Kampus UiTM Sri Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

Sejarah

Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.


Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.


Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari masa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan setor.


Disamping itu sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewa sebagai asrama bagi penempatan siswa. Pengambilan pertama seramai 200 orang pelajar iaitu pada Januari 1985 yang mengikuti Kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Manakala kakitangan perintis pula seramai 21 orang kakitangan akademik dan 45 orang kakitangan bukan akademik.


Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemudahan dan bersesuaian dengan sebuah pusat pengajian tinggi, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan kawasan seluas 285.5 ekar di Bandar Baru Seri Iskandar sebagai tapak Kampus tetap ITM Cawangan Perak. Kerja-kerja awal fasa 1 Kampus fasa 1 Kampus Seri Iskandar yang terdiri daripada bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dan bangunan asrama telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 3 April 1995. Pada 1 Januari 1997 kampus Seri Iskandar telah mula digunakan dengan menempatkan seramai 786 orang pelajar daripada FSPU.

Pada 21 Julai 1998 majlis perasmian Kampus Seri Iskandar telah disempunakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, mewakili Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.


Objektif UiTM Perak

Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf professional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan. Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan disamping mendokong dasar pembangunan negara. Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai dikalangan masyarakat UiTM. Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran gunatenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global. Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yag berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti terunggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing.

Peta Ke UiTM Seri Iskandar


Pautan luar[sunting | sunting sumber]