Kapal selam Kelas Daphné

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sous-marin-Flore.jpg
Kapal selam Kelas Daphné; Flore (S645)
Gambaran keseluruhan kelas
Nama: Daphné
Pengguna: Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis

Bendera tentera laut Pakistan Tentera Laut Pakistan
Bendera tentera laut Portugal Tentera Laut Portugal
Bendera tentera laut Afrika Selatan Tentera Laut Afrika Selatan

Bendera tentera laut Sepanyol Tentera Laut Sepanyol
Sebelumnya: Kapal selam Kelas Aréthuse
Selepasnya: Kapal selam Kelas Agosta
Ditauliah pada: 1964 - 2006

Kapal selam Kelas Daphné adalah sebuah kelas kapal selam peronda berkuasa diesel-elektrik yang dibina oleh Perancis di antara tahun 1958 sehingga 1970 untuk kegunaan Tentera Laut Perancis dan juga pasaran eksport.

Kapal selam ini merupakan versi lebih besar bagi kapal selam Kelas Aréthuse. Sebelas buah telah digunakan oleh Perancis. Ia juga telah dijual kepada negara-negara lain sperti: Pakistan (3), Portugal (4), Afrika Selatan (3) dan Sepanyol (4). Walaubagaimanapun, dua buah darinya iaitu (Euridice 1970 dan Minerve 1968) telah karam dalam kemalangan dan akhirnya dijual. Penyebab kemalangan ini adalah kerana kerosakkan rekabentuk snorkel. Kapal-kapal selam ini dibersarakan pada tahun 1990-an dan Portugal telah menjual sebuah kapal selamnya kepada Pakistan. PNS Hangor berjaya menenggelamkan sebuah frigat milik India INS Kuukri semasa Perang India-Pakistan 1971. Pakistan kini telah membersarakan kesemua angkatan kapal selam dari kelas ini dan mengantikannya dengan kelas Agosta dan Agosta-90B, yang mana Perancis telah memberi Pakistan teknologi-teknologi berkaitan dan lesen untuk mengeksportnya kepada negara-negara sekutu yang lain.

Kapal-kapal[sunting | sunting sumber]

  • Bendera tentera laut Perancis Tentera Laut Perancis
    • S641 Daphné - siap pada tahun 1964 - dibersarakan 1989
    • S642 Diane - siap pada tahun 1964 - dibersarakan 1989
    • S643 Doris - siap pada tahun 1964 - dibersarakan 1994
    • S644 Eurydice - siap pada tahun 1964 - hilang dalam kemalangan pada 4 March 1970
    • S645 Flore - siap pada tahun 1964 - dibersarakan 1989
    • S646 Galétée - siap pada tahun 1964 - dibersarakan 1991
    • S647 Minerve - siap pada tahun 1964 - hilang dalam kemalangan pada 27 Januari 1968
    • S648 Junon - siap pada tahun 1966 - dibersarakan 1996
    • S649 Vénus - siap pada tahun 1966 - dibersarakan 1990
    • S650 Psyché - siap pada tahun 1970 - dibersarakan 1996
    • S651 Sirène - siap pada tahun 1970 - dibersarakan 1996
  • Bendera tentera laut Pakistan Tentera Laut Pakistan
    • S131 PNS Hangor - siap pada tahun 1970 - dibersarakan 2006 (dirancang menjadi kapal muzium)
    • S132 PNS Shushuk - siap pada tahun 1970 - dibersarakan 2006?
    • S133 PNS Mangro - siap pada tahun 1970 - dibersarakan 2006?
    • S134 PNS Ghazi (ex Portuguese Cachalote) - diambil pada 1975 - dibersarakan 2006?
  • Bendera tentera laut Afrika Selatan Tentera Laut Afrika Selatan
    • S97 SAS Maria Van Riebeeck - Dinamakan semula SAS Spear - siap pada tahun 1970 - dibersarakan menjelang 2003
    • S98 SAS Emily Hobhouse- Dinamakan semula SAS Umkhonto - siap pada tahun 1970 - dibersarakan menjelang 2003
    • S99 SAS Joanna Van de Merwe - Dinamakan semula SAS Assegai - siap pada tahun 1971 - dibersarakan menjelang 2003

Pautan luar[sunting | sunting sumber]