Kapal terbang kertas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cara membuat kapal terbang kertas tradisional.

Kapal terbang kertas (pesawat kertas) ialah kapal terbang mainan yang dibuat daripada kertas. Ia adalah reka bentuk yang paling asas dalam seni membentuk kertas. Seni ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan lipat-lipat kertas supaya kertas berkenaan mempunyai bentuk tertentu seperti bentuk binatang, rumah, dan sebagainya. Dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai kami hikoki (紙飛行機; kami: kertas, hikoki: terbang).

Kapal terbang kertas adalah terkenal, kerana ia adalah reka bentuk yang paling mudah dalam seni membentuk kertas. Kapal terbang kertas semudah-mudahnya boleh disiapkan dalam enam langkah. Pada zaman sekarang, ada juga kapal terbang kertas yang dibuat daripada kadbod.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bahan kertas telah digunakan untuk membuat barang mainan sejak 2000 tahun dahulu di negeri China. Pada masa itu, layang-layang telah menjadi permainan yang popular di sana. Walaupun demikian, adalah tidak pasti bahawa siapakah yang betul-betul mencipta benda ini. Adapun reka bentuk kapal terbang kertas ini semakin maju, tahun demi tahun.

Kapal terbang kertas mungkin telah dicipta pada tahun 1909. Tetapi, kebanyakan orang akan menerima pendapat bahawa Jack Northrop telah mencipta kapal terbang kertas pada tahun 1930. Dalam hal itu, beliau telah menggunakan kapal terbang kertas untuk mengkaji selok-belok bagi pembinaan kapal terbang sebenar.

Jenis-jenis kapal terbang kertas[sunting | sunting sumber]

Kapal terbang kertas biasa

Terdapat pelbagai jenis kapal terbang kertas yang telah direka sehingga hari ini. [1] Tetapi sesiapa pun boleh cuba-cuba untuk mencipta jenis kapal terbang yang baru. Antara jenis-jenis kapal terbang yang dimaksudkan:

  • Tradisonal
  • DC-03

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.