Kampung baru Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini mengenai penempatan yang dibuat pada zaman darurat. Klik di sini untuk Kampung Baru Kuala Lumpur.

Kampung baru (bahasa Cina: 新村) ialah istilah umum yang selalu digunakan bagi penempatan baru pada zaman darurat pada tahun 1950an. Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat tinggal, air, elektrik, kemudahan kesihatan dan sekolah. Penduduk yang berhampiran hutan yang terancam dengan serangan ganas komunis dipindahkan ke kampung baru yang dilindungi oleh pasukan mata-mata khas yang juga dikenali sebagai special constable dan tentera.

Pada umumnya tujuan utama kampung baru dilaksanakan adalah untuk melemahkan gerakan Min Yuen. Gerakan ini membekalkan senjata, maklumat, ubat-ubatan, wang dan makanan kepada komunis. Kampung baru merupakan sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950.

Sebanyak 400,000 orang penduduk setinggan Cina telah dipindahkan ke lebih kurang 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu. Majoriti penduduk kampung baru yang dipindahkan merupakan penduduk yang tinggal di pinggir hutan.

Lokasi popular penempatan kampung baru[sunting | sunting sumber]