Kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Charles De Gaulle.
Karier (Perancis) Panji Tentera Laut Perancis
Nama: Charles de Gaulle (R 91)
Nama serupa: Charles de Gaulle
Pesanan: 3 Februari 1986
Pembina: DCNS
Dibaringkan pada: 14 April 1989
Dilancarkan pada: 7 Mei 1994
Ditauliahkan pada: 18 Mei 2001
Mula digunakan: 18 Mei 2001
Penamaaan semula: Dibaringkan sebagai Richelieu, dinamakan semula Charles de Gaulle pada tahun 1987
Pelabuhan asal: Toulon, Perancis
Nama gelaran: CDG
Penghormatan dan
anugerah:
Jack with the colours of the Free French Forces (front) and the ribbon of the Ordre de la Libération (back)
Nasib: Aktif (setakat 2009)
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: Kapal pengangkut pesawat unik
Sesaran: 38,000 tan kosong
42,000 tan muatan penuh
Panjang: 261.5 m keseluruhan
Lebar: 64.36 m keseluruhan
Drauf: 9.43 m
Pendorongan: 2 × K15 pressurised water reactors (PWR), 150 MW each
4 × diesel-electric
2 × shafts
Kelajuan: 27 knots (50 km/h)
Jarak: Tiada had
Ketahanan: 45 hari dengan makanan
Muatan: 800 komando, 500 tan persenjataan
Kelengkapan: Anak kapal: 1,350
Sayap udara: 600
Sistem penderia
dan pemprosesan:
DRBJ 11 B tridimensional air search radar
DRBV 26D air search radar
DRBV 15C low altitude air search radar
Arabel target acquisition radar
Peperangan elektronik
dan umpan:
ARBR 21 Detector
ARBB 33 Countermeasures suite
ARBG2 MAIGRET Interceptor
4 × Sagaie decoys launcher
SLAT (Système de lutte anti-torpille) torpedo countermeasures
Persenjataan: 4 × 8 sel pelancar SYLVER yang membawa peluru berpandu permukaan ke udara MBDA Aster 15.
2 × 6 sel pelancar Sadral yang membawa peluru berpandu jarak dekat Mistral
8 × meriam Giat 20F2 20 mm.
Pesawat dibawa: 40 pesawat, termasuk
*Dassault Rafale
*Super Étendard
*E-2C Hawkeye
*Helikopter SA365 Dauphin

Charles de Gaulle (R91) adalah satu-satunya kapal pengangkut pesawat milik Perancis yang sedang berada di dalam perkhidmatan aktif. Ia juga merupakan kapal armada milik Tentera Laut Perancis (Marine Nationale). Charles de Gaulle merupakan kapal pengangkut pesawat ke-10 Perancis dan kapal permukaan berkuasa nuklear pertama Perancis. Ia juga merupakan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama dan satu-satunya yang dibina di luar Amerika Syarikat. Kapal ini dinamakan sempena negarawan dan jeneral Perancis Charles de Gaulle.

Charles de Gaulle membawa pesawat Dassault Rafale M dan E-2C Hawkeye selain peralatan-peralatan moden dan peluru berpandu Aster. Ia merupakan kapal pengangkut pesawat kedua terbesar di Eropah selepas Admiral Kuznetsov. Charles de Gaulle merupakan sejenis kapal pengangkut CATOBAR yang mana menggunakan sistem manjanik sepertimana yang dipasang dan digunakan di atas kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz, iaitu manjanik stim 75 m C13-3.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2009, seorang jurucakap Tentera Laut Perancis telah menyatakan bahawa terdapat keretakan dalam sambungan pada dua daripada empat turbin. Keratakan juga dijumpai pada aci kipas kapal pengangkut pesawat ini. Kerosakan ini menyebabkan Charles de Gaulle tidak dapat digunakan bagi kerja-kerja baik pulih selama yang dijangkakan akan mengambil masa berbulan-bulan.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]