Kan-Cheong Kitchen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kan-Cheong Kitchen
Genre Rancangan permainan masakan
Pengarah Hasymee Latif Julaini
Pengacara Phat Fabes
Rina Omar
Negara asal  Malaysia
Bahasa InggerisMelayu
Bilangan episod 26 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit Hasymee Latif Julaini
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Siaran asal 9 Mei 2008 – 5 November 2008

Kan-Cheong Kitchen ialah tajuk bagi sebuah rancangan permainan hiburan bertemakan masakan yang diterbit dan disiarkan oleh 8TV di Malaysia, di mana para peserta diuji kebolehan menyediakan makanan meskipun langsung ketandusan kemahiran memasak. Kan-cheong (緊張) dalam bahasa Kantonis bermaksud "gemuruh" atau "berdebar-debar", mencerminkan suasana kelam-kabut yang timbul dari kekecohan seseorang yang tidak pandai memasak terpaksa memasak dalam masa yang terhad sambil diganggu pekikan dan bermacam-macam kebisingan.

Menurut penerbit dan pengarah Kan-Cheong Kitchen, Hasymee Latif Julaini, "Kami mahu lari daripada konsep program masakan tipikal yang terlalu straight forward dengan menyuntik sesuatu yang lebih menyeronokkan. Menu yang diketengahkan setiap minggu adalah menu yang kita makan setiap hari. Sesekali mungkin kita mengetengahkan menu yang mungkin kedengaran hebat tetapi cara penyediaannya tidak sukar."[1]

Permainan[sunting | sunting sumber]

Dalam setiap episod ada dua pasangan yang berentap sesama sendiri, dan setiap pasangan ini terdiri daripada seorang yang pandai memasak dan seorang lagi tidak pandai memasak (atau sekurang-kurangnya tidak pandai memasak masakan yang dikehendaki). Hanya peserta yang tidak pandai memasak ini boleh menyentuh ramuan dan alat masak dan memasak dalam permainan ini berpandukan arahan yang dijeritkan rakannya.

Yang betul-betul menyusahkan, pemain yang pandai masak perlu dijauhkan dari rakannya dan diletakkan di satu ruang yang dilengkapi monitor untuk memantau gerak-geri rakannya dari jauh (kamera kecil disematkan pada dahi pemain yang memasak) sambil memekik arahan kepada rakannya.

Terdapat tiga peringkat dalam permainan ini:

I. Penyediaan ramuan
Para peserta yang memasak perlu menyediakan ramuan yang diperlukan dalam masa 30 saat atas arahan rakan masing-masing dari jauh. Selepas itu, mereka hanya boleh menggunakan ramuan yang sempat disediakan mereka tanpa mengira sama ada tepat atau tidak. Contohnya, char hor fun memerlukan bahan mi, tetapi jika lupa hendak keluarkan mi maka terpaksalah memasak tanpa mi, maka cacatlah masakannya.[2]
II. "Kan-Cheong Cookout"
Di peringkat yang paling riuh-rendah ini berlangsungya pertandingan memasak yang sebenar, dan para peserta yang memasak diberi 30 minit untuk menyiapkan masakan mengikut arahan rakan masing-masing. Apa yang menyusahkan lagi ialah peserta yang memasak itu kerap diganggu celahan dan leteran pengacara.
III. Penilaian
Tiga orang pengkritik (terdiri daripada tukang masak, dan selebriti yang tidak terkenal kerana bakat memasak) menilai hasil masakan kedua-dua pasangan berpandukan dua kriteria, iaitu persembahan (presentation) dan rasa (taste). Pasangan yang memperoleh mata yang lebih dikira pemenang. Jika markahnya seri, maka para pengkritik membincangkan siapa patut menang dengan memberi pemakanan pada rasa.

Pemenang mingguan meraih hadiah tunai RM 1,000.

Episod[sunting | sunting sumber]

Petunjuk
Mata persembahan dan rasa diselaraskan mengikut nama pengkritik yang memberinya.
P - Mata persembahan
R - Mata rasa
J - Mata jumlah
Nama pemain yang memasak dicondongkan.
Pemenang ditandai warna kuning.
# Tarikh Masakan Juri Pasukan
A Mata B Mata
P R J P R J
1 9 Mei 2008

Stik batang pinang dengan sayur campur, kentang lecek dan telur mata kerbau
(Sirloin steak with mixed vegetables, mashed potatoes and sunny side up)

Ayu OIAM & Pasha 2
3
3
4
3
3
18 Shila OIAM & Shidi 5
3
3
5
4
5
25
2 16 Mei 2008

Mihun ketam tom yam goreng
(Fried tom yam crab bee hoon)

Nicholas & Lili 4
6
4
4
4
2
24 Azzi & Behonce 6
8
6
1
2
1
24
3 23 Mei 2008

Salad Daging Thai bersama Mi
(Thai Beef Salad with Noodles)

Elizabeth & Shasha 5
2
1
1
1
1
11 Zul & Andrew 3
2
1
5
4
3
18
4 30 Mei 2008

Char Hor Fun Pulau Pinang
(Penang Char Hor Fun)

Fiz & Shuba 3
5
4
4
4
5
25 Steven & Prakash 5
3
3
5
5
5
26
5 6 Jun 2008
(Istimewa Euro)
Paella Makanan Laut Sepanyol
(Spanish Seafood Paella)
Faizal & Anne (Hot FM) 4
3
3
5
3
4
22 Prem & Jules (Fly FM) 5
3
5
6
4
4
27
6 13 Jun 2008
(Istimewa Euro)
Schnitzel Ayam dengan Sayuran
(Chicken Schnitzel with Side Salad)
  • Rina Omar
  • Asri Sahari
  • Phat Fabes
Yoon & Desmond 4
4
4
7
7
9
35 Raz & Belinda 4
3
5
6
4
5
27
7 20 Jun 2008
(Istimewa Euro)
Risotto Cendawan dan Ayam
(Mushroom and Chicken Risotto)
Henley & Rachel 3
2
2
4
5
4
20 Dina & Nadzir 2
2
3
3
4
4
18
8 27 Jun 2008 Sotong Szechuan
(Szechuan Cuttlefish)
Azwan & Kasmani 5
3
6
7
3
6
30 Iedil & Ayu 8
6
9
4
3
4
34
9 4 Julai 2008 Mi kari
(Curry Mee)
Lela & Lauren 5
5
4
5
3
5
27 Azfar & Reen 4
7
5
3
3
3
25
10 11 Julai 2008 Laksa Ketam Nyonya
(Nyonya Crab Laksa)
Ralph & Rose 3
2
4
4
13 Ivan & Kiran 6
4
6
2
18
11 18 Julai 2008 Spaghetti Primavera Zamri & Diane 4
3
4
2
3
2
18 Kevin & Jamie 4
5
4
2
3
2
20
12 25 Julai 2008 Udang Mentega Nasi Goreng Cina

(Buttered Prawn with Chinese Fried Rice)

Mona & Yazid 4
3
7
7
4
7
32 Nick & Paris 8
6
7
8
7
7
39

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Serimah Mohd Sallehuddin. "Kan Cheong Kitchen Ketengah Kelainan", Berita Harian (MySelebriti.Com), 2008-04-14. Dicapai pada 2008-05-10. 
  2. Kan Cheong Kitchen: Episode 4 - Part 2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]