Kapal penumpang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kapal samudera Queen Elizabeth 2

Kapal penumpang ialah kapal yang bertujuan untuk mengangkut penumpang. Kategori ini tidak termasuk kapal kargo yang mempunyai tempat penumpang yang terhad. Namun kapal yang menyediakan ruang yang cukup banyak untuk penumpang di samping barangan dianggap termasuk dalam kategori ini. Bahkan, sehingga baru-baru ini, hampir-hampir semua kapal samudera boleh mengangkut pos dan bungkusan biasa atau laju, dan kargo lain selain penumpang, dan dilengkapkan dengan palka dan derik, atau peralatan lain yang sesuai. Cuma dalam kapal persiaran dan kapal samudera terbaru yang muatan untuk kargo dibuang.

Sementara kapal penumpang ialah sebahagian daripada perkapalan perdagangan, kapal penumpang juga telah digunakan sebagai kapal pengangkut tentera dan sering kali ditauliah sebagai kapal tentera apabila digunakan untuk tujuan itu.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Jenis kapal penumpang yang biasa ialah:

  • Feri, kapal penumpang (dan mungkin juga kenderaan) jarak dekat
  • Kapal persiaran, kapal untuk pelayaran pergi balik
  • Kapal samudera, kapal penumpang (dan mungkin juga kargo) jarak jauh

Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]