Kapal Dunedin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kapal Dunedin pada tahun 1876, diwarna Shaw, Savill & Albion Line dari London (dikekalkan pada 1882). Lukisan oleh Frederick Tudgay (1841–1921), 47cm kali 77cm minyak pada kanvas, asalnya dimiliki kapten kapal, John Whitson.

Kapal Dunedin Mengenai bunyi ini listen  (1876–82) merupakan kapal pertama yang berjaya mengangkut daging beku. Dengan keupayaannya, ia membantu menjadi asas kejayaan New Zealand sebagai pembekal utama eksport penternakan, tanpa mengambil kira jaraknya yang amat jauh dari kebanyakan pasaran.

Asal kapal[sunting | sunting sumber]

Kapal Dunedin seberat 1,320 tan, 73 metre dibina oleh Robert Duncan dan Co di Dermaga Glasgow, Scotland, pada 1874 dengan nilaian ₤23,750 (£1.4M, pada 2005 inflation-adjusted British Pounds). Ia merupakan satu dari enam kapal imigration kelas 'Auckland', direka bagi menampung 400 penumpang. Pada 1881, masih dicat dengan warna asal Albion Line badan hitam dengan garis keemasan dan boot topping merah jambu seperti dalam gambar, ia dilengkapi dengan mesin pendingin Bell Coleman dengan mana ia dimuatkan dengan muatan pertama daging beku dari New Zealand ke United Kingdom.

Industri daging[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1870-an, New Zealand menghasilkan sejumlah besar bulu biri-biri, tetapi pasaran bulu biri-biri adalah rendah. Terdapat sedikit daging ditinkan yang dieksport, tetapi kebanyakannya dibuang begitu sahaja. Di United Kingdom, peningkatan pantas penduduk melebihi bekalan daging tempatan, mendorong kepada peningkatan pada harga daging. Penghantaran haiwan hidup amat mahal. New Zealand ada mengeksport daging ditinkan, tetapi industri ini masih muda, dan keluaran ini popular di Kepulauan Pasifik tetapi kurang popular di negara asal.

Cubaan pertama menghantar daging dingin dilakukan apabila kapal Northam belayar dari Australia ke UK pada tahun 1876, bagaimanapun mesin pendingin rosak dalam perjalanan dan kargo yang dibawa musnah. Tahun berikut, daging sejuk dihantar dari Amerika Syarikat ke Britain (perjalanan latitud tinggi lebih pendek), dan sungguhpun banyak yang rosak, pelayaran ini menggalakkan prnyokong sistem pendinginan. Pada 1877 Kapal wap Le Frigorifique dan Paraguay mengangkut daging kambing beku dari Argentina ke Perancis, membuktikan kejayaan konsep, sungguhpun bukan dari segi ekonomi. Pada 1879 kapal Strathleven, dilengkapi dengan pendingin pemampat, belayar dari Sydney dengan 40 tan daging lembu dan kambing sebagai sebahagian kecil kargo, dan daging ini didapati masih dalam keadaan baik.

Pemasangan sistem pendinginan[sunting | sunting sumber]

William Davidson

Direktor New Zealand and Australian Land Company, William Soltau Davidson, menghantar pekerjanya, Thomas Brydone, dari New Zealand bagi menyiasat unit pembekuan pemampat. Pada tahun 1880 Davidson menyakinkan syarikatnya bagi melabur dalam sistem pembekuan. Bekerjasama dengan James Galbraith dari syarikat perkapalan Albion, mereka bertemu dengan John Bell and Sons dan J.J. Coleman, yang mengurus penghantaran daging lembu dingin Amerika.

Hasil perbincangan, Albion berestuju melengkapi Dunedin dengan mesin pembeku gas mampat Bell-Coleman — ia bertindak dengan menyingkir udara, memampatkannya, membebaskannya pada kamar pembekuan tekanan rendah — dalam kes ini tempat simpanan — di mana udara disejukkan ketika berkembang. Menggunakan 3 tan arang batu sehari, mesin berkuasa wap mampu menyejukkan tempat barang kepada 40 darjah bawah suhu bilik, membekukan kargo pada cuaca serdahana di selatan New Zealand, dan mengekalkannya di bawah paras beku sepanjang pelayaran melalui tropika. Dunedin disiapkan pada May 1881, tanda paling jelas merupakan serombong bagi enjin pembekuan antara tiang layar hadapan dan utama, (kadang kala mendorong ia disalah faham sebagai kapal wap). Dunedin yang diubahsuai tiba di Pelabuhan Chalmers, Dunedin pada akhir November 1881.

Pelayaran 1882[sunting | sunting sumber]

NZALC membawa 10,000 biri-biri Merino/Lincoln dan kacukan Leicester di Ladang Totara berhampiran Oamaru. Tempat penyembelihan dibina berhampiran permulaan landasan kereta api di sana. Dari 6 Disember 1881 kawanan ini disembelih di Ladang Totara dan dihantar semalaman melalui gerabak barang dengan ketulan air batu pusat untuk dimuatkan di Dunedin, di mana ia dijahit kedalam beg kain Calico dan dibekukan. Bagi membuktikan proses ini, daging beku pertama diturunkan dari kapal dan dilembutkan dan dipotong.

Selepas 6 hari pengisian, gandar pemampat patah, merosakkan kelongsong mesin menyebabkan kerugian 640 biri-biri yang disimpan. Ia mengambil masa sebulan bagi pengilang mesin bagi membina semula gandar dan mesin berkait, dalam mana kesemua kecuali 2 dari 60 penumpang yang menempah membuat perjalanan pilihan lain. Biri-biri beku dijual di pasaran tempatan masa itu dan dianggap memberangsangkan kerana ia dianggap tidak dapat dibezakan dari daging segar.

Model Dunedin di muzium Otago.

Pada Februari 1882, Dunedin belayar dengan 4,331 daging kambing, 598 biri-biri dan 22 babi, 246 tong buter, termasuk arnab, pheasant, turki, ayam dan 2,226 lidah biri-biri. Sedikit masaalah timbul dari percikan api dari dandang pemampat yang merupakan ancaman kebakaran dalam kapal layar, dan pada aliran udara dalam tempat simpanan beku; Kapten Whitson pada satu masa mendapat hipothermia ketika bekerja seorang diri dalam saluran udara.

Fail:SS Dunedin loading at Port Chalmers 1882.JPG
Dunedin menurunkan barangan di Pelabuhan Chalmers pada tahun 1882.

Dunedin tiba di Landon 98 hari selepas berlayar. Daging dijual di pasar Smithfield, Landon selama dua minggu oleh John Swan dan Sons, yang menyedari kebimbangan penjual daging mengenai kualiti daging dari pengangkut ujian; "Daging diletakkan langsung ke pasar, kelebihannya berbanding daging beku Australian disedari kami, dan malah keseluruhan pasaran". Sungguhpu dikacuk dengan Merino yang khusus bagi bulu, biri-biri New Zealand yang cukup makan mencecah berat purata melebihi 40 kg, dan sesetengah melebihi 90 kg. Hanya satu daging yang ditolak. A lasting Legacy — A 125 year history of New Zealand Farming since the first Frozen Meat Shipment, Ed. Colin Williscroft PMP, NZ Rural Press Limited, Auckland, 2007

Penubuhan industri[sunting | sunting sumber]

Penghantaran ini menyebabkan The Times mengulas "Hari ini kita merakamkan satu kejayaan melampaui kesulitan fizikal, yang menakjubkan, malah tidak dapat dibayangkan, beberapa hari yang lalu....". Selepas menolak kesemua kos, NZALC mendapat keuntungan sebanyak £4,700 dari penghantaran itu. Penghantaran daging beku secara komersial berjaya yang pertama, ia secara efektif melancarkan industri perkapalan daging beku dan menetapkan penguasaan awal New Zealand' ke atasnya. Kapal Marlborough — kapal yang sama kepada Dunedin — dengan serta merta ditukar dan menyertai perdagangan, tahun berikutnya, kapal pesaing New Zealand Shipping Company Mataurua, sementara Kapal Wap Jerman Marsala mula mengangkut kambing muda New Zealand pada Disember 1882. Dalam tempoh 5 tahun, 172 penghantaran daging beku dihantar dari New Zealand ke United Kingdom, (dari mana hanya 9 memndapati sejumlah besar daging ditolak). Kapal pembeku turut mendorong kepada ternakan daging dan tenusu yang lebih luas di Australasia dan Amerika Selatan. Daging beku dan tenusu kekal membentuk tunjang ekonomi New Zealand' sehingga penyertaan UK kedalam Masyarakat Ekonomi Eropah pada 1974 yang mendorong kepada keluaran New Zealand dikecualikan menurut sekatan dagang EEC.

Kehilangan[sunting | sunting sumber]

Kapal sejenis Dunedin', Marlborough diubahsuai kepada kapal pembekuan sebaik sahaja usaha tersebut terbukti berjaya, dan mengangkut penghantaran pertamanya pada 1882. Dunedin dan Marlborough terus dalam perdagangan daging beku sehingga kedua-duanya tenggelam pada 1890. Dunedin dan Marlborough lenyap, selepas berlayar dari New Zealand serentak bersama dua kapal beku lain menuju ke UK. Bot, kem, dan rangka sebahagian anak kapal Marlborough didakwa dijumpai di [Tierra Del Fuego, sungguhpun kisah ini terbukti tidak benar. Tiada kesan Dunedin pernah dijumpai. Ia dipercayai bahawa pertaruhan pada yang pertama sampai mendorong kepada pengambilan risiko; pada masa itu Dunedin dipercayai melanggar air batu terapung di persisiran Cape Horn.

Rujukan[sunting | sunting sumber]