Kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
USS Nimitz, lead ship of her class of supercarrier
USS Nimitz
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina: Newport News Shipbuilding
Pengguna: Tentera Laut Amerika Syarikat
Sebelumnya: Kelas Kitty Hawk
Kelas Enterprise
Selepasnya: Kelas Gerald R. Ford
Ditauliah pada: 3 Mei, 1975
Dalam pembinaan: George H. W. Bush
Jumlah disiapkan: 10 buah
Jumlah aktif: Nimitz
Dwight D. Eisenhower
Carl Vinson
Theodore Roosevelt
Abraham Lincoln
George Washington
John C. Stennis
Harry S. Truman
Ronald Reagan
Ciri-ciri
Sesaran: 78,280 tan dengan muatan biasa
101,196 tan dengan muatan penuh
Panjang: 317 m (garis air)
340 m (keseluruhan)
Lebar: 41 m (garis air)
78 m (ekstrem)
Draf: 12 m
Pendorongan: 2 × Westinghouse A4W reaktor nuklear

4 × turbin stim

4 × aci
260,000 shp
Kelajuan: 30 knot (56+ km/j)
Jarak: Tiada had
Kelengkapan: 3,200 anak kapal
2,500 anggota cabang udara
Persenjataan: 16-24x peluru berpandu permukaan ke udara
4x sistem senjata jarak dekat
Pesawat dibawa: 85 buah

Kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat super berkuasa nuklear yang berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia merupakan kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia, dan menandakan status kuasa besar Amerika Syarikat. Kapal-kapal ini diberi nombor badan bermula dengan nombor CVN 68. Huruf CVN menandakan jenis kapal: "CV" adalah simbol pengelasan kapal untuk kapal pengangkut pesawat, dan huruf "N" menandakan ia berkuasa nuklear. Nombor selepas CVN bermaksud kapal pengangkut pesawat ke- 68.

Nimitz yang mengetuai kelas kapal ini telah ditauliahkan pada tahun 1975. Sehingga tahun 2006, George H. W. Bush, merupakan kapal ke-sepuluh dan terakhir yang dibina dalam kelas ini. Kapal kelas Nimitz dibina oleh Northrop Grumman Newport News dan dijangka akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2009. Bush merupakan kapal pengangkut pesawat peralihan pertama kepada Kelas Ford, yang telah dibina pada tahun 2007 yang mengabungkan teknologi-teknologi terkini termasuk sistem radar pelbagai fungsi baru, radar carian isipadu, rekabentuk rangkaian maklumat terbuka, dan mengurangkan keperluan krew dengan ketara. Untuk mengurangkan kos, beberapa teknologi terbaru juga digabungkan ke dalam Ronald Reagan, kapal sebelum Bush, walaupun tidak sebanyak yang digunakan pada Bush.

Oleh kerana perbezaan dalam binaan di antara tiga buah kapal pertama (Nimitz, Eisenhower dan Vinson) dengan tujuh buah kapal seterusnya (bermula dari Theodore Roosevelt), kapal-kapal terkemudiannya kadang kala dipanggil kapal pengangkut pesawat Kelas Theodore Roosevelt, bagaimanapun Tentera Laut Amerika Syarikat meletakkan kesemua kapal-kapal ini di dalam kelas yang sama.[1] Kapal-kapal yang telah berusia akan menjalani Refueling and Complex Overhaul (RCOH), ia akan dipertingkatkan kepada standard kapal terkini.[2]

Berdasarkan berat, Kelas Nimitz merupakan kapal pengangkut pesawat yang telah dibina sehingga kini, dan memegang rekod dunia bagi sesaran berbanding dengan mana-mana kapal perang tentera laut yang lain. Apabila Bush disiapkan, kesepuluh kapal-kapal ini akan mempunyai berat keseluruhan kurang sedikit dari sejuta tan. Walaupun Kelas Nimitz merupakan kapal terberat dalam angkatan A.S, ia bukan sebuah kapal terpanjang. Kategori terpanjang dimiliki oleh kapal pengangkut pesawat Enterprise.

Nimitz adalah kapal pertama yang akan menjalani proses baik pulih dan penggantian bahan api pertama semasa 33 bulan RCOH di Newport News Shipbuilding, Newport News, Virginia, pada tahun 1998. Dwight D. Eisenhower yang merupakan kapal yang berikutnya, melengkapkan RCOH pada tahun 2005. Carl Vinson mula menjalani RCOH pada akhir tahun 2005. Abraham Lincoln mula memasuki dok kering di Puget Sound Naval Shipyard pada 8 September, 2006, berjaya disiapkan pada 18 Disember 2006 iaitu lebih awal daripada jadual dan dibawah belanjawan.[2]

Ciri-ciri umum[sunting | sunting sumber]

Senarai kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai kapal pengangkut pesawat dalam Kelas Nimitz:[1]











Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Kapal pengangkut pesawat - CV, CVN". Fact File. United States Navy. October 12, 2007. Diperoleh pada 2008-04-19. 
  2. 2.0 2.1 "Refueling and Complex Overhaul". Northrop Grunman Corporation. no date. Diperoleh pada 2008-04-19. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]