Kamen Rider Double (watak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Catatan: Penggunaan templat ini adalah tidak digalakkan.
Kamen Rider Double dalam formasi CycloneJoker. Ini merupakan bentuk asas yang dilihat dalam iklan serta bentuk pertama Double ditampilkan dalam semua media. Motif dualiti serta huruf W boleh dilihat dalam kesemua 10 bentuk penjelmaan Double.

Kamen Rider Double (仮面ライダーW(ダブル) Kamen Raidā Daburu?) merupakan watak utama siri Kamen Rider 2009 – 2010, Kamen Rider Double. Nama Double diambil daripada perkataan Inggeris yang memaparkannya sebagai Kamen Rider pertama yang memerlukan dua orang untuk bertukar; oleh itu, dia menggunakan huruf W sebagai motifnya. Penampilan sulungnya ialah semasa filem Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker.

Shotaro Hidari[sunting | sunting sumber]

Shotaro Hidari (左 翔太郎 Hidari Shōtarō?, lakonan Renn Kiriyama) ialah seorang detektif yang mendakwa dirinya bergaya (hard-boiled), walaupun sering dianggap "separuh masak" (half-boiled) oleh orang lain, yang berpakaian dengan gaya penyiasat 1940-an serta memakai topi buatan Windscale. Dia mempunyai intuisi yang kuat serta mampu meneka dalang di sebalik jenayah sebelum Philip mengesahkan identiti si dalang itu. Dengan ikrar mahu memastikan tiada siapa berasa sedih, Shotaro mengambil kerja tersebut sebagai anak murid kepada penyiasat persendirian terkenal Futo, Sokichi Narumi. Walau bagaimanapun, semasa peristiwa Begins Night (ビギンズナイト Biginzu Naito?), satu siasatan terhadap satu organisasi misteri membawa kepada pertemuan dengan Philip sebelum kematian Narumi, meninggalkan Shotaro untuk meneruskan perjuangannya. Setahun kemudian, dengan tidak mahu melihat gurunya mati sia-sia begitu sahaja, Shotaro bekerja memerangi gelombang jenayah Dopant dengan menjadi orang jalanan, menghubungi pelbagai pemberi maklumat yang dikenali sebagai Futo Irregulars dan seterusnya bertukar menjadi Kamen Rider Double dengan menjadikan tubuhnya sebagai asas penjelmaan. Shotaro mengambil peranan sebagai Kamen Rider Double dengan sangat serius serta dengan penuh kebanggaan memandangkan nama "Kamen Rider" itu diberi sendiri oleh warga kota. Oleh itu, dia cuba menjaga nama baik Kamen Rider Double. Nama keluarganya bermaksud "kiri" ( hidari?) dan Gaia Memorynya memberikan kedudukannya di sebelah kiri pada setiap formasi Double.[1][2][3]

Philip[sunting | sunting sumber]

Philip (フィリップ Firippu?, lakonan Masaki Suda) merupakan seorang pemuda misteri yang memiliki Gaia Memory (地球の記憶 Chikyū no Kioku?) sebenar, dirujuk sebagai "Anak Terpilih" (運命の子 Unmei no Ko?) yang digunakan kuasanya untuk mencipta Gaia Memory dan sesiapa yang memilikinya dikatakan mampu menakluk dunia. Nama sebenarnya ialah Raito Sonozaki (園咲 来人 Sonozaki Raito?), anak ketiga Ryubee, yang mindanya sudah diubahsuai oleh Satoshi Yamashiro atas arahan bapanya yang mahukan dia tiada ingatan mengenai namanya dan keluarganya. Setelah diselamatkan oleh Shotaro dan Sokichi Narumi daripada organisasi Museum, dan seterusnya mendapat nama panggilannya daripada Sokichi, Philip membantu Shotaro untuk menebus kesalahannya kerana menjadi boneka organisasi tersebut. Philip membantu penyiasatan aktiviti Dopant melalui keupayaannya untuk mencapai Rak Buku Planet (地球(ほし)の本棚 Hoshi no Hondana?), satu koleksi besar buku bagi kesemua maklumat dunia dalam mindanya. Walau bagaimanapun, oleh kerana dia tidak mempunya ingatan masa lampau sebelum diselamatkan serta keperluan untuk merahsiakan kedudukannya daripada pengejarnya, dia menghabiskan masanya di dalam hangar rahsia agensi, membaa mengenai pelbagai topik yang dirasakan menarik. Kadang-kadang tumpuannya yang tidak bertempat terhadap sesuatu topik boleh bertukar menjadi obsesi yang menyelubunginya sehingglah dia mengetahui segala-galanya mengenainya, yang sering mengganggu proses penyiasatan. Dia melawan Dopant bersama-sama Shotaro, membolehkan kesedarannya dipisahkan daripada jasadnya untuk berlawan sebagai Kamen Rider Double, dengan Gaia Memory bagi sebelah kanan Double.[1][2][3] Philip dinamakan oleh Sokichi sempena detektif fiksyen Philip Marlowe. Namanya turut dieja sebagai "Philippe" dalam aura yang dihasilkan semasa memasuki Rak Buku Planet. Sebutan bagi nama sebenarnya iaitu "Raito" adalah sama bagi perkataan Inggeris "right", memandangkan dia membentuk sebelah kanan penjelmaan.

Bentuk[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana Kamen Rider sebelumnya, Double boleh bertukar ke pelbagai bentuk yang boleh dicapai melalui pemacu kilat USB milik Shotaro dan Philip dipanggil Gaia Memory (ガイアメモリ Gaia Memori?). Gaia Memory yang digunakan Double untuk mencapai kuasa yang berbeza bergantung kepada kombinasi jenis Gaia Memory yang digunakan. Apabila Shotaro dan Philip memasukkan Gaia Memory mereka pada tali pinggang Double Driver, kesedaran Philip memasuki tubuh Shotaro untuk menghasilkan Double. Ayat utama yang digunakan pada awal pertarungan ialah "Sekarang, hitunglah kesalahan kau!" (さあ、お前の罪を数えろ! Sā, omae no tsumi o kazoero!?), ayat yang asalnya sering digunakan oleh Sokichi Narumi.[1][2][3] Semasa bergabung sebagai Double, Shotaro biasa lebih banyak bercakap, walaupun kedua-duanya bercakap ayat pertarungan mereka serta apabila mengumumkan serangan Maximum Drive. Apabila Philip bercakap dengan dirinya semasa bertukar, mata kanan Double berkelip. Keupayaan fungsi Double bergantung kepada keadaan Shotaro dan Philip. Jika penyegerakan mereka diganggu, Double tidak akan berupaya untuk bergerak dengan betul. Jika bentuk Rider mereka menerima kesan serangan, kedua-duanya akan berasa sakit apabila bertukar ke bentuk asal dan Philip akan sering pengsan kerana perwakilannya yang lebih lemah.

Bentuk pertukaran Kamen Rider Double
Joker Metal Trigger
Cyclone CycloneJoker[4] CycloneMetal CycloneTrigger
Heat HeatJoker HeatMetal HeatTrigger
Luna LunaJoker LunaMetal LunaTrigger

CycloneJoker[sunting | sunting sumber]

CycloneJoker (サイクロンジョーカー Saikuron Jōkā?) adalah bentuk pertama yang digunakan oleh Double, serta merupakan bentuk utama yang dikaitkan dengan siri Kamen Rider Double. Ia berwarna hijau dan hitam serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Cyclone dan Joker. Dalam bentuk ini, tendangan Double ditenagai oleh angin, meningkatkan tahap kecederaan musuh serta menambah potensi memotong. Gerakan penamat bagi bentuk ini adalah tendangan padu maut yang dipanggil Joker Extreme (ジョーカーエクストリーム Jōkā Ekustorīmu?). Semasa serangan, puting beliung kecil mengangkat Double ke udara sebelum dia melancarkan tendangan padu mautnya; badan Double terbahagi dua di tengah semasa kedua-dua bahagian sampai ke sasaran. Satu variasi serangan ini melibatkan Double melompat pada roda belakang Kamen Rider Accel Bentuk Motosikal, membolehkan kadar pecutan ditingkatkan semasa mendarat.[1][2][3][5][6][7]

HeatMetal[sunting | sunting sumber]

HeatMetal (ヒートメタル Hīto Metaru?) adalah bentuk kedua yang digunakan oleh Double. Ia berwarna merah dan perak serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Heat dan Metal. Dalam bentuk ini, kadar kerosakan oleh MetalShaft ditingkatkan oleh api. Taktik biasa yang digunakan ialah dengan berpaling ke belakang semasa bertukar, menggunakan MetalShaft di belakangnya untuk menyekat serangan musuh. Gerakan penamat ialah Metal Branding (メタルブランディング Metaru Burandingu?), menyebabkan kedua-dua hujung MetalShaft terbakar dan menghasilkan letupan terakhir kepada musuh.[1][2][3][5][8]

LunaTrigger[sunting | sunting sumber]

LunaTrigger (ルナトリガー Runa Torigā?) adalah bentuk yang asalnya muncul dalam siri televisyen. Ia berwarna kuning keemasan dan biru serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Luna dan Trigger. Dalam bentuk ini, pistol TriggerMagnum boleh menembak panahan kilat berwarna kuning keemasan dan biru yang boleh melengkung dan mengejar musuh. Gerakan penamatnya ialah Trigger Full Burst (トリガーフルバースト Torigā Furu Bāsuto?), yang menembak musuh bertalu-talu.[9][10][11]

Half Change[sunting | sunting sumber]

Melalui penggunaan Double Driver, terdapat sejumlah sembilan kombinasi berbeza yang boleh digunakan yang menggabungkan keupayaan serangan di sebelah kiri dan jenis unsur di sebelah kanan. Melalui Half Change (ハーフチェンジ Hāfu Chenji?), Double boleh menggunakan mana-mana daripada enam bentuk sekunder.

HeatJoker[sunting | sunting sumber]

HeatJoker (ヒートジョーカー Hīto Jōkā?) adalah bentuk Half Change pertama Double, berwarna merah dan hitam serta dicapai melalui kombinasi ingatan Heat dan Joker. Melalui bentuk ini, Double boleh melayangkan tumbukan berapi hasil kuasa ingatan Heat.[1][2][3][5][12] Serangan penamat Maximum Drive bagi bentuk ini ialah Joker Grenade (ジョーカーグレネード Jōkā Gurenēdo?), di mana Kamen Rider Double terjun dari udara dan kemudiannya badan HeatJoker terpisah dua semasa setiap bahagian menumbuk sasaran dengan tumbukan berunsur api.

LunaJoker[sunting | sunting sumber]

LunaJoker (ルナジョーカー Runa Jōkā?) adalah bentuk Half Change oleh Double, berwarna keemasan dan hitam serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Luna dan Joker. Dalam bentuk ini, Double mempunyai keupayaan untuk memanjangkan tangan kirinya hasil kuasa ingatan Luna.[13][14]

CycloneMetal[sunting | sunting sumber]

CycloneMetal (サイクロンメタル Saikuron Metaru?) adalah bentuk Half Change berwarna hijau dan perak yang boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Cyclone dan Metal. Dalam bentuk ini, Double boleh memutarkan MetalShaft hasil kuasa ingatan Metal. Apabila dipusingkan, MetalShaft menghasilkan bilah angin hasil kuasa ingatan Cyclone. Serangan Maximum Drivenya ialah Metal Twister (メタルツイスター Metaru Tsuisutā?) di mana Double berpusing semasa menghayunkan Metal Shaft bersalut aura angin.[15]

LunaMetal[sunting | sunting sumber]

LunaMetal (ルナメタル Runa Metaru?) adalah bentuk Half Change berwarna keemasan dan perak hasil kombinasi ingatan Luna dan Metal. Dalam bentuk ini, Double boleh menggunakan MetalShaft hasil kuasa ingatan Metal, menggunakan kuasa ingatan Luna untuk menggunakannya sebagai cemeti.[16]

CycloneTrigger[sunting | sunting sumber]

CycloneTrigger (サイクロントリガー Saikuron Torigā?) adalah bentuk Half Change berwarna hijau dan biru serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Cyclone dan Trigger. Dalam bentuk ini, Double boleh menggunakan pistol TriggerMagnum hasil kuasa ingatan Trigger serta boleh menembak udara termampat hasil kuasa ingatan Cyclone.[9][10][17]

HeatTrigger[sunting | sunting sumber]

HeatTrigger (ヒートトリガー Hīto Torigā?) adalah bentuk Half Change berwarna merah dan biru serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Heat dan Trigger. Dalam bentuk ini, Double boleh menggunakan pistol TriggerMagnum hasil kuasa ingatan Trigger serta menembak keluar api hasil kuasa ingatan Heat.[9][10][18] Serangan Maximum Drivenya ialah Trigger Explosion (トリガーエクスプロージョン Torigā Ekusupurōjon?), yang menembak satu aliran api berterusan yang boleh menghancurleburkan musuh sepenuhnya.

FangJoker[sunting | sunting sumber]

FangJoker (ファングジョーカー Fangu Jōkā?) adalah bentuk berwarna hitam putih yang pertama kali digunakan semasa melarikan diri daripada pemburu Philip semasa peristiwa Begins Night sebagaimana dalam filem Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie Wars 2010. Memandangkan ingatan Fang direka khas untuk Philip, peranannya dan Shotaro sebagai Double disongsangkankan dalam FangJoker, dengan kesedaran Shotaro dipindahkan ke jasad Philip untuk pertukaran. Hasilnya, apabila Shotaro bercakap, mata kiri Double's berkelip. Walau bagaimanapun, bentuk ini sangat membebankan badan Philip memandangkan dia cenderung hilang kawalan terhadap dirinya dalam bentuk ini semasa dua penggunaan yang terawal. Tambahan pula, bentuk FangJoker tidak kekal lama disebabkan tubuh Philip yang lebih lemah.

Dalam bentuk ini, Double menggunakan senjata lontaran dengan nama berbeza bergantung kepada di mana ia terletak di sebelah bahagian Fang selepas menekan Tactical Horn (タクティカルホーン Takutikaru Hōn?) pada ingatan Fang beberapa kali. Sekali tekan mengaktifkan Arm Fang Mode (アームファングモード Āmu Fangu Mōdo?) dan menyeru Arm Saber (アームセイバー Āmu Seibā?), bilah yang terletak ti bahagian lengan yang digunakan dalam pertempuran jarak dekat. Dua kali tekan mengaktifkan Shoulder Fang Mode (ショルダーファングモード Shorudā Fangu Mōdo?) dan menyeru Shoulder Saber (ショルダーセイバー Shorudā Seibā?) yang digunakan sebagai boomerang atau pedang. Selepas menekan tiga kali berturut-turut, serangan Maximum Drive FangJoker diaktifkan iaitu, menghasilkan Maximum Saber (マキシマムセイバー Makishimamu Seibā?) pada kaki kiri FangJoker. Serangan Maximum Drivenya ialah satu tendangan padu maut yang dikenali sebagai Fang Streiser (ファングストライザー Fangu Sutoraizā?), di mana bahagian lontaran kepala Fang Memory "menggigit" musuh apabila Double datang.[19]

CycloneJoker Xtreme[sunting | sunting sumber]

CycloneJoker Xtreme (サイクロンジョーカーエクストリーム Saikuron Jōkā Ekusutorīmu?) adalah bentuk CycloneJoker yang berevolusi hasil capaian melalui Xtreme Memory, memautkannya terus ke pengetahuan Gaia Memory tulen yang tidak terhingga melalui jalur berwarna-warni yang merentasi bahagian tengah badan Kamen Rider Double, dikenali sebagai Crystal Server (クリスタルサーバー Kurisutaru Sābā?). Ia juga mewakili penyatuan sempurna antara Shotaro dan Philip. Semasa bertukar, bahagian tengah Double mula membara setelah Xtreme Memory menyerap kedua-dua Cyclone Memory dan Joker Memory serta melekap pada Double Driver. Xtreme Memory seterusnya terbuka dan mendedahkan huruf X berputar setelah Double menyiat bahagian tengah yang mendedahkan bahagian tengah berwarna prisma. Tidak sepertu bentuk Double yang lain, di mana Shotaro atau Philip menjadi jasad induk bagi bentuk Rider mereka, Xtreme Memory menyerap tubuh Philip dan seterusnya menyatukannya dengan tubuh Shotaro dalam bentuk Rider ini menjadi satu jasad, satu roh dan satu minda. Oleh itu, apabila Philp atau Shotaro bercakap, mata pada bahagian masing-masing akan berkelip; mereka juga akan muncul bersama-sama setelah penjelmaan dileraikan. Serangan Maximum Drive CycloneJoker Xtreme ialah Double Xtreme (ダブルエクストリーム Daburu Ekusutorīmu?) Rider Kick. Dalam bentuk ini, Double mengeluarkan Prism Bicker yang mempunyai Maximum Drive sendiri bagi setiap Gaia Memory yang dipasang.[20][21][22] Tidak seperti bentuk Double yang lain, motif CycloneJoker Xtreme turut menggunakan huruf X.[23]

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Double Driver[sunting | sunting sumber]

Double Driver (ダブルドライバー Daburu Doraibā?) merupakan tali pinggang pertukaran Kamen Rider Double. Ia merupakan Pemacu Ingatan (Memory Driver) generasi kedua selepas siri Pemacu Gaia (Gaia Driver), dicuri dari sindiket Museum semasa operasi menyelamatkan Philip, serta menggunakan dua Gaia Memory sekaligus untuk menghasilkan lebih kuasa kepada penggunanya. Hanya ada satu sahaja Double Driver yang wujud secara fizikal, tetapi apabila Shotaro memakainya, satu lagi Double Driver muncul pada Philip. Dengan memasukkan Gaia Memory ke dalam Memory Slot (メモリスロット Memori Surotto?) masing-masing pada kepala tali pinggang, Shotaro dan Philip boleh bertukar sebagai Double.[1][2][3] Slot kiri memegang Gaia Memory Shotaro manakala slot sebelah kanan memegang Gaia Memory Philip. Apabila Philip memasukkan Gaia Memorynya ke slot kanan, dia melalui proses Soul Forward (ソウルフォワード Souru Fowādo?), yang menghantar kesedarannya ke tubuh Shotaro untuk bertukar sebagai Kamen Rider Double. Satu lagi slot di sebelah kanan Double Driver dipanggil Maximum Slot (マキシマムスロット Makishimamu Surotto?). Apabila Gaia Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot, Double boleh menggunakan serangan penamat Maximum Drive (マキシマムドライブ Makishimamu Doraibu?). Slot khas ini digunakan untuk Joker Memory untuk melaksanakan sama ada serangan Maximum Drive Joker Extreme (Kamen Rider Double CycloneJoker) atau Joker Grenade (Kamen Rider Double HeatJoker). Dalam bentuk lain, ia boleh digunakan untuk memasukkan Gaia Memory sebelah kanan, membolehkan serangan Twin Maximum digunakan, namun serangan sebegini sangat berbahaya memandangkan ia boleh membebankan jasad Shotaro. Selagi Double Driver dipakai oleh kedua-dua Shotaro dan Philip, mereka boleh berkomunikasi sesama mereka secara telepati memandangkan kedua-dua mereka adalah dalam keadaan sedar di luar penjelmaan sebagai Double.[24]

Gaia Memory[sunting | sunting sumber]

Gaia Memory (ガイアメモリ Gaia Memori?) merupakan pemacu kilat USB misteri yang diterapkan dengan kuasa daripada Bumi sendiri. Asalnya direka hasil bantuan kewangan daripada Keluarga Sonozaki, Gaia Memory ini berakhir dengan pemilikan oleh Shotaro dan Philip, dan hanya boleh digunakan melalui Double Driver. Berbanding dengan Gaia Memory yang digunakan oleh Dopant, Gaia Memory yang digunakan oleh Double kelihatan lebih baik dari segi penampilannya, sesuatu yang dinyatakan oleh Shinkuro Isaka sebagai petanda had kuasa yang ditetapkan. Dua Gaia Memory boleh dimasukkan ke dalam Double Driver, membolehkan Shotaro dan Philip bertukar sebagai Kamen Rider Double. Gaia Memory Philip di sebelah kanan dikenali sebagai Ingatan Roh (Soul Memory) (ソウルメモリ Souru Memori?) yang mementukan unsur kuasa Double, manakala Gaia Memory Shotaro disebelah kiri dikenali sebagai Ingatan Jasad (Body Memory) (ボディメモリ Bodi Memori?) yang menentukan jenis serangan atau senjata yang digunakan oleh Double.[1][2][3][25]

  • Cyclone Memory (サイクロンメモリ Saikuron Memori?): Cyclone Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Angin (風の記憶 Kaze no Kioku?), membolehkan pengguna bergerak dengan pantas, mengawal kuasa angin, serta menjadi Pahlawan Angin (風の戦士 Kaze no Senshi?).[9][10] Apabila digunakan, separuh daripada Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Siklonik (旋風の右半身 Senpū no Migi Hanshin?) berwarna hijau.[1][2][3] Bentuk yang menggunakan Cyclone Memory memakai skaf perak di lehernye.[9][10]
  • Joker Memory (ジョーカーメモリ Jōkā Memori?): Joker Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Kad Kemenangan (切札の記憶 Kirifuda no Kioku?), membolehkan pengguna meningkatkan kuasa berlawan, menjadi Pahlawan Kemahiran (技戦士 Waza Senshi?). Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kiri Kemenangan (切り札の左半身 Kirifuda no Hidari Hanshin?).[1][2][3] Apabila Joker Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada Double Driver, ia membolehkan Double terbahagi dua untuk menhasilkan serangan Maximum Drive berkuasa unsur.[9][10]
  • Heat Memory (ヒートメモリ Hīto Memori?): Heat Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Panas (熱き記憶 Atsuki Kioku?), membolehkan pengguna menggunakan unsur api, menjadi Pahlawan Berapi (炎の戦士 Honō no Senshi?).[9][10] Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Panas (熱き右半身 Atsuki Migi Hanshin?).[1][2][3]
  • Metal Memory (メタルメモリ Metaru Memori?): Metal Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Keluli (鋼鉄の記憶 Kōtetsu no Kioku?) atau Ingatan Pejuang (闘士の記憶 Tōshi no Kioku?), memberikan pengguna kekuatan yang hebat, menjadi Pahlawan Berkuasa (怪力戦士 Kairiki Senshi?).[9][10] Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Berlawan (闘士の左半身 Tōshi no Hidari Hanshin?).[1][2][3]
  • Luna Memory (ルナメモリ Runa Memori?): Luna Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Ilusi (幻想の記憶 Gensō no Kioku?), membolehkan pengguna untuk menggunakan ilusi, memanjangkan anggota lengan serta membengkokkan arah tembakan, menjadi Pahlawan Misteri (神秘の戦士 Shinpi no Senshi?). Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Fantastik (幻想の右半身 Gensō no Migi Hanshin?).[9][10]
  • Trigger Memory (トリガーメモリ Torigā Memori?): Trigger Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Penembak Tepat (銃撃手の記憶 Jūgekishu no Kioku?), menukarkan pengguna menjadi penembak pakar, menjadi Pahlawan Pistol (銃戦士 Jū Senshi?). Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kiri Penembak (狙撃手の左半身 Sogekishu no Hidari Hanshin?). Apabila Trigger Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada TriggerMagnum, ia membolehkan Double untuk menembak serangan Maximum Drive berkuasa unsur.[9][10]

Fang Memory[sunting | sunting sumber]

Transforming Gaia Dinosaur Fang Memory (変形ガイア恐竜ファングメモリ Henkei Gaia Kyōryū Fangu Memori?) ialah sejenis Gaia Memory khas yang direka bagi melindungi Philip walau dengan apa cara sekalipun, membolehkannya dan Shotaro bertukar sebagai Kamen Rider Double FangJoker. Ia boleh bertukar antara Mod Langsung (ライブモード Raibu Mōdo?), yang menyerupai seekor Dromaeosaurid, serta Mod Ingatan (メモリモード Memori Mōdo?), yang mana bahagian atasnya menyerupai kepala dinosaur. Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double bertukar menjadi Bahagian Kanan Bertaring (牙の右半身 Kiba no Migi Hanshin?), membolehkan Double menyerang secara melulu sementara mengubah bahagian kirinya untuk disesuaikan dengan reka bentuknya yang kehaiwanan. Dibina bagi melindungi Philip, Fang Memory hanya akan muncul apabila dia berada dalam keadaan bahaya.[26]

Xtreme Memory[sunting | sunting sumber]

Transforming Gaia Bird Xtreme Memory (変形ガイア鳥エクストリームメモリ Henkei Gaia Chō Ekustorīmu Memori?) merupakan Gaia memory khas berbentuk burung yang membolehkan Kamen Rider Double bertukar menjadi CycloneJoker Xtreme dengan mengubah dari Mod Langsung (ライブモード Raibu Mōdo?) ke Mod Ingatan (メモリモード Memori Mōdo?) untuk membolehkannya menggelungsur masuk ke DoubleDriver. Ia mula muncul apabila nyawa Philip terancam akibat serangan oleh Weather Dopant, dan ia mendigitalkan Philip di mana Shroud memberitahunya mengenai misinya untuk menyelamatkan bumi. Kuasa Xtreme Memory datang terus daripada Gaia Memory tulen serta dicapai melalui Crystal Server pada CycloneJoker Xtreme. Untuk melaksanakan serangan Maximum Drive, Double Xtreme Rider Kick, Xtreme Memory tertutup dan terbuka semula.[20][21][22][27]

MetalShaft[sunting | sunting sumber]

MetalShaft (メタルシャフト Metaru Shafuto?) merupakan belantan yang boleh dipanjangkan yang digunakan semasa Double menggunakan mana-mana bentuk yang menggunakan Metal Memory.[1][2][3] Semasa Metal Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada MetalShaft semasa dalam bentuk HeatMetal atau CycloneMetal, Double berupaya melaksanakan serangan Maximum Drive Metal Branding atau Metal Twister.[9][10] MetalShaft bersambung dengan bahagian belakang Metal dalam formasi Double.[28]

TriggerMagnum[sunting | sunting sumber]

TriggerMagnum (トリガーマグナム Torigā Magunamu?) merupakan sepucuk senjata api yang digunakan apabila Double menggunakan mana-mana bentuk yang menggunakan Trigger Memory. Apabila Trigger Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada TriggerMagnum semasa Kamen Rider Double dalam bentuk LunaTrigger atau HeatTrigger, ia berubah ke Maximum Mode bagi membolehkan serangan Maximum Drive Trigger Full Burst atau Trigger Explosion. TriggerMagnum bersambung dengan bahagian dada Trigger dalam formasi Double. Apabila digunakan bersama-sama Stag Phone, serangan penamatnya ialah Trigger Stag Burst. Apabila digunakan bersama-sama Bat Shot semasa dalam bentuk CycloneTrigger, serangan penamatnya ialah Trigger Bat Shooting.[9][10][29]

Prism Bicker[sunting | sunting sumber]

Super Multicolor Light-Emitting Sword Prism Bicker (超多色発光剣プリズムビッカー Chōtashoku Hakkōken PurizumuBikkā?) merupakan senjata khas yang digunakan oleh Kamen Rider Double semasa dalam bentuk CycloneJoker Xtreme. Ia boleh diasingkan kepada Pedang Prisma (プリズムソード Purizumu Sōdo?) dan Perisai Bicker (ビッカーシールド Bikkā Shīrudo?). Melalui keupayaan Prism Memory untuk memautkan empat lagi Gaia Memory, Prism Bicker membolehkan CycloneJoker Xtreme untuk melancarkan tiga serangan Maximum Drive dengan kuasa empat kali ganda: pancungan pedang Prism Break (プリズムブレイク Purizumu Bureiku?), serangan pedang dan perisai Bicker Charge Break (ビッカーチャージブレイク Bikkā Chāji Bureiku?), serta pancaran laser Bicker Finallusion (ビッカーファイナリュージョン Bikkā Fainaryūjon?).[20][21][22][30]

Memory Gadget[sunting | sunting sumber]

HardBoilder[sunting | sunting sumber]

HardBoilder (ハードボイルダー HādoBoirudā?), dikenali sebagai "MB1000RV", merupakan motosikal Honda CBR1000RR bagi kegunaan Kamen Rider Double.[31] Seperti Double, HardBoilder berwarna hitam dan hijau serta boleh bertukar bentuk dengan menukar bahagian belakang motosikal selepas dicantumkan pada RevolGarry.[32]

HardTurbuler[sunting | sunting sumber]

HardSplasher[sunting | sunting sumber]

Start Dash Mode[sunting | sunting sumber]

RevolGarry[sunting | sunting sumber]

HardMammother[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.00 1.01 1.02 1.03 1.04 1.05 1.06 1.07 1.08 1.09 1.10 1.11 1.12 Hyper Hobby September 2009
  2. 2.00 2.01 2.02 2.03 2.04 2.05 2.06 2.07 2.08 2.09 2.10 2.11 2.12 Toei Hero Max vol. 30
  3. 3.00 3.01 3.02 3.03 3.04 3.05 3.06 3.07 3.08 3.09 3.10 3.11 3.12 Newtype The Live September 2009
  4. 第29話での翔太郎の夢の中では、ガイアメモリも彼が見ていた時代劇に合わせて、木札に「疾風(しっぷう)」・「切札(きりふだ)」と書かれたものになっていた。
  5. 5.0 5.1 5.2 Kamen Rider Decade The Movie: All Riders vs. Dai-Shocker
  6. "TV Asahi's page for Double CycloneJoker". Diperolehi pada 2009-09-06. 
  7. "TV Asahi's page for Double's mask". Diperolehi pada 2009-09-06. 
  8. "TV Asahi's page for Double HeatMetal". Diperolehi pada 2009-09-12. 
  9. 9.00 9.01 9.02 9.03 9.04 9.05 9.06 9.07 9.08 9.09 9.10 9.11 Hobby Japan October 2009
  10. 10.00 10.01 10.02 10.03 10.04 10.05 10.06 10.07 10.08 10.09 10.10 10.11 Hyper Hobby October 2009
  11. "TV Asahi's page for Double LunaTrigger". Diperolehi pada 2009-10-10. 
  12. "TV Asahi's page for Double HeatJoker". Diperolehi pada 2009-09-12. 
  13. Kamen Rider Double episode 1: "Double's Search/Two Detectives in One"
  14. "TV Asahi's page for Double LunaJoker". Diperolehi pada 2009-09-06. 
  15. "TV Asahi's page for Double CycloneMetal". Diperolehi pada 2009-09-19. 
  16. "TV Asahi's page for Double LunaMetal". Diperolehi pada 2009-09-27. 
  17. "TV Asahi's page for Double CycloneTrigger". Diperolehi pada 2009-10-04. 
  18. "TV Asahi's page for Double HeatTrigger". Diperolehi pada 2009-10-10. 
  19. "TV Asahi's page for Double FangJoker". Diperolehi pada 2009-12-26. 
  20. 20.0 20.1 20.2 Uchusen Vol. 128
  21. 21.0 21.1 21.2 Hyper Hobby May 2010
  22. 22.0 22.1 22.2 Tokusatsu Newtype May 2010
  23. "TV Asahi's page for Double CycloneJoker Xtreme". Diperolehi pada 2010-04-24. 
  24. "TV Asahi's page for the Double Driver". Diperolehi pada 2009-09-06. 
  25. "TV Asahi's page for Double's Gaia Memory". Diperolehi pada 2009-09-06. 
  26. "TV Asahi's page for the Fang Memory". Diperolehi pada 2009-12-26. 
  27. "TV Asahi's page on the Xtreme Memory". Diperolehi pada 2010-04-24. 
  28. "TV Asahi's page for the MetalShaft". Diperolehi pada 2009-09-12. 
  29. "TV Asahi's page for the TriggerMagnum". Diperolehi pada 2009-10-13. 
  30. "TV Asahi's page on the Prism Bicker". Diperolehi pada 2010-04-24. 
  31. "Honda | お客様相談センター | 仮面ライダーのバイク(仮面ライダーW(ダブル)". Diperolehi pada 2009-09-19. 
  32. "TV Asahi's page for the HardBoilder". Diperolehi pada 2009-09-06. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]