Kampung Kristal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Kristal di Pulau Rebak, selatan Langkawi yang diusahakan oleh Langkawi Crystal Sdn Bhd, pengeluar tunggal barangan kristal Malaysia akan menjadi tarikan pelancong ke Pulau Langkawi. Pengarah urusannya ialah Abdoul Rahman Abdullah .

Langkawi Crystal menjalinkan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar kristal antarabangsa seperti China dalam usahanya untuk menjadi pusat kristal terulung di rantau ini.

Kerjasama strategik dengan pengeluar kristal antarabangsa diadakan bagi mengeluarkan produk yang lebih baik dan berkualiti menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 2003.

Langkawi Crystal perlu mengeluarkan produk berkualiti sekiranya ia mahu menjual jenamanya bagi memenuhi jangkaan permintaan pelanggan dalam dan luar negara.

Eropah Timur termasuk Jerman Timur adalah pengeluar utama tetapi kini China mula mendapat pengiktirafan bagi produk kristalnya.