)
    • Penggubah: Labor Day
    • Artis: Labor Day
    • Episod: 3-6, 9, 21, 23, 24, 25
    Lagu tema penamat pertama Kamen Rider Double "Cyclone Effect" mula dilancarkan pada 25 November 2009, sebagai sebuah single. Sementara lagu tersebut bertujuan sebagai lagu tema Kamen Rider Double CycloneJoker, lagu ini turut dimainkan semasa babak pertarungan dalam bentuk yang lain. Vokalisnya adalah Sunaho Takeuchi (竹内 沙帆 Takeuchi Sunaho?) dari Utayacco. Versi akustik kedengaran pada episod 21.
  • "Free your Heat"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer & Penggubah: Ryo (dari Ketsumeishi)
    • Artis: Galveston 19
    • Episod: 10, 11, 13, 19, 20, 21
    Lagu tema Kamen Rider Double HeatMetal mula dimainkan oleh stesen radio Wind Wave. Ia kemudian tmenjadi salah satu daripada tiga lagu penamat, dilancarkan sebagai dalam bentuk CD pada 16 Disember 2009. Kumpulan tersebut terdiri daripada ahli-ahli kumpulan everset, iaitu Tsuyoshi Himura (緋村 剛 Himura Tsuyoshi?) sebagai vokalis, tatsuo sebagai pemain gitar, serta Tenji Nagano (長野 典二 Nagano Tenji?) sebagai pemain bass.
  • "Finger on the Trigger"
    Lagu tema Kamen Rider Double LunaTrigger ini mula ditampilkan sekejap dalam rancangan radio internet Wind Wave sebelum disiarkan di dalam siri tidak lama kemudian. Lagu ini dilancarkan dalam bentuk CD pada 16 Disember 2009. Vokalisnya ialah U-Sagi dan Yosh dari kumpulan Shamo (軍鶏?).
  • "Naturally"
    Wakana Sonozaki (Rin Asuka) turut memiliki singlenya tersendiri berjudul "Naturally" yang mula ditampilkan dalam rancangan radionya.[20] Ia kemudiannya ditampilkan di dalam siri televisyen dalam satu babak cerita yang menumpukan kepadanya (Shotaro dan Philip yang meminati rancangan radionya menghafal kesemua liriknya serta tarian iringan). "Naturally" dilancarkan dalam bentuk CD pada 27 Januari 2010.[21]
  • "Leave all Behind"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer: Ryo (dari Ketsumeishi)
    • Penggubah: Wilma-Sidr
    • Artis: Wilma-Sidr
    • Episod: 22
    Lagu baru ini mula ditampilkan dalam rancangan FU-TO HIT on GROOVE pada hari kemunculan sulung Kamen Rider Accel di dalam siri.[22] Dalam episod 22, ia mula digunakan buat pertama kali sebagai lagu tema penamat Kamen Rider Accel.
  • "LoveWars"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer & Penggubah: Shuhei Naruse
    • Artis: Queen & Elizabeth (Tomomi Itano & Tomomi Kasai)
    • Episod: 23, 24
    Sebagai sebahagian penglibatan mereka dalam pembikinan Kamen Rider Double, Tomomi Itano dan Tomomi Kasai dari AKB48 melancarkan lagu "LoveWars" pada 31 Mac 2010, dalam empat CD berbeza, tiga daripadanya mengandungi DVD dengan video muzik, "trading card", serta satu runut bonus khas. CD keempat merupakan keluaran CD sahaja tanpa runut bonus pada tiga CD sebelumnya.[23][24] Lagu tersebut mula ditampilkan semasa rancangan Fuuuuuutic Idol dalam tema episod "L on the Lips" di mana watak Queen & Elizabeth menyertai rancangan tersebut untuk memenangi kontrak pembikinan CD sulung mereka.
  • "Extreme Dream"
    • Lirik: Shoko Fujibayashi
    • Komposer: AYANO (dari kumpulan FULL AHEAD)
    • Penggubah: Labor Day
    • Artis: Labor Day
    • Episod: 46
    Pada 13 Jun 2010, dalam satu episod FU-TO HIT on GROOVE, Labor Day menampilkan lagu terbaru mereka bagi siri ini iaitu "Extreme Dream".[27][28][29] Lagu tersebut hanya ditampilkan dalam siri televisyen 2 bulan kemudian.

Semasa babak dalam episod 8, lagu "Glorious Street" (Glorious street 栄光の道 Glorious street Eikō no Michi?) oleh Florida Keys dimainkan oleh seorang watak. Semasa episod 23, Shotaro dan Philip menyanyikan semula lagu "Finger on the Trigger" dalam pertandingan Fuuuuuutic Idol. Semasa episod 23 dan 24, watak Jimmy Nakata mempersembahkan lagu asal bertajuk "Futo Tower" (風都タワー Fūto Tawā?); lagu tersebut disertakan sebagai runut bonus dalam versi DVD standard bagi single "LoveWars". Sebagai tambahan kepada lagu-lagu tersebut, DJ Head Wind One-Game Match!! Tsuyoshi & Ayano (つよしとあやの Tsuyoshi to Ayano?) menulis dan mempersembahkan lagu "WIND WAVE" sebagai lagu tema stesen radio fiksyen tersebut. Lagu tersebut, bersama-sama lagu "Glorious Street (Eikō no Michi)", dan "Extreme Dream" akan disertakan dalam satu set kotak CD lengkap.[30]

Kumpulan muzik yang mendendangkan lagu-lagu penamat turut ditampilkan sebagai kumpulan pemuzik tempatan dalam bandar raya fiksyen Futo: "Cyclone Effect" oleh kumpulan rock crossover Labor Day, "Free Your Heat" oleh kumpulan heavy metal/hard rock Galveston 19, dan "Finger on the Trigger" oleh kumpulan hip-hop Florida Keys. Kesemua kumpulan tersebut dinamakan sempena nama-nama taufan besar pada awal abad ke-20: Taufan Hari Pekerja (Labor Day) 1935, Taufan Galveston 1900, serta Taufan Florida Keys 1919. Kumpulan terbaru iaitu kumpulan visual kei Wilma-Sidr, dinamakan sempena Taufan Wilma dan Siklon Sidr.

Parodi[sunting | sunting sumber]

Episod 295-A anime Keroro berjudul "Keroro, Dua adalah Satu Kerororm" (ケロロ 二人が一人ケロロ〜ム! であります Keroro Futari ga Hitori Kerorōmu! de Arimasu?) menampilkan ahli Platun Keroro menjumpai artifak yang membolehkan mereka bergabung menjadi satu makhluk Keron baharu, setiap satunya dengan kuasa baharu. Tajuk episod tersebut berasaskan cogan kata Kamen Rider Double dan hasil pertukaran menyerupai bentuk pertukaran Kamen Rider Double (setiap watak kelihatan terpisah di bahagian tengah, contohnya Keroro dan Tamama).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Uchuusen No. 125
  2. 2.0 2.1 2.2 Telebikun August 2009
  3. "10th Anniversary ProjectMASKED RIDER LIVE & SHOW~十年祭~|テレビ朝日|仮面ライダーディケイド". Diperoleh pada 2009-06-10. 
  4. "2010年06月25日". June 25, 2010. Diperoleh pada 2010-06-28. 
  5. "新日本プロレスオフィシャルWEBサイト -試合結果-". Diperoleh pada 2010-06-28. 
  6. "桐山漣と菅田将暉が合体で仮面ライダーW - 芸能ニュース : nikkansports.com". Diperoleh pada 2009-06-29. 
  7. "新イケメンライダーはジャニーズ系美男子でW主演! - 東京ウォーカー". Diperoleh pada 2009-06-29. 
  8. "新・仮面ライダーは“2人で1人”の「仮面ライダーW」 ニュース-ORICON STYLE-". 2009-06-29. Diperoleh pada 2009-06-29. 
  9. "仮面ライダーダブル introduction|東映[テレビ]". Diperoleh pada 2009-06-30. 
  10. "仮面ライダーダブル introduction|東映[テレビ]". Diperoleh pada 2009-06-30. 
  11. "仮面ライダー×仮面ライダー W&ディケイドMOVIE大戦2010 | 東映[映画]". Diperoleh pada 2009-10-03. 
  12. "吉川晃司が変身!前代未聞のドクロライダー(芸能) ― スポニチ Sponichi Annex ニュース". 2009-10-05. Diarkibkan daripada asal pada 2009-10-06. Diperoleh pada 2009-10-05. 
  13. "「アバター」に続け、国産3D映画への挑戦、ノウハウ手探り-アニメニュース Japanimate.com". 2010-04-24. Diperoleh pada 2010-04-24. 
  14. "劇場版 仮面ライダーW/天装戦隊ゴセイジャー THE MOVIE | 東映[映画]". Diperoleh pada 2010-05-05. 
  15. Weekly Famitsu, October 8, 2009
  16. "プラネタリウム番組情報「仮面ライダー 恐怖の地球温暖化計画」|株式会社五藤光学研究所". Diperoleh pada 2010-08-04. 
  17. "コン・テユ 公式ブログ ★パイナップル畑で待ち合わせ★: 仮面ライダーW". 2010-05-23. Diperoleh pada 2010-05-30. 
  18. "その名もっ!-平田裕香の日記". 2010-07-01. Diperoleh pada 2010-07-07. 
  19. "情報解禁!!!|★GOWISH★マリア・テレサ・ガウOfficial blogPowered by Ameba". 2010-08-02. Diperoleh pada 2010-08-07. 
  20. "仮面ライダーW(ダブル) 第8話 「Cを探せ/ダンシングヒーロー」|東映[テレビ]". 2009-10-18. Diperoleh pada 2009-10-17. 
  21. "久しぶりの良い天気:若菜のヒーリングプリンセス|Windwave". 2009-11-15. Diperoleh pada 2009-11-16. 
  22. "風都のイカしたバンドを‥...:FU-TO HIT on GROOVE|Windwave". Diperoleh pada 2010-01-24. 
  23. "仮面ライダーダブル". Diperoleh pada 2010-01-21. 
  24. "最強アイドルと最強ヒーローがコラボ - livedoor ニュース". 2010-01-21. Diperoleh pada 2010-01-21. 
  25. "Amazon.co.jp: Nobody's Perfect: 鳴海荘吉: 音楽". Diperoleh pada 2010-04-22. 
  26. "Amazon.co.jp: Nobody's Perfect (CD+DVD): 鳴海荘吉: 音楽". Diperoleh pada 2010-04-22. 
  27. "きっといつかは...:FU-TO HIT on GROOVE|Windwave". 2010-06-13. 
  28. "http://windwave.jp/groove/20100620_154.php". 2010-06-20. Diperoleh pada 2010-06-20. 
  29. "あと何回??:FU-TO HIT on GROOVE|Windwave". 2010-08-08. Diperoleh pada 2010-08-08. 
  30. "仮面ライダーW". Diperoleh pada 2010-08-13. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Decade
Kamen Rider
2009–2010
Diikuti oleh:
OOO