Kampung Bukit Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Bukit Raja ini terletak di dalam daerah kecil Pengerang. Menjadikan Sungai Rengit sebagai pekan utama, kampung ini berhampiran dengan Jalan Utama Kota Tinggi-Sungai Rengit. Kampung ini terletak di kawasan P157 Parlimen Pengerang. Tambahan lagi, Kampung Bukit Raja mempunyai 5 buah kampung rangkaian yang berhampiran. Kampung Bukit Raja juga berjiran dengan Kampung Sungai Rengit di sebelah kanan dan Kampung Teluk Ramunia di sebelah kiri dengan menghala ke selatan atau laut.

Latar Belakang dan Sejarah Kampung Bukit Raja[sunting | sunting sumber]

Kampung ini mula didiami sekitar pada tahun 50-an. Sebelum ini penduduk kampung mendiami kawasan pantai dan menjadikan pekerjaan nelayan sebagai sumber pendapatan utama. Apabila sebuah syarikat perlombongan bauksit telah dibuka dan didirikan di kawasan ini(JOMIS), maka penempatan penduduk beralih ke kawasan baru dengan kebanyakkannya bekerja dengan syarikat perlombongan tersebut.

Pada awalnya, kawasan kampung ini hanya mempunyai jalan tanah merah sahaja dan didiami lebih kurang 20 keluarga sahaja. Penghuni tertua dia kampung ini dikenali sebagai Tuan Hj Yaakub Bin Abu Bakar. Pertambahan penduduk berlaku dengan adanya syarikat perlombongan bauksit di kawasan ini yang membuka peluang pekerjaan kepada penduduk. Begitu juga orang luar dari kampung telah datang berhijrah ke kawasan kampung ini untuk bekerja.

Nama kampung ini telah diambil sempena nama bukit yang terdapat dalam melintasi kampung ini yang mengunjur ke laut. Difahamkan bahawa pada zaman dahulu kampung ini sering didatangi oleh raja untuk memburu.

Kampung-Kampung Rangkaian[sunting | sunting sumber]

Kawasan Kampung Bukit Raja ini juga melibatkan Kampung Bukit Lintang yang mempunyai 22 buah rumah sahaja dan jumlah penduduk dianggarkan 70 orang termasuk kanak-kanak. Kampung Bukit Raja juga meliputi Kampung Bukit Gelugur yang pada asalnya tanah hak milik kerajaan yang telah diserahkan kepada penduduk kampung sekitar Kampung Bukit Raja dan jumlah penduduk dianggarkan sekitar 100 orang termasuk kanak-kanak yang mempunyai 25 buah rumah dalam keluasan tanah yang telah dipecahkan oleh kerajaan tempatan untuk penduduk bumiputera. Manakala Kampung Bukit Raja Laut terdiri daripada sanak saudara dari Kampung Bukit Raja yang berpindah kekawasan tersebut.
Kampung-Kampung Rangkaian terdiri daripada :

  • Kampung Bukit Raja Darat
  • Kampung Bukit Raja Laut
  • Kampung Bukit Gelugor
  • Kampung Bukit Pelali
  • Kampung Bukit Lintang


Jarak Kampung ke Bandar[sunting | sunting sumber]

Jarak dari kampung ini ke bandar-bandar utama seperti Kota Tinggi ialah 69km mengambil masa 1jam, ke Pasir Gudang 71.6km mengambil masa 50minit melalui Lebuhraya Senai-Desaru manakala ke Bandaraya Johor Bahru pula 95.7km mengambil masa 1jam 15minit dengan melalui Lebuhraya Senai-Desaru.