Kampung Saman, Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelan Tapak Kampung Saman

[1]Sejarah Pembentukan Kampung[sunting | sunting sumber]

Kampung Saman bermula dengan status sebuah UMNO Cawangan yang didaftarkan pada 29 Ogos 1991 dengan Ketua UMNO Cawangan Kampung Saman yang pertama ialah Tuan Haji Kadis Bin Haji Dasin, di bawah kepimpinan UMNO Bahagian Tuaran, yang seterusnya membentuk sebuah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diiktiraf oleh kerajaan pada 13 Februari 1997 dan dipengerusikan oleh Encik Jamlah Bin Matullah iaitu Ketua UMNO Cawangan Kampung Saman yang kedua.

Kampung Saman diiktiraf secara rasminya pada 13 Mac 2006, apabila ketua kampung yang pertama, Encik Jamlah Bin Matullah dilantik oleh wakil rakyat DUN N.10 Sulaman, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, selepas dicadangkan dalam satu (1) Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dipengerusikan oleh Timbalan JKKK pada masa itu, Encik Mazlan Bin Norinah.

Pada 1 Mei 2007, Encik Mazlan Bin Norinah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Saman dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Saman yang kedua hingga kini.

Bandar Terdekat[sunting | sunting sumber]

Kampung Saman merupakan sebuah kampung yang terletak dalam daerah Tuaran di negeri Sabah iaitu kira-kira lapan (8) hingga sepuluh (10) minit perjalanan ke Pekan Tuaran & Pekan Tamparuli. Anggaran jarak bandar lain yang terdekat ialah Telipok (10 km), Menggatal (14 km), Inanam (17 km), Penampang (24 km) dan Bandaraya Kota Kinabalu (30 km).

Latar Belakang Penduduk[sunting | sunting sumber]

Kampung Saman mempunyai seramai lebih lima ratus (500) orang penduduk sehingga tahun 2011 yang kesemuanya adalah berbangsa Bajau dan beragama Islam.

Latar Belakang Ekonomi Penduduk[sunting | sunting sumber]

Secara kasar, sebanyak tujuh puluh peratus (70 %) penduduk kampung bekerja dan berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala selebihnya adalah mereka yang bekerja sendiri, pekerja kilang dan sektor swasta.

Latar Belakang Pendidikan Penduduk[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan anak-anak penduduk mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Berungis Tuaran yang terletak kira-kira dua kilometer (2 km) dari Kampung Saman.Seterusnya di peringkat sekolah menengah pula, sekolah-sekolah yang menjadi pilihan ialah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran, Sekolah Menengah St. John, Tuaran dan terbaru ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Inanam, Kota Kinabalu.

  1. ^ Buku Profil Kampung Saman 2015