Kapal selam Type 094

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Type 094 SSBN.JPG
Kapal selam Type 094
Gambaran keseluruhan kelas
Pengguna: Bendera tentera laut Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
Sebelumnya: Type 092 (kelas Xia)
Selepasnya: Type 096 (kelas Tang)
Berkhidmat pada: 2008[1][2]
Dalam pembinaan: 3?
Jumlah dirancang: 5?
Jumlah disiapkan: 2-3
Ciri-ciri
Sesaran: 8,000 tan di permukaan, 9,000 tan menyelam
Panjang: 133 m [3]
Kuasa dipasang: Reaktor nuklear
Kelajuan: 20+ knot
Jarak: Tiada had
Persenjataan: Torpedo: 6x torpedo 533 mm
Peluru berpandu: 12 JL-2 SLBM

Kapal selam Type 094 (nama pengenalan NATO: Kelas Jin; Bahasa Cina: 晋级潜艇) merupakan satu kelas baru kapal selam peluru berpandu balistik yang dibangunkan untuk Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China. Kapal pertama telah dibina di Limbungan Huludao di Huludao, Wilayah Liaoning dan dilancarkan pada bulan Julai 2004. Sekurang-kurang dua kapal selam kelas ini telah sah dilancarkan. [1]

Pada akhir tahun 2006, sebuah satelit komersial telah mengambil gambar sebuah kapal selam yang dipercayai dari kelas Jin sedang berlabuh di Pangkalan Kapal Selam Xiaopingdao. Dibandingkan dengan Type 092 yang terdahulu, kapal selam ini telah dipanjangkan daripada 122m kepada 133m bagi menempatkan tiub peluru berpandu dan reaktor.[3]

Peluru berpandu JL-1 dan JL-2.

Kapal selam Type 094 mampu membawa 12 buah peluru berpandu JL-2[4] dengan anggaran jarak kira-kira 8,000 km, dan berupaya untuk menyasarkan kebanyakan Hemispera Barat, kebanyakannya berdekatan pantai China. Type 094 dipercayai oleh beberapa analisis Barat telah menggabungkan teknologi-teknologi Rusia dan akan mengantikan kapal selam Type 092 (nama pengenalan NATO: Kelas Xia) yang kini digunakan oleh tentera laut China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Andrew S. Erickson, Lyle J. Goldstein, William S. Murray: China's Future Nuclear Submarine Force, Naval Institute Press , 2007, ISBN 1-59114-326-8

Pautan luar[sunting | sunting sumber]