Buran (kapal angkasa lepas)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buran (kapal angkasa lepas)
Buran
Rusia: Буран
Gelaran Kenderaan Pengorbit:11F35 K1
Negara:Kesatuan Soviet
Dinamakan selepas:"Snowstorm" [1]
Penerbangan Pertama:1K1
15 November 1988 [1]
Penerbangan Terakhir:1K1
15 November 1988 [1]
Bilangan Misi:1 [1]
Anak Kapal:0 [1]
Masa dihabis di angkasa:3 hours
Bilangan orbit:2 [1]
Status:Musnah dalam runtuhan hangar

Bolak balik angkasa Buran (bahasa Rusia: Буран, "ribut salji"), bernombor siri 11F35 K1, merupakan satu-satunya bolak balik angkasa yang sempurna disiapkan dan beroperasi sebagai kapal angkasa daripada program Buran Kesatuan Soviet. Ia hanya terbang sekali, dalam tahun 1988, sebelum program itu dibatalkan dalam tahun 1993. Kapal angkasa lepas ini musnah dalam satu keruntuhan hangar pada 2002.

Buran menunggang An-225.
Pada tahun 2008, Buran diangkut ke Technikmuseum Speyer di Jerman, di mana ia akan digunakan sebagai pameran masuk berjalan

Sebagaimana bolak balik angkasa Amerika, Buran, semasa bergerak dari tapak pendaratan kembali ke kompleks pelancaran, diangkut di belakang pesawat jet yang besar. Ia menunggang pesawat Antonov An-225 Mriya, yang direka bagi tujuan ini dan kekal sebagai pesawat udara terbesar di dunia.

Beberapa bolak balik angkasa telah dibina, satu darinya, OK-GLI di ubah suai untuk terbang dengan enjin jet bagi ujian aerodinamik. Satu bolak balik angkasa olok-olok dicat (bekas diguna bagi ujian statik OK-TVA) kini merupakan satu permainan simulasi penerbangan angkasa di Taman Gorky, Moscow. OK-GLI dijual oleh bekas pemiliknya NPO Energia, dihantar melalui kapal ke Sydney di Australia dan akhirnya dipamerkan di Sukan Olimpik Sydney pada 2000. Tidak lama selepas itu, pemilik barunya jatuh muflis dan bolak balik angkasa OK-GLI dihantar ke Bahrain untuk selama beberapa tahun sementara status pemilik rasmi diputuskan. Bolak balik angkasa (OK-GLI) Sydney/Bahrain diambil-alih oleh Technikmuseum Speyer, Jerman pada 2004,[2] dan telah diangkut ke muzium, di mana ia akan menjadi pesawat ulang-alik asali pertama di dunia yang dipamerkan kepada orang awam.

Penerbangan pertama[sunting | sunting sumber]

Pelancaran orbit yang pertama dan tunggal bagi bolak balik angkasa Buran 1.01 tanpa kendali adalah pada 3:00 UTC pada 15 November 1988. Ia diangkat ke orbit oleh roket pendorong Energia direka khas. Sistem sokongan hayat separuh dipasang dan tiada perisian bagi memaparkan paparan komputer.[1]

Buran mengorbit Bumi dua kali dalam penerbangan selama 206 minit.[3] Semasa kembali, ia melaksanakan pendaratan automatik di landasan bolak balik di Baikonur Cosmodrome, di mana sungguhpun dengan kelajuan angin lintang 17 metre/sesaat ia berjaya mendarat dengan hanya tersasar 3 meter melintang dan 10 meter menegak (longitudinally) dari sasaran.[3]

Video[sunting | sunting sumber]

Sebahagian pelancaran itu ditayangkan di televisen, tetapi tidak bagi pelancaran sebenar. Ini mendorong kepada tuduhan bahawa misi tersebut mungkin ditipu, dan pendaratan berikutnya mungkin bukan dari orbit tetapi dari pesawat membawa bolak balik, sebagaimana bolak balik angkasa Enterprise. Sejak itu, video pelancaran telah dibebaskan kepada umum, mengesahkan bahawa bolak balik angkasa itu sebenarnya berlepas, dengan keadaan cuaca buruk sebagaimana yang digambarkan oleh media Soviet pada masa itu jelas kelihatan.[4]

Penerbangan yang dirancang[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1989, ia dirancang bahawa Buran akam memulakan penerbangan tanpa kendali pada 1993, dengan tempoh 15–20 hari.[5] Akibat pembatalan projek, ia tidak pernah berlaku.

Kemusnahan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2002, hangar yang menyimpan pengorbit Buran 1.01 (Buran sebenar yang terbang pada 1988) roboh akibat mutu baikpulih yang lemah. Runtuhan tersebut membunuh lapan pekerja dan memusnahkan pengorbit itu sendiri termasuk mock-up roket pendorong Energia.[6]

Gambar-gambar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "Buran". NASA. 12 November 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-04. Dicapai pada 2006-08-15. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ http://www.technik-museum.de/buran/
  3. ^ a b Chertok, Boris (2005). Asif A. Siddiqi (penyunting). Raketi i lyudi (trans. "Rockets and People") (PDF). NASA History Series. m/s. 179. Dicapai pada 2006-07-03.
  4. ^ "Video: Soviet Shuttle Buran Launch". vunet.ru. Dicapai pada 2006-09-13.
  5. ^ "Экипажи "Бурана" Несбывшиеся планы". buran.ru. Dicapai pada 2006-08-05. (Rusia)
  6. ^ Whitehouse, David (2002-05-13). "Russia's space dreams abandoned". bbc.co.uk. BBC. Dicapai pada 2007-11-14. Check date values in: |date= (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Energiya-Buran: The Soviet Space Shuttle, Bart Hendrick and Bert Vis, Springer-Praxis, 2007, pp526, ISBN 978-0-387-69848-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]