UiTM Kampus Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampus UiTM Dungun)
UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Fail:Logo UiTM
MotoUsaha, Takwa, Mulia
JenisIPTA
Ditubuhkan pada1 Julai 1975
CanselorKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Naib CanselorProf. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim
RektorProf. TS. Dr. Mazidah Puteh
Staf akademik
384 (2019)
Staf pentadbiran
442 (2019)
Pelajar6914 (2019)
Lokasi
Sura Hujung, Dungun, Terengganu
Laman sesawanghttps://terengganu.uitm.edu.my/v3/

Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Dungun merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang pertama di Malaysia. Ia ditubuhkan pada bulan Julai 1975 di Dungun, Terengganu Darul Iman dan merupakan kampus utama UiTM cawangan Terengganu. UiTM Kampus Dungun mempunyai 9 Fakulti dan menawarkan program bermula daripada Pra Diploma sehingga Doktor Falsafah (PhD).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus Sementara ini mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah Syarikat Bijih Besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Pada masa itu terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran, bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan asrama siswi. Sementara beberapa bangunan seperti di Union Club, Sungai Udang dan Sungai Buaya dijadikan asrama siswa.

Pengubahsuaian bangunan-bangunan dan pembinaan bangunan tambahan di Sura Gate juga dilakukan bagi menampung keperluan pelajar dan staf pada masa itu. Pengubahsuaian tersebut merangkumi 5 buah bangunan lama dijadikan bilik-bilik kuliah, rumah Residen Staf dan surau serta 2 buah stor lama dijadikan Dewan Makan dan 2 blok makmal serta pusat rekreasi pelajar

Walaupun kampus tetap di Sura Hujung telah dibina pada tahun 1982, namun kampus Sura Gate masih digunakan untuk Kajian Sains Kesetiausahaan dan Sijil Perkhidmatan Hotel & Restoran. Pada tanggal 30 April 1998, setelah beroperasi selama hampir 23 tahun, kampus Sura Gate akhirnya dikembalikan kepada kerajaan negeri

sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, semua aktiviti dan penempatan pelajar adalah berpusat di kampus Sura Hujung dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit.

Tanggal 19 Oktober 1978, perletakan batu asas kampus tetap UiTM Kampus Dungun telah disempurnakan oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Sura Hujung. Kawasan ini meliputi 1,306,536 meter persegi iaitu 342,536 meter persegi di kawasan yang bersempadan pantai Laut China Selatan dan 964,000 meter persegi di kawasan bukit Seberang Sura.

Pembangunan kampus tetap di Sura Hujung dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa fasa. Hasil perlaksanaan 4 fasa tersebut dan pembangunan fizikal di dalam Rancangan Malaysia ke-6 dan ke-7, kini UiTM Kampus Dungun telah membangunkan keseluruhan kawasan di sebelah pantai dan 500,00 meter persegi di seberang tasik.

Fakulti[sunting | sunting sumber]

Fakulti Perakaunan

  • AC110 - Diploma Perakaunan
  • AC220 - Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

Fakulti Pengurusan Perniagaan

  • BA114 - Diploma Analisis Pelaburan
  • BA118 - Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
  • BA242 - Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) (Kewangan)
  • BA244 - Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) (Pengurusan Operasi)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

  • EE110 - Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kawalan dan Instrumentasi)
  • EE111 - Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
  • EE112 - Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

  • HM110 - Diploma Pengurusan Hotel
  • HM111 - Diploma Pengurusan Pelancongan
  • HM112 - Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
  • HM115 - Diploma Seni Kulinari
  • HM240 - Sarjana Muda (Kepujian) (Pengurusan Hotel)
  • HM242 - Sarjana Muda (Kepujian) (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari

  • IC110 - Diploma Muamalat

Fakulti Kejuruteraan Kimia

  • EH110 - Diploma Kejuruteraan Kimia

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

  • EM110 - Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Fakulti Sains Gunaan

  • AS121 - Diploma Industri Higien dan Teknologi Keselamatan

Fakulti Sains Komputer dan Matematik

  • CS110 - Diploma Sains Komputer
  • CS230 - Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
  • CS244 - Sarjana Muda (Kepujian) (Pengkomputeran Perniagaan)
  • CS247 - Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Pengkomputeran Matematik)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://terengganu.uitm.edu.my/v3/index.php Diarkibkan 2020-09-23 di Wayback Machine