Kangchenjunga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kangchengjunga)
Kangchenjunga
Kangchenjunga di pagi hari, dari Chouda Pheri, Sikkim
Titik tertinggi
Ketinggian8,586 m (28,169 ka) [1]
Tempat ke-3
Tonjolan3,922 m (12,867 ka) Tempat ke-30
Pengasingan124 kilometer (77 bt)
Senarai8 ribuan
Titik tertinggi negara
Ultra
Geografi
Lokasi India
   Nepal[2]
Induk banjaranHimalaya
Pendakian
Pendakian pertama25 Mei 1955
United Kingdom Joe Brown
United Kingdom George Band
Laluan paling mudahPendakian glasier/salji/ais

Kangchenjunga (Nepali: कञ्चनजङ्घा Kanchanjaŋghā) SewaLungma (Limbu) ialah gunung ke-3 tertinggi di dunia selepas Gunung Everest dan K2) dengan ketinggian 8,586 meter (28,169 kaki). Gunung ini juga merupakan gunung ke-2 tertinggi di Nepal. Kangchenjunga bererti "Lima Harta Karun Salji, kerana ia terdiri dari 5 puncak, empat di antaranya mencapai lebih dari 8,450 meter. Harta karun itu melambangkan 5 benda milik dewa iaitu emas, perak, permata, bijian dan kitab suci. Kangchenjunga disebut Sewalungma dalam bahasa Limbu dan dianggap suci dalam tradisi agama Kirant. Tiga dari 5 puncaknya (utama, tengah, dan selatan) membatasi wilayah Sikkim Utara daerah Sikkim, India dan Daerah Taplejung di Nepal, manakala 2 yang lain berada di Daerah Taplejung. Selain itu wilayah ini juga dijadikan Kangchenjunga Conservation Area Project oleh Tabung Alam Sedunia [1] [2] [3] Diarkibkan 2007-06-30 di Wayback Machine [4] Diarkibkan 2008-05-12 di Wayback Machine [5], yang melindungi Panda Merah, burung, dan tanaman khas Nepal. Bahagian India juga memiliki wilayah yang dilindungi dalam Taman Nasional Khangchendzonga.

Nama-nama puncak:

Nama puncak Tinggi (m) Tinggi (ka)
Kangchenjunga Utama 8,586 28,169
Kangchenjunga Barat (Yalung Kang) 8,505 27,904
Kangchenjunga Tengah 8,482 27,828
Kangchenjunga Selatan 8,494 27,867
Kangbachen 7,903 25,925

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angka mengenai ketinggian tepat Kangchenjunga beragam. Ketinggian 8,598 meter (28,209 ka) dan 8,586 m (28,169 ka) sering diberikan. Pada peta rasmi Nepal 1:50.000, tinggi yang lebih rendah diberikan, oleh itu turut digunakan di sini.
  2. ^ Puncak tertinggi berada di perbatasan India dan Nepal. Lihat peta ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]