Kanang anak Langkau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Kanang Anak Langkau
Placeholder male superhero c.png
Kesetiaan
United Kingdom United Kingdom (1962–1963) Malaysia Malaysia
Perkhidmatan * Tentera British (1962–1963)
Jumlah tahun berkhidmat 1962–1983
Pangkat Pegawai Waran Pertama
Unit
Renjer Sarawak (sebahagian daripada Tentera British)
Rejimen Renjer Diraja
Arahan Sarjan Mejar Rejimen 8 Renjer
Pertempuran * Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962–1966)
Anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.)

PW I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau,SP,PGB,PGBK (Bersara) (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Menentang Pengganas Komunis[sunting | sunting sumber]

Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugasi untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di rupa bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar 1500 jam waktu petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.

Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada rusuk kanannya. Beliau kemudian mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di rusuk kirinya dan menyerang rusuk kiri dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang pada dirinya ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.

Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.Oleh itu beliau mengecam Mat Sabu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Jun 1981, beliau menerima dua anugerah, Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, Sultan Ahmad Shah.

Pada 24 September 2011, beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Antara anugerah ketenteraan yang diterima oleh beliau adalah:

Ikon Pahlawan[sunting | sunting sumber]

Kanang anak Langkau dilantik sebagai ikon kategori pahlawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching,Sarawak pada 20 april 2010.[3]

Sebuah buku ditulis mengenainya bertajuk Kanang: Cerita Seorang Pahlawan.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Januari 2013, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau rebah semasa menonton televisyen di rumah di Sungai Apong, Sri Aman selepas mengadu sakit dada. Segera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak, beliau telah diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 1:45 pagi akibat serangan jantung pada usia 68 tahun. [4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Novel "Kanang, Cerita Seorang Pahlawan" oleh Mazlan Nordin (1989)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]