Kaoru's Cake House

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaoru's Cake House
Kulit novel grafik Kaoru's Cake House Versi Bahasa Inggeris
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
FormatHitam dan Putih
Tarikh penerbitanBahasa Malaysia:Januari 2007 , Bahasa Inggeris:Oktober 2008 , Bahasa Mandarin:Disember 2008
Watak utamaWing, Denny, Izz, Bob
Pasukan kreatif
KaryaKaoru (pelukis komik)


Kaoru's Cake House merupakan antara karya terawal Kaoru dalam pembabitannya dalam bidang perkomikan di Malaysia. Diterbitkan oleh Kumpulan Art Square, Kaoru's Cake House mengisahkan empat jejaka, Wing, Denny, Izz dan Bob yang bekerja di Kaoru's Cake House dan insiden serta peristiwa yang berlaku di situ. Turut menampilkan himpunan cerita cinta karya Kaoru yang menyentuh perasaan. Tampil dalam tiga versi, Versi Bahasa Malaysia, Versi Bahasa Inggeris dan Versi Bahasa Mandarin memberi peluang kepada semua untuk menikmati karya Kaoru


Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dunia Kaoru's Cake House didiami oleh empat orang jejaka - Wing, Denny, Bob dan Izz - yang saban hari bekerja menghidangkan manisan terbaik buat para hadirin kedai mereka itu. Meskipun cuba menerapkan profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab, sikap masing-masing yang sensitif akhirnya membuatkan mereka sering kali terjerumus dalam kepincangan yang melanda para pelanggan - biarpun hanya mendatangkan kesan sepat kepada diri mereka sendiri.

Karakter[sunting | sunting sumber]

  • Wing

28 tahun, berzodiak Aquarius. Pengasas Kaoru's Cake House dan merupakan seorang yang berperwatakan negatif dan tidak mudah mesra.

  • Denny

28 tahun, berzodiak Leo. Salah seorang pekerja Kaoru's Cake House yang sering dibuli Wing akibat kebodohannya sendiri.

  • Izz

25 tahun, berzodiak Virgo. Salah seorang pekerja Kaoru's Cake House yang berperwatakan pendiam dan tenang.

  • Bob

18 tahun, berzodiak Gemini. Salah seorang pekerja Kaoru's Cake House yang cilik, gemarkan kek dan mempunyai daya yang cukup tinggi.