Kapal pembinasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
USS Winston S.Churchill merupakan sebuah kapal pembinasa dari Kelas Arleigh Burke.
Kapal pembinasa Amerika Syarikat, USS Lassen

Kapal pembinasa merupakan sebuah kapal perang yang laju dan lincah dengan keupayaan bergerak dalam jarak jauh bagi tujuan untuk mengiringi kapal bersaiz besar dalam armada atau angkatan perang dan mempertahankan kapal besar dari serangan jarak dekat oleh kapal yang bersaiz lebih kecil.

Sejarah kapal pembinasa[sunting | sunting sumber]

Sejarah kapal pembinasa bermula tidak lama selepas Perang Saudara Chile 1891 dan Perang China-Jepun ((1894-1895). Dalam konflik tersebut, sejenis kapal baru yang ternyata amat berkesan – bot torpedo yang lincah dan kecil, dicipta oleh John Ericsson. Kapal kecil ini mempunyai kelajuan setanding dengan kapal besar, dan boleh memecut hampir, melepaskan torpedo, dan cabut lari.

Pada kebiasaannya bot kecil jarak dekat seperti ini dapat dimusnahkan dengan mudah lama sebelum sampai ke jarak sasaran, ia boleh beroperasi dalam armada dengan kapal besar, selagi armada berhampiran dengan pengkalan.

Dalam kes ini pasukan bertahan terpaksa memilih sasaran yang mana untuk diserang: kapal besar yang mereka direka untuk sangga, atau bot torpedo yang lebih kecil yang sedang menyerbu untuk menyerang. Bagaimanapun, serangan dua penjuru ini tidak hampir tidak membabitkan sebarang kos kepada penyerang, kerana nilai bot torpedo yang kecil amat murah.

Pasukan tentera laut dunia menyedari keperluan untuk senjata menyangga dan memajukan pembinasa bot torpedo. Idea asas adalah untuk mempunyai tabir kapal yang sepantas bot torpedo, tetapi dilengkapi meriam bukannya torpedo. Ia akan beroperasi jarak jauh dari armada kapal utama untuk menghalang bot torpedo dari sampai pada jarak tembakan torpedo

Walau bagaimanapun ia jelas bahawa konsep ini mempunyai masalahnya yang tersendiri. Kapal ini memang berupaya menyekat serangan dari bot torpeda (yang kebiasaanya tidak mempunyai meriamnya sendiri), tetapi ia akan menjadi sasaran mudah untuk kapal-kapal utama yang lain sewaktu beroperasi jauh dari dari gerombolan. Oleh itu mereka kerap dilengkapi dengan torpedo sendiri.

Satu lagi masalah ialah bot torpedo berjarak dekat oleh itu lebih mudah dan murah untuk dihasilkan. Walau bagaimanapun kapal pembinasa mempunyai masalah kerana ia perlu beroperasi sebagai peninjau untuk gerombalannya. Ini memerlukan mereka mempunyai kelajuan dan jarak sebagaimana kapal tempur, jadi kapal pembinasa kerap lebih besar dari bot torpedo yang perlu mereka hadapi.

Ancaman yang timbul semenjak Perang Dunia I dengan pengenalan kapal selam. Secara umum istilah kapal selam, atau U-boat, tidak lain dari bot torpedo dengan keupayaan untuk menyelam seketika. Bagaimanapun perubahan ini membenarkan kapal selam untuk bersembunyi dari meriam kapal pembinasa dan menghampiri pada jarak torpedo ketika di bawah air. Ini mendorong kepada perubahan pantas kepada kapal pembinasa ketika perang, yang dilengkapi dengan depth charge dan sonar untuk menangkis ancaman baru ini.

Pada Perang Dunia II ancaman telah berubah sekali lagi. Kapal terbang kini menjadi senjata utama kuasa laut, dan sekali lagi armada kapal pembinasa dikemas kini dengan meriam anti pesawat, sebagai tambahan kepada senjata ringan sedia ada, depth charges, dan torpedo. Pada waktu ini kapal pembinasa telah menjadi kapal serba guna yang berasingan.

Kapal pembinasa moden Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat mentauliahkan kapal pembinasa pertama, USS Bainbridge, kapal pembinasa No. 1, pada 1902. Dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal pembinasa beroperasi menyokong armada perang kapal pengangkut pesawat, kumpulan aksi permukaan, kumpulan amfibia dan kumpulan mengisi semula. Tugas utama kapal pembinasa (dengan DD simbol pengkelasan badan) adalah untuk menjalankan tugas perang anti-kapal selam sementara menjaga kapal pembinasa peluru berpandu (DDG) adalah pelbagai fungsi (anti kapal selam, anti udara, dan anti perang permukaan) penempur permukaan. Penambahan yang agak baru, pelancar peluru berpandu krus meningkatkan lagi tugas kapal pembinasa dalam serangan pertempuran dan serangan darat.

Dua kelas kapal pembinasa yang sekarang ini digunakan oleh Tentera Laut A.S adalah;

Kapal pembinasa Kelas Zumwalt telah dirancang bagi menggantikan kelas-kelas Spruance dan Arleigh Burke. Pada 1 November 2001, Tentera Laut US telah mengumumkan penerbitan semakan semula terhadap "Permohonan untuk Cadangan" (RFP) untuk Program Penempur Permukaan Masa Depan. Dahulunya dikenali sebagai DD 21, program ini akan dikenali sebagai "DD(X)" untuk menggambarkan matlamat program dengan lebih jitu, iaitu menghasilkan keluarga kapal penempur permukaan yang berteknologi tinggi, bukan semata-mata satu kelas kapal baru. DD(X) tidak lagi dipanggil kelas Zumwalt, dan ia lebih besar daripada kapal pembinasa biasa, iaitu hampir 3,000 tan lebih berat berbanding kapal penjajap Kelas Ticonderoga.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]