Kampung Balun Bidai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Balun Bidai terletak kira-kira 8 kilometer ke timur laut Pekan Kampung Gajah. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Sungai Galah, Kampung Setia, Changkat Tin dan lain-lain. Kampung ini terletak dalam daerah kecil Kampung Gajah, Perak Tengah, negeri Perak. Jika anda dari Kampung Gajah ke Tanjung Tualang, Kampung Balun Bidai terletak di sebelah kanan.

Penduduk kampung ini majoritinya terdiri daripada orang Banjar. Mereka dikenali sebagai etnik Banjar sempena tempat asal tanah air mereka iaitu Banjarmasin . Dari segi dialek pula, terdapat istilah tertentu yang berbeza dengan penduduk Melayu Kampung Gajah kerana mereka menggunakan bahasa yang dikenali sebagai bahasa Melayu Banjar. Antara istilah yang popular ialah 'Kainak akuk timpas'.

Orang Banjar berasal dari Banjarmasin, Kepulauan [Kalimantan Selatan], Indonesia. Ramai orang Banjar yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu apabila berlaku pertempuran antara Belanda dan penduduk Kalimantan.

Orang Banjar memang garang, berani dan sanggup membunuh demi mempertahankan agama dan bangsa. Semasa Perang Sabil Sungai Manik dan Perang Sabil Batu Pahat, orang Banjar dikenal hebat memerangi gerila komunis Bintang Tiga 1945-1948.

Orang Banjar juga ramai di Sekinchan dan Tanjung Karang. Mereka bukan orang Jawa walaupun wajahnya agak seiras.

Pekerjaan penduduk kampung ini kebanyakannya adalah bekerja sendiri. Ada juga penduduk kampung ini yang bekerja dengan agensi kerajaan dan swasta.