Kampung Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mukim Kampong Gajah
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Perak Tengah
Mukim Mukim Kampong Gajah
Keluasan N/A

Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km. Jika anda dari Teluk Intan hendak ke Pulau Pangkor dan Lumut melalui jalan lama, anda akan temui Kampung Gajah.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsa Melayu, kurang bangsa Cina dan India seperti bandar-bandar yang lain. Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW Birch dan selepas itu berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Tetapi setelah terjadinya Perang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, orang-orang Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Setiawan. Di sepanjang Sungai Perak di Daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Orang Melayu terdahulu amat mengutamakan perusahaan yang diwarisi, jika boleh, hingga kepada anak cucu. Tanaman durian yang diusahakan menjadi bukti usaha mesyarakat mapan untuk manfaat generasi masa kini. Sikap penduduk dahulu amat baik untuk diteladani. Gotong-royong, setiakawan, amanah, tekun, penyabar, sopan santun, dan pembersih: antara sifat baik yang menjadi amalan masyarakat di sini.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Penduduknya bekerja dalam sektor pertanian: mengutip buah durian dan bersawah padi. Kelapa sawit banyak ditanam hasil kerjasama agensi kerajaan, Felcra. Terdapat juga sebuah kilang vendor Proton yang membekalkan kabel elektrik untuk kereta Proton.

Durian[sunting | sunting sumber]

Kampung Gajah sinonim dengan buah durian, banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau, Pasir Salak dan Pulau Tiga.

Nama Kampung Gajah[sunting | sunting sumber]

Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga.

Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.

  • Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.
  • Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.
  • Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
  • Nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain kerana perkataan 'kampung' tidak sesuai lagi. Hal ini timbul semasa Dr Mahathir bin Mohamad datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak pada tahun 1986. Namun begitu ramai yang membantah dan tidak ada nama yang sesuai. Sebelum itu nama Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan dan Port Weld ditukar kepada Kuala Sepetang.

Kampung / kawasan[sunting | sunting sumber]

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Ramli Ngah Talib[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Ramli Ngah Talib merupakan bapa pembangunan Kampung Gajah. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak & bekas ADUN Kampung Gajah yang berasal dari kampung ini. Bolehlah dikatakan Kampung Gajah dibangunkan atas jasa-jasa beliau sebagai wakil rakyat di kawasan ini. Setelah Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi ahli parlimen BN-Pasir Salak beliau turut pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan & Speaker Parlimen di Dewan Rakyat.

Beliau juga adalah sepupu bekas ADUN Kampung Gajah & EXCO Kerajaan Negeri Perak, Dato Ainon Khariyah Dato Mohd Abas, yang juga pernah menjawat jawatan Ahli Parlimen Malaysia (BN-Parit), Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah & Koperasi, bekas Ketua Wanita UMNO Perak & EXCO Wanita UMNO Malaysia dan kini merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak.

Seorang lagi bekas ADUN Kampung Gajah (2008-2013) ialah Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Bendahari Puteri UMNO Malaysia, Bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Perak & Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Kampung Gajah dapat dikaitkan dengan beberapa budaya tradisional yang dikaitkan dengan budaya negeri Perak. Antaranya ialah :

Tokoh terkenal[sunting | sunting sumber]

Dato Maharaja Lela

Terdapat beberapa orang tokoh terkenal berasal dari Kampung Gajah. Daerah kecil Kampung Gajah ini merupakan tempat bersemayam beberapa orang Sultan Perak, yang berasal dari susur galur Sultan di Melaka.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Beberapa kawasan yang menarik di sini ialah :

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa institusi pendidikan di sini iaitu :

Tenaga Nasional Berhad[sunting | sunting sumber]

  • Tenaga Nasional Bhd, Simpang Tiga, Kampung Selat Pulau, 36800 Kampung Gajah
  • Tenaga Nasional Bhd, No. 9, Kedai PKNP, Jalan Teluk Intan, Bandar Baru, 36800 Kampung Gajah
  • Tenaga Nasional Bhd, Jalan Kampung Gajah, MMC Sungai Galah, 31800 Tanjung Tualang
  • Tenaga Nasional Bhd, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah

Koperasi[sunting | sunting sumber]

  • Koperasi Orang-Orang Melayu Kerajaan Skomk HP Bhd(Cawangan)
  • Koperasi Peneroka-Peneroka Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd
  • Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak
  • Koperasi Bina Bersama Bhd
  • Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kampung Gajah Bhd
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru)
  • Syarikat Kerjasama Orang-Orang Melayu
  • Koperasi Felcra Tok Peduka Raja Kampung Gajah Bhd
  • Pertubuhan Peladang Kawasan Daerah Kecil Kampung Gajah
  • Koperasi Wanita Pasir Salak Bhd

Pejabat Pos[sunting | sunting sumber]

  • Pos Malaysia Bhd , JKR463, Simpang Empat, 36800 Kampung Gajah

Bank[sunting | sunting sumber]

  • Bank Islam Malaysia Bhd, Kompleks Pejabat Daerah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
  • Bank Pertanian Malaysia, Bangunan Felcra, Lbh Paduka, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
  • Bank Pertanian Malaysia, Ground Floor, Bangunan Umno Pasir Salak, Jalan Besar, 36800 Kampung Gajah
  • Bank Simpanan Nasional, Jalan Besar, 36800 Kampung Gajah

FELCRA[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Bandar Seberang Perak, 36800 Kampong Gajah
  • Felcra Agro Industry Sdn Bhd , Tapak Semaian Pusat Zon Utara, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
  • FELCRA Bhd, Bangunan Felcra, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
  • FELCRA Bhd, Sekolah Latihan Felcra, Jalan Sekolah Latihan, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
  • Felcra Niaga Sdn Bhd, Bangunan Felcra, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
  • Dewan Umno Felcra, Jalan Pekeliling Fasa 2, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah
  • Kompleks Felcra, Jalan Tanjung Tualang Km 1, 36800 Kampung Gajah
  • FELCRA Bhd, Pej. Felcra Bhd, Bendang Besar, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah