Kampung Muslim, Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Muslim terletak di pulau Labuan, luar pantai Kota Kinabalu,Sabah,Malaysia. Kampung 'terapung' di atas air ini merupakan penempatan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) . Kebanyakan penduduknya terdiri daripada mereka yang lari dari Mindanao,Filipina.[1]

Terdapat 1,937 buah rumah rapat-rapat , dipisahkan oleh dinding dengan binaan daripada kayu sahaja.Penduduknya seramai 7000 orang memegang dokumen IMM13 atau pas kerja.Pada 1996 pernah berlaku kebakaran besar dan dapat dilihat dengan jelas dari Kota Kinabalu.[2] Ops Nyah II pernah dilancarkan oleh polis Sabah bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan cara mengambil gambar potret setiap penduduk dan cap jari mereka.

Kebakaran 2009[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mei 2009, berlaku kebakaran besar di Kampung Muslim. Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Hasnah Rashid mengerah 130 anggota bomba dan tiga jentera dari tiga balai bomba di pulau Labuan dalam operasi memadamkan kebakaran.[3] 800 buah rumah musnah yang melibatkan 3000 penghuni.

Rujukan[sunting | sunting sumber]