Kamera berbilang satah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kamera berbilang satah binaan penggiat hobi animasi (1972).

Kamera berbilang satah (Bahasa Inggeris: multiplane camera) ialah sejenis kamera wayang gambar istimewa yang digunakan dalam proses animasi tradisional untuk menggerakkan berbilang hasil lukisan melepasi kamera pada kelajuan tertentu dan jarak tertentu antara satu sama lain, sehingga timbulnya kesan tiga dimensi, tetapi bukan betul-betul stereoskopik.

Sesetengah bahagian lapisan lukisan dibiarkan lutsinar untuk membolehkan lapisan lain dilihat di sebaliknya. Pergerakannya dihitung dan diambil gambar pemidang demi pemidang, untuk menghasilkan ilusi kedalaman dengan menggerakkan berbilang lapisan lukisan pada kelajuan berlainan - semakin jauh dari kamera, semakin perlahan kelajuannya. Kesan berbilang satah ini juga dikenali sebagai proses paralaks.

Alat ini juga boleh diubah suai untuk menggerakkan latar belakang dan hadapan ke arah bertentangan untuk menimbulkan kesan pusingan. Misalnya, dalam filem Snow White and the Seven Dwarfs oleh Walt Disney, babak Ratu jahat meminum ubat berjampinya, kemudian persekitarannya seakan-akan berpusing-pusing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]