Kampung Tualang Sekah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tualang Sekah
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Tualang Sekah
Mohor rasmi Kampung Tualang Sekah
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Perak
Daerah Malim Nawar
KampungKampung Tualang Sekah
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
31700
Kod kawasan+605
Lokasi Kampung Tualang Sekah di Peta Google

Kampung Tualang Sekah merupakan sebuah kampung yang terletak di Malim Nawar, dalam negeri Perak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung ini dinamakan sempena dengan nama sebatang pokong pokok tualang di perkampungan ini. Namun pokok ini telah disambar petir dan bahagian sekahnya tertinggal di sini. Sekah ialah dahan pokok yang patah akibat disambar petir.

Kampung ini terletak di timur pekan Malim Nawar lebih kurang 3 km dari pekan Malim Nawar. Terdapat banyak bekas lombong bijih timah di sekitar kampung ini. Dahulunya penduduk di kampung ini bergantung kepada industri melombong bijih timah yang terkenal di dalam daerah Kinta. Akibat daripada kejatuhan harga pasaran bijih timah di pasaran, banyak lombong di sekitar kampung ini terpaksa ditutup. Bekas lombong tersebut telah dibangunkan dengan projek perumahan seperti Taman Bina Jaya dan Kampung Tersusun. Manakala bagi lombong yang masih belum ditebusguna dengan perumahan dijadikan kolam menternak ikan oleh penduduk tempatan.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Penduduk di kampung ini terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam. Adat tradisi seperti bergotong-royong masih diamalkan oleh penduduk di kampung ini jika terdapat upacara seperti kenduri kahwin.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin telah dibina di kampung ini pada tahun 1993.Pengetua yang pertama MTQ Addin ini ialah Cikgu Mohamed Amin Bin Abdul Aziz. Kebanyakan penuntutnya datang dari seluruh Negeri Perak dan ada juga dari negeri lain terutamanya negeri yang bersempadan bagi keperluan fardhu kifayah.

Terdapat juga sebuah sekolah rendah di kampung ini iaitu Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah. Sekolah ini terletak di hadapan jalan Kuala Dipang - Malim Nawar.


Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak ialah 31700.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]