Kampung Buah Pala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Lorong Buah Pala terletak di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia. Kampung ini meraih perhatian ramai apabila 45 keluarga yang menetap di kampung ini cuba mempertahankan perkampungan penternakan lembu itu, yang dikenali sebagai "High Chaparral" Pulau Pinang sempena sebuah siri drama Amerika Syarikat yang terkenal pada 1960-an, daripada dimusnahkan untuk memberi laluan pembangunan.

Akhirnya kesemua penduduk kampung ini terpaksa berpindah ke penempatan baru, dan pada 14 September tamatnya riwayat Kampung Buah Pala apabila rumah-rumahnya dirobohkan dan tanahnya dibuka untuk pembangunan.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

M. Ayamah, bagi pihak 45 keluarga berkenaan, mengemukakan kes saman sivil terhadap Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd dan "Pentadbir Tanah Daerah Timur Laut", Pulau Pinang. Luas kampung itu 2.6 hektar di tengah-tengah bahagian timur Georgetown yang pesat membangun dan penduduknya menduduki tanah itu turun-temurun. Mereka dikehendaki keluar pada 11 Jun 2009. Mereka terpaksa pindah tanpa sebarang pampasan kerana tanah itu bukan milik mereka.

Pada 11 Mei 2009, Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi, yang memihak kepada para penduduk dan mengeluarkan perintah kepada penduduk berkenaan mengosongkan kediaman berkuatkuasa 11 Jun 2009.

Pada 24 Jun 2009, Hakim Datuk Seri S. Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff sebulat suara menolak permohonan penduduk bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada pemaju.Permohonan ditolak bagi mendapat kebenaran itu selepas mendapati penduduk berkenaan tidak menangani isu-isu locus standi (kedudukan daripada segi undang-undang) dengan sewajarnya. Perbicaraan diadakan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. [1]

Pergerakan HINDRAF turut mengambil perhatian isu Kampung Buah Pala yang didominasi kaum India. Pada 1 Julai, mereka mengadakan tunjuk perasaan kecil di hadapan KOMTAR untuk menuntut kerajaan negeri agar melaksanakan "kuasa eksekutif" untuk menyelamatkan kampung ini.[2]

Pada 2 Julai, pihak Nusmetro mengarahkan semua penduduk kampung berpindah sebelum 2 Ogos selepas sebulan tempoh kelonggaran.[3] Ini diburukkan lagi dengan gesaan oleh para penduduk agar Lim Guan Eng meletak jawatan selaku Ketua Menteri[4], di samping mengugut akan menulis surat kepada UNESCO agar status Tapak Warisan Dunia yang dikongsi ibu negeri Georgetown bersama Melaka ditarik balik[5] sekiranya pertelingkahan tidak dapat diselesaikan agar berpihak kepada mereka.

Pada 4 Julai, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pihak mereka akan membatalkan porjek Nusmetro di tapak kampung sekiranya pemaju tersebut tidak memberi pampasan setimpal kepada para penduduk kampung,[6] tetapi pada masa yang sama mengingatkan bahawa kerajaan negeri tidak mampu menanggung kos pembelian tanah pegangan bebas dari pihak pemaju agar memastikan para penduduk terus menetap di kampung.[7] Kerajaan negeri juga meminta bantuan Kerajaan Persekutuan agar membiayai kos pembelian tanah kampung melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak[8], tetapi maklum balasnya kerajaan pusat enggan campur tangan kerana isu berkaitan tanah adalah di dalam bidang kuasa kerajaan negeri.[9]

Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy mendakwa krisis Kampung Buah Pala berpunca dari penyelewengan yang timbul berikutan pertukaran tanah dari kerajaan negeri terdahulu pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon ke Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd yang mana tanah yang dibeli ditetapkan nilai RM10 per kaki persegi, jauh lebih tinggi berbanding tanah mewah, apatah lagi koperasi cuma membayar RM 3.2 juta selepas diskaun 50%, gara-gara koperasi tersebut "tidak berasaskan keuntungan."[10]

Pada 16 Julai, Mahkamah Tinggi menolak permohonan penduduk Kampung Buah Pala agar notis bailif dan pelaksanaan dan penguatkuasaan writ pemilikan plot tanah mereka diketepikan.[11] Tiga hari kemudian, pihak Nusmetro mengugut akan menyaman kerajaan negeri sebanyak RM 150 juta sekiranya pihak kerajaan menghalang rancangan pembangunannya.[12]

Pada 23 Julai, kira-kira 50 orang termasuk T. Mohan dari Pemuda MIC, merancang untuk berarak sejauh 200m ke KOMTAR untuk menyerahkan memorandum isu Kampung Buah Pala kepada Ketua Menteri, tetapi terjejas oleh tangkapan polis terhadap 10 orang pembantah setelah mengingkari arahan polis agar bersurai.[13] Lima hari kemudian, MIC juga nampaknya turut cuba membantu apabila presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan partinya akan menyimpan draf bank sebanyak RM 3.2 juta bersama peguamnya agar dibayar kepada kerajaan Pulau Pinang sekiranya isu tanah dapat diselesaikan[14], di samping menyeru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu agar bertanggungjawab atas kemelut Kampung Buah Pala, setelah siasatan yang dijalankan oleh parti mendapati kerajaan pimpinan Barisan Nasional dahulu tidak pernah menyerahkan tanah kepada pihak pemaju.[15]

Pada 30 Julai, penduduk kampung sekali lagi gagal memohon Mahkamah Tinggi agar menangkis notis bailif, pelaksanaan dan penguatkuasan writ pemilikan tanah.[16] Pada hari yang sama, kerajaan negeri mencadangkan para penduduk diperuntukkan sebuah rumah dua tingkat untuk setiap keluarga dilengkapi dewan masyarakat sebagai ganti untuk kampung tersebut.[17]

Pada awal 4 Ogos, kerajaan negeri merancang untuk memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi agar menggunakan Seksyen 116(1)(d) Kanun Tanah Negara untuk menghalang perobohan Kampung Buah Pala[18], tetapi akhirnya tidak membuat apa-apa arahan mahkamah setelah Ketua Menteri mengumumkan bahawa pihak pemaju bersetuju agar berkongsi tanah kampung bersama para penduduk.[19]

Pada 5 Ogos, pihak Nusmetro Ventures menawarkan projek perumahan dua tingkat kepada para penduduk kampung Buah Pala sebagai pampasan[20], tetapi dilaporkan kebanyakan penduduk menolaknya[21] sehingga tawaran ditarik balik pada 9 Ogos.[22] Selepas tawaran ditutup, dilaporkan empat pemilik rumah menerima tawaran tersebut.[23]

Pada 13 Ogos, tarikh asal kegiatan perobohan, para penduduk bertelagah dengan pihak Nusmetro yang sudah membawa kelengkapan mereka selama lima jam, sehingga akhirnya mereka bersepakat agar tarikh akhir pindah keluar ditunda ke 1 September.[24] Pada 20 Ogos, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kedua para penduduk Kampung Buah Pala untuk rayuan terhadap keputusan pada 24 Jun.[25] Kerajaan negeri melepaskan tanggungjawab sebagai perantara dalam konflik ini setelah dilaporkan penduduk Kampung Buah Pala mula meminta bantuan dari Barisan Nasional.[26]

Tibanya 1 September, tarikh terakhir yang sepatutnya mereka meninggalkan kampung, segelintir penduduk Kampung Buah Pala pergi ke Komtar secara berkumpulan untuk menyampaikan memorandum kepada pihak kerajaan negeri tetapi digagalkan oleh polis.[27] Disebabkan para penduduk masih enggan mengosongkan kampung, pada 3 September mereka sekali lagi cuba menghalang pihak Nusmetro dari kerja-kerja pengosongan tanah yang berjaya merobohkan empat buah rumah.[28] Pada hari keesokannya, akhirnya 13 isirumah yang masih tinggal di Kampung Buah Pala cuba merundingkan pampasan berupa wang tunai RM300,000 setiap satu dan walaupun dijanjikan rumah dua tingkat oleh pihak Nusmetro sebelum ini.[29]

Akhirnya pada 14 September 2009, 15 daripada 19 buah rumah yang tinggal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.[30]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pertikaian Tanah: Mahkamah Tolak Permohonan Penduduk Kampung Buah Pala
  2. "Hindraf supporters hold protests to save Penang village". The Star. 1 Julai 2009. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  3. "Developer: High Chaparral folk must move out by Aug 2". The Star. 2 Julai 2009. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  4. "Resign, villagers tell Guan Eng". The Star. 2 Julai 2009. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  5. "Residents threaten to sabotage heritage status if state fails to stop demolition". The Star. 3 Julai 2009. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  6. K. Kasturi Dewi (4 Julai 2009). "Penang prepared to cancel developer’s project". The Star. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  7. "Kg Buah Pala land too costly for Penang govt to acquire". The Star. 4 Julai 2009. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  8. Manjit Kaur (5 Julai 2009). "Guan Eng to write to PM on Kampung Buah Pala issue". The Star. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  9. "Federal Govt does not want to get involved". The Star. 7 Julai 2009. Diperoleh pada 14 September 2009. 
  10. "Penang DCM: Kg Buah Pala dispute is another land scam". The Star. 8 Julai 2009. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  11. "Court rejects Buah Pala residents' bid to stay on". The Star. 20 Julai 2009. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  12. Derrick Vinesh (20 Julai 2009). "Penang govt threatened with legal suit". The Star. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  13. Tan Sin Chow (24 Julai 2009). "10 detained in march to hand Kg Buah Pala memo to CM". The Star. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  14. A. Letchumanan (28 Julai 2009). "MIC to send Kg Bauh Pala money to lawyers". The Star. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  15. "Samy: Fault lies with Penang Govt". The Star. 31 Julai 2009. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  16. Tan Sin Chow (30 Julai 2009). "Kg Buah Pala: Villagers suffer another blow". The Star. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  17. Christina Chin (30 Julai 2009). "State govt makes proposal to Kg Buah Pala residents". The Star. Diperoleh pada 15 September 2009. 
  18. "State goes to court to save village". The Star. 4 Ogos 2009. Diperoleh pada 16 September 2009. 
  19. "Kg Buah Pala: Developer agrees to share land with villagers, says CM (Update 4)". The Star. 4 Ogos 2009. Diperoleh pada 16 September 2009. 
  20. TAN SIN CHOW, ANDREA FILMER, ANN TAN and WINNIE YEOH (5 Ogos 2009). "Kg Buah Pala villagers offered new homes". The Star. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  21. ANDREA FILMER, K. KASTURI DEWI and CHRISTINA CHIN (7 Ogos 2009). "Kg Buah Pala: Villagers reject developer’s house offer". The Star. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  22. Yeoh, Winnie dan Tan Sin Chow (9 Ogos 2009). "Developer withdraws housing offer for Kampung Buah Pala". The Star. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  23. "Kg Buah Pala: Four accept house offer by developer". The Star. 11 Ogos 2009. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  24. ANN TAN, TAN SIN CHOW (13 Ogos 2009). "Kg Buah Pala: All agree on Sept 1 demolition date". The Star. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  25. "Villagers must vacate Kg Buah Pala: Federal Court". The Star. 21 Ogos 2009. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  26. Derrick Vinesh (21 Ogos 2009). "Guan Eng: Kampung Buah Pala issue is over". The Star. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  27. "Kg Buah Pala: Its D-day and villagers finally leave Komtar". The Star. 1 September 2009. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  28. CHRISTINA CHIN and ANDREA FILMER (4 September 2009). "High drama at Kg Buah Pala". The Star. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  29. Ann Tan (7 September 2009). "13 in Kg Buah Pala want money instead of house". The Star. Diperoleh pada 16 Oktober 2009. 
  30. Tan Sin Chow dan Winnie Yeoh (15 September 2009). "High drama as Kg Buah Pala is torn down". The Star. Diperoleh pada September 2009.