Kapal selam Kelas Södermanland
| Gambaran keseluruhan kelas | |
|---|---|
| Pembina: | Kockums |
| Pengguna: | |
| Sebelumnya: | Kelas Gotland |
| Selepasnya: | A26 |
| Jumlah dirancang: | 4 |
| Jumlah disiapkan: | 3 |
| Jumlah aktif: | HMS Södermanland HMS Östergötland RSS Archer (ex-HMS Hälsingland) |
| Ciri-ciri | |
| Sesaran: | ~1500 tan (menyelam) |
| Panjang: | 60.5m |
| Lebar: | 6.1m |
| Draf: | 5.6m |
| Pendorongan: | 2 × enjin diesel-elektrik Hedemora 2× unit AIP Kockums v4-275R Sterling |
| Kelajuan: | 20 knot (menyelam) |
| Kelengkapan: | 18 pegawai 6 kerahan |
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
FAS |
| Persenjataan: | 6 × 533mm 3 × 400mm periuk api |
Kapal selam Kelas Södermanland merupakan sebuah kelas kapal selam berkuasa diesel-elektrik milik Tentera Laut Diraja Sweden. Terdapat dua buah kapal selam di dalam kelas ini iaitu HMS Södermanland dan HMS Östergötland. Pada awalnya, dua buah kapal selam ini dilancarkan sebagai kapal selam Kelas Västergötland pada tahun 1987 dan 1990. Selepas pemodenan secara ekstensif yang dilakukan pada tahun 2003 dan 2004 oleh Kockums AB, kelas ini diberikan kelas baru. Badan kapal selam ini telah dipotong dua selepas layar dan satu bahagian baru sepanjang 12 m dengan sistem Pendorongan Bebas Udara (AIP) telah dipasang. Ia mengandungi enjin Stirling yang mana dipasang bersama kepada sebuah penjana elektrik dan dipanaskan oleh bahan api diesel dengan oksigen cecair yang disimpan di dalam tangki-tangki cryogenik. Sistem AIP boleh membekalkan tenaga elektrik bagi memanjangkan tempoh operasi menyelam kapal selam daripada beberapa hari kepada beberapa minggu.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
|
||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||