Kapal kontena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Emma Mærsk, kapal kontena terbesar di dunia

Kapal kontena ialah kapal dagang atau kapal kargo yang boleh dimuatkan dengan kontena, dalam teknik yang dikenali sebagai pengkontenaan. Kapal kontena ialah satu alat penting dalam pengangkutan antara mod.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kapal kontena terawal ialah kapal tangki yang diubahsuai, yang dibina dari lebihan kapal tangki T2 selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1951, kapal pertama khusus untuk kontena mula beroperasi di Denmark, dan antara Seattle dan Alaska.

Kapal khusus untuk kontena yang pertama di Amerika Syarikat ialah Ideal-X [1], sebuah kapal tangki T2, milik Malcom McLean, yang membawa 58 kontena besi antara Newark, New Jersey dan Houston,Texas dalam pelayaran pertamanya pada bulan April 1956.

Hari ini, lebih kurang 90% kargo bukan pukal di dunia diangkut menggunakan kontena, dan kapal kontena moden mampu membawa sehingga 15,000 TEU. Dari segi kelas, kapal kontena sekarang menyaingi kapal tangki minyak dan kapal kargo pukal sebagai kapal komersil terbesar di lautan.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Kapal kontena "Zrin" mempunyai kemampuan memunggah sendiri kargo
Kapal kontena "CMA CGM Balzac" di pelabuhan Zeebrugge, Belgium.

Kapa kontena direka bentuk dengan tujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang. Kapasitinya diukur dalam unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), iaitu unit piawai kontena berdimensi 20 × 8.0 × 8.5 kaki (6.1 × 2.4 × 2.6 meter) (panjang × lebar × tinggi). Untuk kontena 40 kaki (12 meter), unit persamaan yang digunakan ialah 2 TEU atau 1 FEU (unit bersamaan empat puluh kaki). Kapal kontena yang besar tidak membawa alat-alat pengendalian kontena sendiri, jadi pemunggahan dan pemuatan cuma boleh dibuat di pelabuhan yang dilengkapi kren. Bagaimanapun, kapal yang lebih kecil sehingga 2900 TEU selalunya dilengkapi dengan krennya sendiri.

Sering digelar "bot kotak" (box boats), kapal kontena mengangkut majoriti kargo kering (dry cargo) atau barangan kilang di dunia. Kargo seperti besi, arang batu atau gandum diangkut oleh kapal kargo pukal. Terdapat banyak kapal-kapal besar yang melayari laluan perdagangan laut yang dimiliki oleh syarikat perkapalan utama, dan terdapat juga kapal-kapal yang dikenali sebagai "kapal penghantar" (feeder ship) yang lebih kecil digunakan untuk menghantar kontena kepada kapal-kapal besar melalui hab pemindahan di pelabuhan. Kebanyakan kapal kontena dikuasakan oleh enjin diesel dan mempunyai anak kapal antara 20 dan 40 orang. Ia biasanya mempunyai blok kediaman yang besar di bahagian belakang berhampiran bilik enjin. Pada masa kini, kapal kontena mampu membawa sehingga 15,000 TEU dalam satu pelayaran. Kapal kontena terbesar di dunia ialah M/V Emma Mærsk yang memiliki kapasiti 15,212 TEU.[2]

Pada tahun 2008, pembina kapal dari Korea Selatan, STX mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal kontena yang mampu membawa sehingga 22,000 TEU,[3] dengan dimensi cadangan, 450 meter panjang dan 60 meter lebar.[4] Jika siap dibina, kapal kontena ini akan menjadi kapal laut terbesar di dunia.[5]

Senarai limbungan[sunting | sunting sumber]

Kapal-kapal kontena besar yang melebihi 7000 TEU telah dibina di limbungan-limbungan berikut.


Risiko[sunting | sunting sumber]

Kapal kontena "Rita" sedang dimuatkan di Copenhagen diperhatikan anak kapal di geladak.

Transit tanpa henti kontena di seluruh dunia membawa bersamanya risiko yang sangat besar.

Antara risikonya ialah berkaitan pemuatan dan pemunggahan kontena, samada ia memberi kesan kepada kargo itu ataupun kapal itu sendiri. Oleh kerana sifatnya yang kurang menonjol dan jumlahnya yang besar dikendalikan di pelabuhan utama, kontena memerlukan organisasi yang kompleks bagi memastikan ia tidak hilang, dicuri atau dihantar ke destinasi yang salah. Selain itu, kontena dan kargo yang dibawanya memberi beban berat yang besar kepada sesebuah kapal kontena, jadi proses memuat dan memunggah perlu dilakukan dengan mengambil kira keseimbangan kapal kerana ia memberi kesan langsung kepada pusat berat kapal tersebut.

Pengemudian di pesisir pantai dan pelabuhan juga mengundang bahaya kepada anjungan kapal seperti apa yang berlaku kepada sebuah kapal kontena yang melanggar jambatan teluk Oakland, San Francisco pada 7 November, 2007.[6]

Dianggarkan terdapat 10,000 kontena hilang dari atas kapal di laut setiap tahun.[7] Kebanyakan kes hilang berlaku akibat ribut dan arus yang kuat tetapi terdapat juga kes seluruh kapal hilang bersama muatannya di lautan. Kontena yang jatuh ke laut menjadi ancaman kepada alam sekitar -diistilahkan "sampah marin".

Perisian muatan moden (seperti modul BELCO, SEALASH dan DAGO) membantu mengurangkan risiko yang disebabkan oleh atur muat kontena yang tidak betul.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Kargo yang terlalu besar untuk kontena biasa boleh dibawa di atas kontena rak rata, kontena buka atas dan kontena pelantar. Terdapat juga kapal yang dikenali sebagai roll-on/roll-off (RORO), yang menggunakan sistem tanjakan untuk memuat dan memunggah, untuk membawa kargo pukal seperti kereta dan mesin berat.

Masa depan[sunting | sunting sumber]

Kapal kontena dibina dengan saiz yang lebih besar untuk mengurangkan kos. Salah satu kelas saiz kapal ialah piawai "Suezmax", merujuk kepada saiz kapal terbesar yang muat melalui terusan Suez dan mampu membawa muatan sehingga 14,000 TEU. Kapal sebegini mempunyai berat mati sehingga 137,000 metrik tan, 400 meter panjang, lebih daripada 50 meter lebar, mempunyai drauf menghampiri 15 meter, dan menggunakan kuasa lebih daripada 100 MW (134,102hp) untuk mencapai 25.5 knot, satu spesifikasi yang dipenuhi oleh Emma Mærsk.

Mengatasi saiz Suezmax ialah "Malaccamax" (untuk Selat Melaka), kapal yang mampu memuatkan 18,000 TEU, berat mati sehingga 300,000 metrik tan, 470 meter panjang, 60 meter lebar, 16 meter drauf, dan menggunakan lebih daripada 100 MW (134,102hp) untuk kelajuan 25.5 knot. Ini mungkin satu had kepada semua kapal dagang sebelum laluan kontena sedunia yang baru dibina.[8] Halangan utama untuk rekabentuk kapal dengan saiz ini ialah ketiadaan enjin tunggal yang berkemampuan, yang kemudiannya diatasi dengan enjin MAN B&W K108ME-C.

Masalah lain ialah kekurangan pengilang yang mampu mengeluarkan bebaling yang mampu menerima kuasa enijn ini, yang perlu berdiameter lebih kurang 10 meter, dan seberat 130 tan. Bebaling bersaiz ini pernah dibina untuk Emma Mærsk oleh Mecklenburger Metallguss GmbH in Waren, Germany. Halangan yang lain seperti masa di pelabuhan dan fleksibiliti laluan perkhidmatan merupakan halangan sama yang akhirnya menghadkan perkembangan saiz kapal tangki besar.

Kapal terbesar[sunting | sunting sumber]

Sepuluh kapal kontena terbesar, disenaraikan berdasarkan kapasiti TEU
Tahun dibina Nama Kapal kembar Panjang Lebar TEU maksimum GT Pemilik Bendera
2006 Emma Mærsk 7 397.7 m 56.4 m 15,200 151,687 Maersk Line Denmark
2009 MSC Danit 6 365.50 m 51.20 m 14,000 153,092 Mediterranean Shipping Company S.A. Panama
2009 MSC Beatrice 6 366 m 51 m 14,000 151,559 Mediterranean Shipping Company S.A. Panama
2008 CMA CGM Thalassa 1 346.5 m 45.6 m 10,960 128,600 CMA CGM Cyprus
2005 Gudrun Mærsk 5 367.3 m 42.8 m 10,150 97,933 Maersk Line Denmark
2002 Clementine Mærsk 6 348.7 42.6 m 6,600 [9] 96000 Maersk Line Denmark
2006 COSCO Guangzhou 4 350 m 42.8 m 9,450[10] 99,833 COSCO Greece
2006 CMA CGM Medea 3 350 m 42.8 m 9,415[11] 99,500 CMA CGM Perancis
2003 Axel Mærsk 5 352.6 m 42.8 m 9,310 93,496 Maersk Line Denmark
2006 NYK Vega 2 338.2 m 45.6 m 9,200 97,825 NYK line Panama
2005 MSC Pamela 5 336.7 m 45.6 m 9,178 90,500 MSC Liberia
2006 MSC Madeleine 1 348.5 m 42.8 m 9,100 107,551 MSC Liberia
2006 Hannover Bridge 2 336 m 45.8 m 9,040 89,000 K Line Jepun

Pelabuhan paling sibuk[sunting | sunting sumber]

Untuk lebih perincian pada topik ini, lihat Senarai pelabuhan tersibuk di dunia.

Nota: "TEU" bermaksud unit bersamaan dua puluh kaki (twenty-foot equivalent unit)" i.e sebuah kontena 20 kaki. Jadi sebuah kontena 40 kaki bersamaan dengan 2 TEU.

Kedudukan Pelabuhan Negara TEU (000)[12] +/- dari 2004 % perubahan dari 2004
1 Singapura Pelabuhan Singapura Singapura 23,192 1,863 8.73
2 Hong Kong Pelabuhan Hong Kong Republik Rakyat China 22,427 443 2.02
3 Republik Rakyat China Pelabuhan Shanghai Republik Rakyat China 18,084 3,527 24.23
4 Republik Rakyat China Shenzhen Republik Rakyat China 16,197 2,582 18.96
5 Korea Selatan Busan Korea Selatan 11,843 413 3.61
6 Taiwan Pelabuhan Kaohsiung Taiwan 9,471 0 0.00
7 Belanda Pelabuhan Rotterdam Belanda 9,287 1,006 12.15
8 Jerman Pelabuhan Hamburg Jerman 8,088 1,085 15.49
9 Emiriah Arab Bersatu Dubai Emiriah Arab Bersatu 7,619 1,190 18.51
10 Amerika Syarikat Pelabuhan Los Angeles Amerika Syarikat 7,485 164 2.24

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Sebuah kapal penghantar di Yangtze, Wuhan, China

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Levinson, Marc: "The Box", pg. 1, Princeton University Press, 2006
  2. Emma Maersk (PDF)
  3. "STX reveals design for world's largest containership". SeaTrade Asia. May 2008. Diperolehi pada 2008-09-10. 
  4. "STX ponders 20,000 TEU boxship". Turkish Maritime. May 2008. Diperolehi pada 2008-09-10. 
  5. "New designs on the world's biggest container ships". Shipping Times (Shipping Times UK). 2008-05-28. Diperolehi pada 2008-09-10. 
  6. "Ship crashes into Bay Bridge tower, spills fuel oil". San Francisco Chronicle. 2007-11-08. 
  7. Janice Podsada (19 June 2001). "Lost Sea Cargo: Beach Bounty or Junk?". National Geographic News. Diperolehi pada 2008-04-08. 
  8. Propulsion Trends in Container Vessels, MAN B&W, 19 January 2005 (accessed 16 November 2005)
  9. Lloyd's Register (6 July 2006). World's largest container ship delivered to Lloyd's Register class. Kenyataan akhbar.
  10. Kyunghee Park (9 March 2006). "Around Asia's markets: Glut dims prospects for cargo shippers". Bloomberg News. Diarkibkan daripada asal pada 12 March 2006. 
  11. CMA CGM (2 October 2006). CMA CGM MEDEA, one of the world’s largest container ships. Kenyataan akhbar.
  12. AAPA World Port Rankings 2005

Pautan luar[sunting | sunting sumber]