Kapal selam Kelas Scorpene
| Gambaran keseluruhan kelas | |
|---|---|
| Nama: | Kapal selam Kelas Scorpène |
| Pengguna: |
|
| Sebelumnya: | Kelas Agosta |
| Selepasnya: | Kelas SMX-23 |
| Sub kelas: | Asas Asas-AIP |
| Jumlah aktif: | 2 |
| Ciri-ciri | |
| Sesaran: | 1,700 tan |
| Kelajuan: | 20 knot (37 km/j) (menyelam) 12 kn (22 km/j) (timbul) |
| Jarak: | 6,500 batu nautika (12,000 km) pada 8 knot (timbul) 550 nmi (1,020 km) pada 5 knot (menyelam) |
| Kelengkapan: | 30 |
| Persenjataan: | 6x tiub torpedo 533 mm, 18 torpedo |
| Nota: | Kapal dalam kelas ini termasuk: O'Higgins, Carrera, Perdana |
Kapal selam kelas Scorpène merupakan satu kelas kapal selam penyerang berkuasa diesel-elektrik . Ia memperlihatkan pendorongan diesel dan satu tambahan pendorongan bebas udara atau "air-independent propulsion" (AIP), yang telah dibangunkan bersama oleh syarikat Perancis DCNS, sebelum itu dikenali sebagai DCN, dan syarikat Sepanyol, Navantia (Dulu dikenali sebagai Bazan, kemudian Izar).
Tentera Laut Chile telah memesan dua Scorpène, yang akan menggantikan dua kapal selam kelas Oberon yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh Tentera Laut Chile. Tentera Laut DiRaja Malaysia telah memesan dua (dinamakan juga kelas Perdana Menteri, dan Tentera Laut India telah memesan enam. Semuanya akan dibina di Mazagon Dock Limited, India dan tiga terakhir akan dilengkapi dengan modul AIP. Pada tahun 2008, Tentera Laut Brazil telah memesan empat buah Scorpène. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa kapal selam kelima telah dipesan untuk dibangunkan sendiri dengan loji pendorongan nuklear. Walaupun ia mungkin satu jenis kapal selam kelas Barrakuda. [1] Kapal selam Scorpène kelas O'Higgins dan Carrera milik Chile telah disempurnakan dalam tahun 2005 dan 2006 masing-masing, dan buat masa ini hanya dua beroperasi.
Isi kandungan |
Ciri-ciri Scorpène [sunting]
Kelas Scorpène mempunyai tiga jenis [1]: Asas, Asas-AIP (dengan MESMA dorongan bebas udara) dan Kompak. Versi ini memiliki ciri-ciri berikut (perhatikan bahawa ini semua berbeza dengan perincian umum yang diberikan oleh DCN [2]):
| Asas | Asas-AIP | Kompak | |
|---|---|---|---|
| Panjang keseluruhan (meter) | 66.4 | 76.2 | 59.4 |
| Sesaran permukaan (tan) | 1,700 | 2,000 | 1,450 |
| Sesaran menyelam | * | * | * |
| Kelajuan maksima semasa menyelam (knot) | >20 | >20 | >14 |
| Kedalaman menyelam (meter) | >300 | >300 | >200 |
| Muatan anak kapal | 30 | 30 | 22 |
| Ketahanan (hari) | 50 | 50 | 45 |
Kapal-kapal Chile dan Malaysia dilengkapi dengan sonar TSM 2233 Mk2 . Kelas itu juga dilengkapi dengan set sonar 'S-Cube' dari Thales.[2]
Perhatian - Sesaran semasa menyelam dilaporkan di antara 1,790 hingga 2,010 tan oleh DCN.
Lihat juga [sunting]
- Kapal selam Type 212, kelas terkini dalam Tentera Laut Jerman dan Tentera Laut Itali yang dipasang dengan dorongan sel bahan api bebas udara.
Pautan luar [sunting]
- Scorpene promotional video
- DCN - Scorpène SSK
- Naval Technology - Scorpène description
- Global Security - Scorpène
- Scorpène agreement with India
- Chilean Navy - SS O'higgins in service
- DID - India Looks to Modify Scorpene Subs With MESMA AIP Propulsion
Rujukan [sunting]
|
||||||||||||||||||||