Kapal pengangkut pesawat Kelas Kitty Hawk
USS Kitty Hawk |
|
| Karier (US) | |
|---|---|
| Nama: | USS Kitty Hawk |
| Nama serupa: | Kitty Hawk, Carolina Utara |
| Pesanan: | 1 Oktober 1955 |
| Pembina: | New York Shipbuilding Corporation |
| Dibaringkan pada: | 27 Disember 1956 |
| Dilancarkan pada: | 21 Mei 1960 |
| Ditauliahkan pada: | 29 April 1961 |
| Dilucut tauliah: | 12 Mei 2009 |
| Dihentikan: | 31 Januari 2009 |
| Dikelaskan semula: | CV-63 |
| Pelabuhan asal: | Limbungan Tentera Laut Puget Sound |
| Status: | Dilucut tauliah |
| Ciri-ciri [1] | |
| Kelas dan jenis: | Kelas-Kitty Hawk |
| Sesaran: | 61,351 tan panjang (62,335 t), 81,985 tan panjang (83,301 t) muatan penuh |
| Panjang: | 1,068.9 kaki (325.8 m) LOA |
| Lebar: | 282 kaki (86 m) ekstrem 130 kaki (40 m) garis air |
| Drauf: | 40 kaki (12 m) |
| Draf: | 38 kaki (12 m) |
| Pendorongan: | Turbin stim bergear Westinghouse,8x dandang stim, 4x aci; 280,000 shp |
| Kelajuan: | 33 knot (61 km/j) |
| Kelengkapan: | 5,624 pegawai dan anak kapal |
| Persenjataan: | Peluru berpandu permukaan ke udara RIM-7 Sea Sparrow, 2 RIM-116 RAM, 2x anti peluru berpandu/ pesawat automatik Phalanx CIWS |
| Pesawat dibawa: | 85 Berdasarkan sayap udara biasa pada tahun 2000 (70 buah pesawat): 11x F-14B Tomcat, 36x F/A-18C Hornet, 4x EA-6B Prowler, 4x E-2C Hawkeye, 7x S-3B Viking, 7x SH-60F/HH-60H Sea Hawk, 1x C-2A Greyhound |
USS Kitty Hawk (CV-63) (dahulunya CVA-63) adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat super milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Kitty Hawk merupakan kapal tentera laut kedua yang dinamakan bersempena Kitty Hawk, Carolina Utara, satu tapak di mana Wright Bersaudara' menerbangkan kapal udara pertama. Kitty Hawk juga merupakan kapal pertama dan terakhir aktif di dalam kelasnya, selain kapal pengangkut pesawat terakhir yang menggunakan bahan api konvensional yang digunakan di dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat.
Kitty Hawk telah ditempatkan selama 10 tahun di Pangkalan Tentera Laut Yokosuka di Yokosuka, Jepun sebelum khidmatnya diambil alih George Washington pada bulan Oktober 2008. Kitty Hawk kemudian belayar pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani majlis pelucutan tauliahnya pada 31 Januari 2009. Ia secara rasminya dilucut tauliah pada 12 Mei 2009 selepas hampir 49 tahun berkhidmat.[2] Peranan Kitty Hawk kini diambil alih oleh George H. W. Bush.
Rujukan [sunting]
- ↑ Naval Vessel Registry: Kitty Hawk
- ↑ http://www.navy.mil/search/display.asp?story_id=45202 Navy Decommissions USS Kitty Hawk]
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kapal pengangkut pesawat Kelas Kitty Hawk |
|
|||||||||||