Kamui Kobayashi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamui Kobayashi
Kobayashi pada tahun 2010
Lahir (1986-09-13) 13 September 1986 (umur 37)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanJepun Jepun
Tahun aktif20092012
TeamsToyota, Sauber
Entri60
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium1
Mata kerjaya125
Petak pertama0
Pusingan terpantas1
Perlumbaan pertamaGrand Prix Brazil 2009
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2012
Kedudukan 2012Ke-12 (60 mata)
Kerjaya 24 Hours of Le Mans
Tahun penyertaan2013
PasukanAF Corse
Keputusan terbaikKe-5 dalam LMGTE-PRO
Kemenangan kelas0

Kamui Kobayashi (Jepun: 小林 可夢偉, Hepburn: Kobayashi Kamui, lahir 13 September 1986 di Amagasaki, Hyogo, Jepun) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Jepun, yang kini bertanding dalam kejuaraan FIA World Endurance Championship. Beliau pernah bersaing dalam GP2 Series, memenangi kejuaraan GP2 Asia Series, dan membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu bersama Toyota pada dua perlumbaan terakhir pada musim 2009 dengan mengantikan Timo Glock yang cedera dalam sebuah kemalangan pada pusingan kelayakan di Grand Prix Jepun. Beliau berlumba untuk Sauber sejak tahun 2010, namun meninggalkan pasukan tersebut selepas digantikan oleh Esteban Gutiérrez bagi musim 2013.[1] Pada tahun 2013, Kobayashi bersaing dalam FIA World Endurance Championship, di mana beliau berlumba untuk pasukan AF Corse dalam kelas LMGTE-PRO, dan juga membuat penampilan sulungnya dalam acara 24 Hours of Le Mans.

Pada bulan April 2013, beliau telah diberikan anugerah Pencapaian Cemerlang dalam kategori Sukan di acara The Asian Awards di London.[2]

Kerjaya perlumbaan[sunting | sunting sumber]

GP2[sunting | sunting sumber]

Kobayashi memandu untuk DAMS di Nürburgring dalam kejuaraan GP2 Series musim 2009

Berikutan prestasi yang kukuh dalam kejuaraan GP2 Asia Series pada awal tahun 2008, Kobayashi memenangi perlumbaan pertamanya pada perlumbaan kedua musim ini. Selepas bermula dari petak pertama di Circuit de Catalunya, Kamui memenangi perlumbaan ini dengan gaya yang penuh kontroversi. Di seksyen pit lurus yang terakhir, Kamui cuba memintas Romain Grosjean. Walau bagaimanapun, Grosjean mempertahankan kedudukannya, dan menyebabkan Kobayashi perlu mengelak. Grosjean menerima penalti pandu lalu pit, dan menyebabkan Kobayashi memenangi perlumbaan ini. Beliau mendapat tempat ke-16 dalam kejuaraan tersebut.

Formula Satu (2007-2012)[sunting | sunting sumber]

Pada November 16 2007, ia telah disahkan bahawa Kobayashi akan mengantikan Franck Montagny sebagai pemandu ketiga Toyota F1.[3] Kobayashi menjadi pemandu ujian dan simpanan pasukan bagi musim 2008 dan 2009.

Toyota (2009)[sunting | sunting sumber]

Kobayashi mengantikan Timo Glock pada sesi latihan bebas di Grand Prix Jepun 2009.
2009[sunting | sunting sumber]

Di Grand Prix Jepun 2009, Kobayashi mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas pertama dan kedua. Beliau mengantikan Timo Glock, yang sakit.[4] Glock sempat pulih untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas ketiga dan pusingan kelayakan, namun cedera selepas mengalami kemalangan pada sesi kelayakan bahagian ketiga. Toyota meminta Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) untuk membenarkan Kobayashi mengantikan Glock untuk perlumbaan tersebut, tetapi ditolak kerana beliau sekurang-kurangnya perlu mengambil bahagian dalam sebuah sesi pada hari Sabtu untuk berlumba.

Kobayashi membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu di Grand Prix Brazil, dengan mengantikan Glock yang masih cedera.[5] Beliau mendapat tempat kesebelas pada pusingan kelayakan. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh, dan kemudiannya dinaikkan ke tempat kesembilan selepas Heikki Kovalainen menerima penalti. Beliau juga bertanding di Grand Prix Abu Dhabi. Kobayashi mendapat tempat ke-12 pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Sebelum Toyota memutuskan untuk menarik diri dari Formula Satu, Kobayashi telah dijangka untuk menjadi pemandu pasukan di Toyota bagi musim 2010.[6]

Sauber (2010–2012)[sunting | sunting sumber]

2010[sunting | sunting sumber]
Kobayashi di Grand Prix Bahrain 2010.
Kobayashi memandu untuk Sauber di Grand Prix Malaysia 2010.

Selepas Toyota menarik diri dari Formula Satu, masa depan Kobayashi kelihatan tidak menentu. Namun, nama beliau telah disebut dalam senarai pemandu yang berkemungkinan akan berlumba untuk pasukan baru bagi musim 2010.[7] Ia telah disahkan pada Disember 17 2009, bahawa beliau akan berlumba untuk pasukan Sauber, selepas BMW Sauber menarik diri dari Formula Satu.[8] Rakan sepasukannya ialah bekas pemandu ujian McLaren, Pedro de la Rosa. Kobayashi memandu jentera Sauber C29 yang baru pada sesi ujian musim sejuk F1 pada 2 Februari.

Di Grand Prix Australia, kegagalan sayap depan kereta Sauber menyebabkan beliau berlanggar dengan Nico Hülkenberg dan Sébastien Buemi. Di Malaysia, beliau melayakkan diri ke tempat kesembilan, namun beliau mengalami kegagalan enjin pada awal perlumbaan. Di China, Kobayashi bersara sekali lagi selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama. Di Turki, beliau mendapat mata kejuaraan pertamanya dalam musim ini, selepas mendapat tempat kesepuluh, selepas pemandu lain menerima penalti. Di Valencia, beliau mendapat tempat ketujuh selepas memintas kedua-dua Fernando Alonso dan Sébastien Buemi pada pusingan akhir. Beliau mendapat tempat keenam di Silverstone, kesebelas di Jerman, kesembilan di Hungary dan kelapan di Belgium.

Di Grand Prix Itali, Kobayashi mengalami masalah kotak gear dan bersara di Grand Prix Singapura selepas melanggar penghadang di tepi litar. Kobayashi mendapat rakan sepasukan yang baru di Singapura selepas Pedro de la Rosa digantikan oleh Nick Heidfeld. Di Jepun, Kobayashi bermula dari tempat ke-14 dan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, setelah memintas beberapa pemandu termasuk rakan sepasukannya sendiri. Beliau mendapat tempat kelapan di Korea dan kesepuluh di Brazil, dan menamatkan musim dengan 32 mata.

2011[sunting | sunting sumber]
Kobayashi di Grand Prix Malaysia 2011.

Kobayashi kekal bersama Sauber bagi musim 2011,[9] dan menjadi rakan sepasukan Sergio Pérez. Kobayashi mendapat tempat kelapan pada perlumbaan pembuakaan musim di Grand Prix Australia, tetapi beliau dan Pérez - yang mendapat tempat ketujuh - telah disingkirkan daripada perlumbaan tersebut kerana melanggar peraturan teknikal. Kobayashi meneruskan prestasi yang kukuh ini di Malaysia dengan mendapat tempat kelapan dalam perlumbaan, dan diklasifikasikan di tempat ketujuh selepas Lewis Hamilton menerima penalti. Beliau mendapat tempat kesepuluh dalam tiga perlumbaan seterusnya, sebelum mendapat tempat kelima dalam perlumbaan yang penuh dengan insiden di Grand Prix Monaco. Di Kanada, Kobayashi mendapat tempat ketujuh selepas dipintas oleh Felipe Massa di jalan lurus terakhir.

2012[sunting | sunting sumber]
Kobayashi di Grand Prix Jepun 2012.

Pada 28 Julai 2011, ia telah diumumkan bahawa Kobayashi akan kekal bersama Sauber bagi musim 2012, dan sekali lagi menjadi rakan sepasukan Pérez.[10]

Kobayashi memulakan musim ini dengan mendapat tempat keenam di Grand Prix Australia,[11] dan bersara di Grand Prix Malaysia disebabkan masalah brek.[12]

Kobayashi di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Beliau bermula dari tempat ketiga di Grand Prix China, di belakang kedua-dua pemandu Mercedes, Nico Rosberg dan Michael Schumacher. Namun, usahanya disia-siakan selepas hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh, tetapi berjaya untuk menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan. Di Grand Prix Sepanyol, beliau mendapat tempat kelima selepas memotong Jenson Button dan Nico Rosberg. Kobayashi gagal mendapat mata dalam empat perlumbaan seterusnya, namun mendapat mata di Kanada setelah mendapat tempat kesembilan. Kobayashi mendapat tempat keempat di Grand Prix Jerman.[13] Selepas bersara di Grand Prix Hungary, Kobayashi bermula dari tempat kedua di Belgium, namun terlibat dalam sebuah kemalangan di selekoh pertama bersama-sama dengan empat pemandu lain. Kobayashi pulih kembali untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.[14]

Kobayashi mendapat podium pertamanya dalam Formula Satu dengan mendapat tempat ketiga di Grand Prix Jepun. Kobayashi menjadi pemandu Jepun yang pertama sejak Aguri Suzuki, untuk mendapat podium dalam Formula Satu di Jepun, dan merupakan pemandu Jepun yang ketiga untuk mendapat podium dalam Formula Satu.[15]

Pada 23 November 2012, Sauber mengumumkan bahawa Kobayashi tidak akan berlumba untuk mereka bagi musim 2013, selepas Nico Hülkenberg dan Esteban Gutiérrez disahkan sebagai pemandu pasukan dan Robin Frijns sebagai pemandu simpanan.[16] Kobayashi akhirnya menamatkan musim ini di tangga ke-12 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia, dengan 60 mata kejuaraan. Walaupun mendapat wang penajaan sekitar 8 juta, Kobayashi memilih untuk memberi tumpuan kepada pasukan yang lebih kompetitif bagi musim 2014, dan bukannya memandu pada tahun 2013.

FIA World Endurance Championship 2013[sunting | sunting sumber]

AF Corse[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mac 2013, ia telah disahkan bahawa Kobayashi akan memandu untuk AF Corse dalam FIA World Endurance Championship musim 2013. Beliau bersaing dalam kelas LMGTE Pro, dan akan bersaing dalam acara 24 Hours of Le Mans 2013.[17]

Kamui juga memandu kereta Formula Satu Ferrari yang digunakan pada tahun 2010 sebagai persediaan untuk sebuah acara promosi di Moscow.[18] [19]

Rekod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2003 Formula Toyota N/A 10 2 4 ? ? 120 Ke-2
2004 Formula Renault 2000 Italy Prema Powerteam 17 2 3 1 3 134 Ke-7
Formula Renault 2000 Germany 2 0 0 0 0 16 Ke-31
Formula Renault 2000 Netherlands ? ? ? ? ? 32 Ke-15
Asian Formula Renault Challenge Asia Racing Team 1 0 0 ? 0 16 Ke-31
2005 Formula Renault Eurocup Prema Powerteam 16 6 4 4 8 157 Pertama
Formula Renault 2.0 Italy 15 6 9 8 11 312 Pertama
2006 Formula 3 Euro Series ASM Formule 3 19 0 0 1 3 34 Ke-8
Macau Grand Prix 1 0 1 0 0 N/A Ke-19
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A Ke-11
2007 Formula 3 Euro Series ASM Formule 3 20 1 1 0 7 59 Ke-4
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A Ke-13
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A NC
Formula Satu Toyota Racing Pemandu ujian
2008 GP2 Asia Series DAMS 10 2 0 0 3 22 Ke-6
GP2 Series 20 1 0 2 1 10 Ke-16
Formula Satu Toyota Racing Pemandu ujian
2008–09 GP2 Asia Series DAMS 11 2 2 3 4 56 Pertama
2009 GP2 Series DAMS 20 0 0 0 1 13 Ke-16
Formula Satu Panasonic Toyota Racing 2 0 0 0 0 3 Ke-18
2010 Formula Satu BMW Sauber F1 Team 19 0 0 0 0 32 Ke-12
2011 Formula Satu Sauber F1 Team 19 0 0 0 0 30 Ke-12
2012 Formula Satu Sauber F1 Team 20 0 0 1 1 60 Ke-12
2013 Le Mans 24 Hours AF Corse (GTE Pro) 1 0 0 0 0 N/A Ke-5
FIA World Endurance Championship 4* 0 0 0 2 57* Ke-6*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap Formula Renault 2.0 Euro Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Siri Pasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Ked Mata
2005
Eropah Eurocup
Prema Powerteam ZOL
1

Ret
ZOL
2

14
VAL
1

2
VAL
2

4
LMS
1

1
LMS
2

5
BIL
1

5
BIL
2

Ret
OSC
1

1
OSC
2

4
DON
1

1
DON
2

1
EST
1

1
EST
2

4
MOZ
1

1
MOZ
2

3
Pertama 157
2005
Itali Italia
Prema Powerteam VLL
1

Ret
VLL
2

1
IMO
1

1
IMO
2

1
SPA
1

3
SPA
2

2
MOZ
1

1
MOZ
2

3
MOZ
3

1
MUG


MUG


MIS
1

6
MIS
2

2
MIS
3

5
VAR
1

4
MOZ
1

1
MOZ
2

2
Pertama 312

Keputusan lengkap Formula 3 Euro Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Pasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Ked Mata
2006 ASM Formule 3 Dallara F305/012 Mercedes HOC
1

6
HOC
2

5
LAU
1

11
LAU
2

10
OSC
1

11
OSC
2

7
BRH
1

6
BRH
2

3
NOR
1

5
NOR
2

2
NÜR
1

8
NÜR
2

3
ZAN
1

5
ZAN
2

Ret
CAT
1

5
CAT
2

Ret
BUG
1

DNS
BUG
2

14
HOC
1

Ret
HOC
2

9
Ke-8 34
2007 ASM Formule 3 Dallara F305/012 Mercedes HOC1
1

10
HOC1
2

10
BRH
1

3
BRH
2

3
NOR
1

8
NOR
2

Ret
MAG
1

1
MAG
2

9
MUG
1

2
MUG
2

4
ZAN
1

2
ZAN
2

17
NÜR
1

11
NÜR
2

Ret
CAT
1

19
CAT
2

Ret
NOG
1

2
NOG
2

2
HOC2
1

4
HOC2
2

Ret
Ke-4 59

Keputusan lengkap GP2 Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DC Mata
2008 DAMS ESP
FEA

8
ESP
SPR

1
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

9
MON
FEA

Ret
MON
SPR

18
FRA
FEA

Ret
FRA
SPR

9
GBR
FEA

Ret
GBR
SPR

7
GER
FEA

Ret
GER
SPR

18
HUN
FEA

11
HUN
SPR

8
EUR
FEA

Ret
EUR
SPR

6
BEL
FEA

9
BEL
SPR

14
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

13
Ke-16 10
2009 DAMS ESP
FEA

8
ESP
SPR

5
MON
FEA

Ret
MON
SPR

12
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

NC
GBR
FEA

Ret
GBR
SPR

17
GER
FEA

9
GER
SPR

3
HUN
FEA

13
HUN
SPR

8
VAL
FEA

8
VAL
SPR

11
BEL
FEA

7
BEL
SPR

11
ITA
FEA

17
ITA
SPR

17
POR
FEA

6
POR
SPR

19
Ke-16 13

Keputusan lengkap GP2 Asia Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2008 DAMS DUB1
FEA

13
DUB1
SPR

Ret
IDN
FEA

Ret
IDN
SPR

15
MYS
FEA

5
MYS
SPR

1
BHR
FEA

3
BHR
SPR

1
DUB2
FEA

20
DUB2
SPR

14
Ke-6 22
2008–09 DAMS CHN
FEA

2
CHN
SPR

Ret
DUB
FEA

1
DUB
SPR

C
BHR1
FEA

1
BHR1
SPR

6
QAT
FEA

4
QAT
SPR

18
MYS
FEA

2
MYS
SPR

7
BHR2
FEA

4
BHR2
SPR

5
Pertama 56

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2009 Panasonic Toyota Racing Toyota TF109 Toyota RVX-09 2.4 V8 AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN
PO
BRA
9
ABU
6
Ke-18 3
2010 BMW Sauber F1 Team Sauber C29 Ferrari 056 2.4 V8 BHR
Ret
AUS
Ret
MAL
Ret
CHN
Ret
ESP
12
MON
Ret
TUR
10
CAN
Ret
EUR
7
GBR
6
GER
11
HUN
9
BEL
8
ITA
Ret
SIN
Ret
JPN
7
KOR
8
BRA
10
ABU
14
Ke-12 32
2011 Sauber F1 Team Sauber C30 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
DSQ
MAL
7
CHN
10
TUR
10
ESP
10
MON
5
CAN
7
EUR
16
GBR
Ret
GER
9
HUN
11
BEL
12
ITA
Ret
SIN
14
JPN
13
KOR
15
IND
Ret
ABU
10
BRA
9
Ke-12 30
2012 Sauber F1 Team Sauber C31 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
6
MAL
Ret
CHN
10
BHR
13
ESP
5
MON
Ret
CAN
9
EUR
Ret
GBR
11
GER
4
HUN
18†
BEL
13
ITA
9
SIN
13
JPN
3
KOR
Ret
IND
14
ABU
6
USA
14
BRA
9
Ke-12 60

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan.

Keputusan lengkap 24 Hours of Le Mans[sunting | sunting sumber]

Tahun Pasukan Pemandu kedua Kereta Kelas Pusingan Ked. Ked
Kelas.
2013 Itali AF Corse Finland Toni Vilander
Monaco Olivier Beretta
Ferrari 458 Italia GT GTE
Pro
312 Ke-21 Ke-5

Keputusan lengkap FIA World Endurance Championship[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Kelas Casis Enjin Tayar 1 2 3 4 5 6 7 8 Kedudukan Mata
2013 AF Corse LMGTE Pro Ferrari 458 Italia GT2 Ferrari F142 4.5L V8 M SIL
2
SPA
3
LMN
4
SÃO
Ret
COA
FUJ
SHA
BHR
Ke-7 98
2022 Toyota Gazoo Racing LMH Toyota GR010 Hybrid Toyota 3.5 L Turbo V6 (Hybrid) M SEB
Ret
SPA
1
LMS
2
MNZ
3
FUJ
BHR
Ke-3* 76*

* Musim sedang dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gutierrez akan berlumba untuk Sauber". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 23 November 2012. Dicapai pada 23 November 2012.
  2. ^ Winners at the Asian Awards
  3. ^ "Toyota mengesahkan Kobayashi sebagai pemandu ketiga". autosport.com. 2007-11-16. Dicapai pada 2007-11-16.
  4. ^ Strang, Simon (2009-10-02). "Kobayashi mengantikan Glock pada sesi latihan". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2009-10-02.
  5. ^ "Timo Glock tidak akan berlumba di Brazil". Toyota Racing. Toyota. 2009-10-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-13. Dicapai pada 2010-10-09.
  6. ^ "Kobayashi diberikan tempat duduk perlumbaan". BBC News. 2009-11-01. Dicapai pada 2010-05-07.
  7. ^ "F1 gossip column". BBC News. 2009-12-02. Dicapai pada 2010-05-07.
  8. ^ "Sauber F1 menandatangani pemandu Jepun, Kamui Kobayashi". BBC Sport. BBC. 2009-12-16. Dicapai pada 2009-12-16.
  9. ^ "Kamui Kobayashi kekal dalam F1 bersama Sauber". BBC Sport. BBC. 2010-09-07. Dicapai pada 2010-09-07.
  10. ^ "Kobayashi dan Perez kekal di Sauber bagi musim 2012". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 28 Julai 2011. Dicapai pada 30 Julai 2011.
  11. ^ "GP Australia: Perlumbaan". Sauber F1 Team. Sauber F1. 18 Mac 2012. Dicapai pada 9 April 2012.
  12. ^ "GP Malaysia: Perlumbaan". Sauber F1 Team. Sauber F1. 25 Mac 2012. Dicapai pada 9 April 2012.
  13. ^ "Sauber berpuas hati". Crash.net. Crash Media Group. 22 Julai 2012. Dicapai pada 22 Julai 2012.
  14. ^ "Button menang selepas insiden selekoh pertama di Spa". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 2 September 2012. Dicapai pada 4 September 2012.
  15. ^ Noble, Jonathan; Beer, Matt (7 Oktober 2012). "Kamui Kobayashi menyambut keputusan podium". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 7 Oktober 2012.
  16. ^ Benson, Andrew (23 November 2012). "Esteban Gutierrez menandatangani kontrak bersama Sauber". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 23 November 2012.
  17. ^ Watkins, Gary (11 Mac 2013). "Kobayashi joins Ferrari line-up". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 11 Mac 2013.
  18. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/107732
  19. ^ Circuito de Fiorano

Pautan luar[sunting | sunting sumber]