UiTM Kampus Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampus UiTM Seremban 3)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مارا
Logo Universiti Teknologi MARA
MotoUsaha Taqwa Mulia
Ditubuhkan pada (2011-01-19) 19 Januari 2011 (umur 13)
CanselorDuli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Naib CanselorProfesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said
Lokasi,
Laman sesawang[[1]]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban 3 mula dibina pada 19 Januari 2011, di atas tanah seluas 38 ekar di kawasan pembangunan Seremban 3, Seremban, Negeri Sembilan. Kampus ini merupakan Kampus Cawangan Ketiga bagi UiTM Negeri Sembilan. UiTM Seremban 3 dirasmikan pada 18 Januari 2014. Sehubungan dengan itu, pembukaan kampus ini dapat menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab pendidikan yang berdaya saing dan seiring dengan kemajuan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Ia menempatkan seramai 10,000 orang pelajar dari 3 Fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Fakulti Sains Matematik dan Komputer (FSKM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 5000 orang disediakan kemudahan kolej atau tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 5000 orang lagi akan tinggal di luar kampus.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menye­di­akan pelu­ang mak­si­mum kepada kaum bumi­put­era bagi mengikuti pen­didikan bertaraf pro­fe­sional dalam bidang sains, indus­tri, teknologi, perda­gan­gan, seni dan kemasyarakatan.
  • Menye­di­akan pro­gram pen­ga­jaran yang berkual­iti dan ino­vatif serta memenuhi kehen­dak pasaran dan pelang­gan di samp­ing men­dokong dasar pem­ban­gu­nan negara.
  • Mewu­jud­kan pro­gram pem­ban­gu­nan kemanu­si­aan seba­gai alat men­er­ap­kan sis­tem nilai di kalan­gan masyarakat UiTM.
  • Memas­tikan pro­duk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manu­sia tem­patan, malah juga berse­dia berkhid­mat di per­ingkat global.
  • Men­jadikan UiTM sebuah organ­isasi cemer­lang yang dapat men­jamin pen­gu­ru­san sum­ber manu­sia, kewan­gan dan harta benda yang berke­san dan cekap untuk men­ca­pai mat­la­mat pen­didikan UiTM serta memainkan per­anan seba­gai pemangkin pem­ban­gu­nan masyarakat.

Visi , Misi dan Falsafah[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai Universiti Terunggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahirnya graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Mem­per­t­ingkatkan keil­muan dan kepakaran bumi­put­era dalam semua bidang menerusi penyam­pa­ian pro­gram pro­fe­sional, penye­lidikan serta penglibatan khid­mat masyarakat yang berlan­daskan kepada nilai-​nilai murni dan etika keprofesionalan.

Setiap indi­vidu mampu men­ca­pai kece­mer­lan­gan melalui peminda­han ilmu serta pen­er­a­pan nilai-​nilai murni agar men­jadi grad­uan pro­fe­sional yang beru­paya mengem­bangkan ilmu dan mem­ban­gunkan diri, masyarakat dan negara.

Bahagian Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3 adalah bahagian yang menguruskan Perkhidmatan Sumber Manusia. Jumlah staf di UiTM Kampus Seremban 3 pada masa kini adalah seramai 381 orang. Staf Pengurusan dan Sokongan adalah seramai 199 orang manakala Staf Akademik adalah seramai 183 orang termasuk 6 cuti belajar.

Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Negeri Sembilan berfungsi sebagai nadi utama sesebuah kampus dalam menjalankan proses kerja utama dalam hal ehwal pentadbiran am, pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Bahagian ini juga berperanan merangka, merancang, menetapkan, menyelaras dan memantau hala tuju pentadbiran dan sumber manusia serta memberi khidmat pakar dalam tadbir urus bagi memastikan UiTM Cawangan mempunyai tadbir urus terbaik dan berfungsi dengan cekap dan berkesan selaras dengan objektif penubuhan dan hala tuju cawangan selain berperanan sebagai pemegang rekod utama staf UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Pejabat Pentadbiran selaku peneraju transformasi pengurusan sumber manusia telah melaksanakan tanggungjawab mengurus dan membangunkan sumber manusia di UiTM Cawangan Negeri Sembilan secara bersama melibatkan semua bahagian dan fakulti.

Objektif

Memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada pelanggan yang dikenalpasti berdasarkan peraturan kerajaaan. Pelanggan yang dikenalpasti adalah terdiri daripada staf, pelajar, ibu/bapa pelajar dan jabatan/orang awam.

Piagam Pelanggan

Kami berusaha dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan iaitu kepada pelajar, staf dan ibu/bapa.

Fungsi Jabatan

  1. Melaksanakan pekeliling UiTM/Kerajaan
  2. Cuti staf
  3. Prestasi staf
  4. Perjawatan
  5. Pertukaran dan pengesahan jawatan
  6. Mengurus keperluan dan pengambilan staf
  7. Menguruskan surat-menyurat
  8. Mengurus tuntutan/bayaran bil UiTM
  9. Mengurus kebajikan staf

Bahagian Hal Ehwal Akademik[sunting | sunting sumber]

Selari dengan penubuhan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) juga telah ditubuhkan pada Februari 2014. BHEA bertanggungjawab dalam mengurus Hal Ehwal Akademik yang melibatkan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).

BHEA dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian/Koordinator untuk mengawasi spektrum luas aktiviti teras di BHEA:

  1. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  2. Koordinator Sarjana Muda Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  3. Koordinator Diploma Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  4. Ketua Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan
  5. Ketua Pusat Pengajian Matematik
  6. Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari
  7. Koordinator Fakulti Perakaunan
  8. Koordinator Fakulti Undang-Undang
  9. Koordinator Akademik Pengajian Bahasa
  10. Koordinator Akademi Pengajian Islam Kontemporari
  11. Koordinator Fakulti Pengurusan Perniagaan
  12. Koordinator Sains Komputer

Visi

Menjadikan bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Negeri Sembilan sebagai satu bahagian yang unggul dalam menguruskan dan melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecememerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Memberi khidmat professional kepada program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban bagi melahirkan generasi Profesional Bumiputra yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika serta mampu meneraju pembangunan negara.

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban berjanji untuk berusaha memastikan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, ibubapa, industri dan masyarakat memperolehi impak yang maksimum.

Pelajar

  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester.
  • Menyediakan surau-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan.

Staf Unit dan Bahagian

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan ujian 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas.
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.

Ibubapa dan Industri

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan negara.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya.
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif.
  • Melatih para pelajar dengan scenario sebenar di alam pekerjaan berdisiplin, berkemahiran tinggi, professional. Berhemah tinggi serta mampu menjadi agen perubahan dalam organisasi dan industri.

Kursus yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

CS112 - Diploma Sains Aktuari , CS241 - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik, CS247 - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran, CS248 - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan, CS249 - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik,

SR111 - Diploma Pengurusan Sains dan Rekreasi, SR113 - Diploma Pengajian Sukan, SR241 - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian), SR243 - Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian),

AM110 - Diploma Pentadbiran Awam, AM112 - Diploma Pentadbiran Korporat, AM225 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian), AM228 - Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian), AM226 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Persekitaran (Kepujian),

Bahagian Hal Ehwal Pelajar[sunting | sunting sumber]

Bahagian Hal Ehwal pelajar (HEP) telah diwujudkan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban pada tahun 2014. Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan bahagian yang penting dalam pembentukan sahsiah, rohani, jasmani, spiritual, intelektual dan emosi mahasiswa berlandaskan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 dan pindaan-pindaanya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.

Dengan kekuatan kakitangan seramai 27 orang menjalankan dua fungsi terasnya (core business) iaitu Pembangunan dan Kepimpinan serta Kemudahan dan Perkhidmatan.

Pembangunan dan Kepimpinan:

  1. Program Kepimpinan Pewaris Bangsa
  2. Program ‘Finishing School’
  3. Kursus Kenegaraan
  4. Kursus Kokurikulum
  5. Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
  6. Pembangunan Sukan
  7. Pembangunan Keusahawanan
  8. Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian
  9. Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Pelajar

Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK)[sunting | sunting sumber]

Salah satu unit yang bernaung dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Di UiTM Kampus Seremban 3, UKK mempunyai dua orang kaunselor berdaftar (Pegawai Psikologi) yang menjalankan mandat & tugas di UKK. UKK menyediakan perkhidmatan kaunseling secara bersepadu sama ada kaunseling individu, kelompok, kaunseling kerjaya, kes-kes rundingan serta bimbingan. Selain dari itu UKK turut membantu dalam menjayakan program pembangunan pelajar, motivasi diri, misi akademik dan sebagainya.

Unit Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Unit kesihatan mula beroperasi pada bulan Jun 2014. Sehingga Januari 2015, Unit kesihatan mempunyai seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan, dua orang Jururawat Terlatih, dan seorang Penolong Pegawai Farmasi.

Visi Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual agar visi dan misi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dapat dicapai.

Misi Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban

Melahirkan masyarakat universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Objektif

Untuk menjadikan Unit Kesihatan sebagai sumber perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada pelajar selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Berdasarkan kepada falsafah, visi dan misi bahagian, Unit Kesihatan telah menyusun strategi untuk berperanan sebagai pusat perkhidmatan kesihatan yang cemerlang melalui:

  • Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar UiTM mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari semasa ke semasa
  • Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar UiTM selaras dengan skim perkhidmatan kesihatan.
  • Pengurusan rekod kesihatan dan maklumat kesihatan pelajar UiTM dengan memastikan bahawa ianya sentiasa kemaskini dan betul
  • Amalan penghasilan kerja yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti
  • Pengwujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamakan
  • Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan
  • Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga Kampus Seremban

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk berusaha memastikan:

  • Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional
  • Perkhidmatan yang mesra, segera dan bertanggungjawab
  • Persekitaran klinik yang bersih, selamat dan kondusif
  • Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang berterusan.

Objektif Kualiti

  • 80% Pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
  • 95% Pesakit berpuashati dengan perkhidmatan perubatan yang diberikan.

Unit Ko-Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Mula melaksanakan tanggungjawab unit pada 2 Februari 2014 dan berfungsi untuk menyelaras aktiviti-aktiviti dan kursus Kokurikulum yang ditawarkan di UiTM Kampus Seremban.

Unit ini berperanan untuk mewujudkan pendidikan yang menyeluruh dan seimbang ke arah melahirkan graduan yang serba boleh, berdedikasi, berdikari, beretika dan bertanggungjawab agar mampu membentuk masyarakat yang teguh dan padu.

Sejarah Unit Kokurikulum adalah berasal daripada penubuhan Unit Kesatria pada tahun 1976. Sebagai salah satu penambahbaikan terhadap unit ini, mulai Oktober 2007 Unit Kesatria telah diletakkan di bawah Unit Kokurikulum yang yang dapat berperanan dengan lebih luas lagi bagi mengimbangi keperluan kokurikulum pelajar yang semakin bertambah.

Dibawah perenggan 1.40 peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA, kokurikulum ialah aktiviti luar kuliah yang ditetapkan oleh Universiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Unit Kokurikulum Kampus Seremban 3 diketuai oleh Pegawai Kokurikulum dalam menguruskan pentadbiran dan pelaksanaan segala program dan aktiviti unit berkenaan.

Unit Pengurusan Kolej[sunting | sunting sumber]

Pengenalan

  1. Kemasukan pelajar yang pertama ke kolej kediaman adalah pada sesi Mac 2014 iaitu pelajar ijazah.
  2. Dua bangunan kolej kediaman (siswa & siswi)
  3. Perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan:
  • Medan Makan di Bangunan Tiga Persukuan
  • Bilik Gerakan Pelajar ( Bilik Perbincangan/Mesyuarat)
  • Outdoor Gym
  • Air Minuman (Vending Machine)
  • Bilik Dobi
  • Pusat Islam (Solat jumaat di dalam kampus)
  • Bilik OKU di setiap blok siswa dan siswi
  • Rumah tamu di setiap blok
  1. Blok Siswa (Bendahara Skudai)
  • Kapasiti 1000 pelajar
  • Penempatan untuk pelajar siswa diploma dan ijazah
  • 8 tingkat
  1. Blok Siswi (Puteri Mayang Selida)
  • Kapasiti 1500 pelajar
  • Penempatan untuk pelajar siswa diploma dan ijazah
  • 12 tingkat
  1. Bagi mahasiswa yang tidak ditawarkan kemudahan kolej, kebajikan mereka tidak diabaikan. Unit Pengurusan Non Residen (NR) ditubuhkan untuk:
  • Menyediakan direktori maklumat rumah sewa
  • Penyediaan maklumat, informasi serta garis panduan sewaan rumah
  • Mengatur program kemasyarakatan dengan penduduk setempat
  • Membantu persatuan NR menjalankan program dengan pihak berkaitan
  • Memantau dan menjaga keselamatan pelajar NR

Unit Sukan[sunting | sunting sumber]

Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti. Ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa. Melalui program serta aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Unit Sukan untuk melibatkan seramai 100% warga kampus aktif dalam kegiatan sukan.

Unit Sukan turut berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan.

Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyelenggara kemudahan sukan selain berperanan menguruskan stor peralatan sukan. Antara kemudahan sukan yang boleh digunakan pelajar adalah Gelanggang Futsal, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Baling, Padang Bola Sepak, Gelanggang Sepak Takraw, Ping Pong, Catur Gelanggang Silat, Gelanggang Taekwondo, Bola Keranjang, Bola Tampar, Outdoor Gymnasium, Laluan Basikal Lasak.

Pelbagai aktiviti utama yang dijalankan oleh Unit Sukan adalah Sukan Kolej (SUKOL), Sukan Pelajar (SUPER NINE), Bulan Sukan, Kejohanan Dalaman, Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA), Sukan Staf dan lain-lain kejohanan jemputan, baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Unit Hal Ehwal Islam[sunting | sunting sumber]

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelia serta memantau segala program dan aktiviti kerohanian dan keagamaan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, khususnya di UiTM Kampus Seremban selaras dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, disamping menjalankan aktiviti kebajikan kepada warga UiTM dan masyarakat.

Fungsi UHEI seperti berikut:

Bimbingan dan Pembangunan Insan

Pengurusan dan Pengimarahan Masjid

Pentadbiran Hal Ehwal Islam

Dakwah dan Khidmat Komuniti

Sejarah Penubuhan

Unit Hal Ehwal Islam merupakan entiti asal Unit Agama yang ditubuhkan pada 3hb Mac 1971 diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, disamping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar.

Mulai Februari 1998 Unit Agama diberi nama baharu iaitu Unit Kemajuan Islam yang diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) dan ditempatkan di Pusat Islam UiTM. Peranan dan fungsinya diperluaskan kepada khidmat penyebaran agama di kalangan staf di samping hakikinya perkhidmatan kepada pelajar.

Pada Januari 2001 ia dikembalikan semula ke fungsi asalnya perkhidmatan kepada pelajar dan dinamakan semula Unit Agama.

Pada 13 Januari 2004 pengisytiharan Pusat Pendidikan Islam sebagai Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) / Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam dan Unit Agama diletakkan dibawah naungan CITU dan diberi nama baru sebagai Pejabat Hal Ehwal Islam (HEI).

Manakala pada 21 Mei 2013 CITU telah dinaik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) dan Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Pusat Islam.

Sekali lagi, pada 14 Jun 2017, Majlis Eksekutif Universiti Bil.14/2017 telah membuat keputusan meluluskan penambahbaikan tadbir urus dan kini Bahagian Hal Ehwal Islam diletakkan terus di bawah Pejabat Naib Canselor, manakala Unit Hal Ehwal Islam di kampus cawangan di letakkan dibawah Pejabat Rektor Universiti.

Piagam Pelanggan

  • Maklumat peribadi klien khidmat bimbingan dan nasihat adalah SULIT
  • Perkara senarai berbutirSolat Fardhu dan Jumaat secara berjemaah didirikan TANPA GAGAL
  • Memproses permohonan bantuan zakat dan sedekah dengan CEPAT DAN EFISYEN
  • Memastikan maklumat dan artikal Islam yang diterbitkan BETUL & BENAR
  • Memastikan program keagamaan mendapat KEBENARAN PIHAK BERWAJIB

Bahagian Bendahari[sunting | sunting sumber]

Pejabat Bendahari UiTM Kampus Seremban 3 telah ditubuhkan pada 3 Februari 2014 sejajar dengan penubuhan UiTM Kampus Seremban bagi mencapai misi, visi dan objektif Universiti Teknologi MARA (UiTM) di bawah peruntukan Akta 173 (1973) dan pindaan-pindaannya. Kewujudan Pejabat Bendahari berdasarkan berdasarkan keperluan perundangan, perkhidmatan, pembangunan dan pengurusan sumber kawalan dan penilaian prestasi. Pentadbiran dan segala urusan hal berkaitan adalah berdasarkan semua pekeliling dan dasar yang masih digunapakai dan relevan. Pejabat Bendahari akan melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional yang menyediakan perkhidmatan berdasarkan Fungsi Utama Pejabat Bendahari iaitu;

  1. Pentadbiran Kewangan
  2. Pengurusan Belanjawan
  3. Pengurusan Perolehan
  4. Pengurusan Harta Benda
  5. Pengurusan Wang
  6. Pengurusan Kewangan Pelajar
  7. Pengurusan Akaun
  8. Pengurusan Amanah, Penyelidikan & Perundingan

Bahagian Pengurusan Fasiliti[sunting | sunting sumber]

Bahagian Pengurusan Fasiliti telah beroperasi di UiTM Kampus Seremban bermula daripada 3 Februari 2014 selaras dengan pembukaan UiTM Kampus Seremban. Bagi setiap kampus PFI, Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) hanya dibekalkan dengan EMPAT (4) orang Staf sahaja. Ketua bahagian adalah Jurutera dibantu oleh Penolong Jurutera Kanan, Penolong Jurutera dan Penjaga Jentera Elektrik.

Bahagian Pengurusan Fasiliti di UiTM Kampus Seremban ini dibantu dari segi operasi penyelenggaraan kampus oleh syarikat konsesi yang telah dilantik diawalnya yang menandatangani kontrak selama 20 tahun. Segala operasi yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, senitaman, pencegahan kebakaran, penyaman udara dan sebagainya dikendalikan oleh syarikat konsesi yang berkenaan. Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Seremban akan memantau kerja-kerja tersebut melalui system ‘Computerized Facility Management System (CFMS)’ yang telah dibangunkan oleh Bahagian Kualiti Audit Fasiliti (BKAF).

Walaupun begitu dengan tenaga yang dibekalkan seramai EMPAT (4) orang ini, operasi dalaman kampus adalah menjadi tanggungjawab BPF. Urusan melibatkan tempahan dewan kuliah, lanjutan tempoh guna penyaman udara, tempahan majlis dan kelengkapan sehingga persiapan dewan peperiksaan dan sebagainya adalah dibawah tanggungjawab BPF. BPF juga terlibat secara langsung terhadap perancangan pembangunan serta tadbir urus UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban ini .

Konsep ‘multi-skilling’ yang diterapkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada setiap staf diaplikasikan sepenuhnya di sini bagi memastikan perjalanan aktiviti kampus berlangsung dengan lancar dan sempurna. BPF UiTM Kampus Seremban akan sentiasa berusaha bagi mencapai misi dan visi UiTM seterusnya menjadikan UiTM Kampus Seremban sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan selamat.

Objektif Kualiti Jabatan[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Bayaran dan Tuntutan (PFI) Negeri (JPBTN) dapat dibuat mengikut jadual yang dirancang setiap tahun. Memastikan KPI jabatan sentiasa pada tahap 90% setiap bulan. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual konsesi dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai KPI yang ditetapkan. Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak konsesi setara dengan perbelanjaan penyelenggaraan yang dikeluarkan. Membuat kawalan supaya kadar kegunaan tenaga yang digunakan tidak melebihi 0.24 sen setiap kaki persegi sebulan bagi tempoh setahun. Membuat kawalan supaya kos membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh vandalisma tidak melebihi 5% setahun. Memastikan 90% keputusan kajian kepuasan pelanggan pada tahap memuaskan bagi tempoh setahun. Memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi segala langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh BKKP PPF untuk mengelakkan kemalangan jiwa di tapak kerja bagi tempoh setahun. Memastikan inisiatif warga kampus menggunakan e-aduan ditingkatkan kepada 90%.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban akan memastikan warga kampus;

Menerima perkhidmatan terbaik Menerima layanan mesra dan segera Suasana Kampus yang bersih dan kondusif Memenuhi permohonan majlis atau aktiviti dengan peralatan yang lengkap Sistem e-aduan yang efektif Proses aduan diselesaikan dalam tempoh masa yang diperuntukan Memastikan kualiti perkhidmatan konsesi sentiasa pada tahap mencapai KPI utama mengoptimumkan segala sumber bagi tujuan fasiliti kampus Proses permohonan ubahsuai atau guna ruang dipercepatkan

Perpustakaan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban, dinamakan sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak atau dikenali sebagai PTAR dan telah mula beroperasi pada 2 Februari 2014. Pada 3 Mac 2014, Perpustakaan ini telah mula dibuka kepada para pengguna. Bangunan PTAR,UiTM Kampus Seremban ini mempunyai 2 aras dan boleh menempatkan anggaran 900 pengguna dalam satu masa.

PTAR UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban secara umumnya menyediakan perkhidmatan seperti Pinjaman & Pemulangan Bahan Rujukan, Kemudahan IT serta Perkhidmatan Maklumat dimana ianya menyokong program akademik diploma dan ijazah bagi program-program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban khususnya .

Pada awal operasi Perpustakaan ini mempunyai seorang Pustakawan, seorang Pembantu Perpustakaan Tingkatan Kanan, tiga orang Pembantu Perpustakaan dan seorang Pembantu Pemuliharaan. Kemudiannya Perpustakaan telah menerima seorang Pustakawan dan menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan Perpustakaan Tun Abdul Razak seramai tujuh orang.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Seremban berperanan menyokong pembelajaran dan pengajaran dengan menyediakan kemudahan bahan rujukan, serta memberikan perkhidmatan maklumat kepada tiga fakulti utama iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Sukan dan Matematik dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Unit Komunikasi Korporat[sunting | sunting sumber]

Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah ditubuhkan pada April 2014. Unit ini berada di bawah Pejabat Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Di samping itu, Unit Komunikasi Korporat juga berperanan mempromosikan imej dan reputasi UiTM Negeri Sembilan melalui komunikasi strategik di antara IPTA, IPTS, kerajaan Negeri Sembilan dan medium lain seperti media percetakan dan elektronik selain daripada program universiti.

OBJEKTIF

Sebagai salah sebuah unit yang penting dalam sistem pengurusan Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Kampus Seremban, Unit Komunikasi Korporat menitikberatkan:-

Meningkatkan dan menjaga imej korporat UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Menyelaraskan aktiviti perhubungan korporat di UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Menyalurkan aduan dan maklumbalas pelajar, staf dan pihak luar yang berkaitan dengan kemudahan serta perkhidmatan UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban kepada pihak pengurusan. Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat Universiti seragam dan selaras dengan dasar korporat. Memastikan dasar dan maklumat berkaitan Universiti dihebahkan dan difahami warga Universiti serta masyarakat luar.

Fakulti[sunting | sunting sumber]

1.Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi

  1. Diploma Pentadbiran Awam
  2. Diploma Pentadbiran Korporat
  3. Sarjana Muda Sains Pentadbiran
  4. Sarjana Muda Pentadbiran Korporat
  5. Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar

2.Fakulti Sains Komputer & Matematik

  1. Sarjana Muda Sains Statistik
  2. Sarjana Muda Sains Aktuari
  3. Sarjana Muda Pengurusan Matematik
  4. Sarjana Muda Matematik

3.Fakulti Sains Sukan & Rekreasi

  1. Diploma Pengajian Sukan
  2. Sarjana Muda Sains Sukan
  3. Sarjana Muda Pengurusan Sukan

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  1. Kolej Puteri Mayang Selida
  2. Medan Tiga Persukuan
  3. Kolej Bendahara Skudai
  4. Bangunan Batin Sibu Jaya
  5. Unit Kesihatan
  6. Pusat Islam Sheikh Haji Ahmad Said
  7. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
  8. Bangunan Dato' Klana Petra
  9. Pusat Kegiatan Pelajar To'Puan Sungai Ujong
  10. Bangunan Amar Setia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[2]