Kapal utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kapal pengangkut pesawat merupakan sebuah kapal utama bagi kebanyakan armada tentera laut lepas.

Kapal utama bagi tentera laut merupakan sebuah kapal perang "penting"; yang mempunyai perisai dan kuasa tembak yang paling kuat. Biasanya tidak terdapat syarat khusus bagi pengelasan, tetapi ia adalah konsep berguna apabila memikirkan berkenaan strategi, sebagi contoh untuk membandingkan kekuatan tentera laut di medan tempur tanpa terpaksa tenggelam dalam perincian berkenaan berat tan dan ukur lilit meriam. Kapal utama biasanya merupakan kapal utama atau memimpin sesebuah armada kapal perang.

Pada abad ke 20, terutamanya dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia 1, antara kapal-kapal utama adalah kapal tempur dan kapal penjajap tempur. Manakala semasa Perang Dunia II, kapal utama adalah kapal pengangkut pesawat. Kesemua kapal-kapal di atas memiliki berat lebih daripada 20,000 tan sesaran atau lebih. Kapal penjajap berat, meskipun merupakan kapal penting, ia tidak dianggap sebagai kapal utama. Semasa Perang Dingin, kapal penjajap tempur Kelas Kirov milik Soviet mempunyai berat sesaran yang cukup besar bagi menyaingi kapal utama pada era Perang Dunia II, kemungkinannya mengtakrifkan kapal penjajap tempur bagi era tersebut. Pada abad ke 21, kapal pengangkut pesawat merupakan kapal utama yang terakhir, dengan pengelasan diberikan berdasarkan jumlah pesawat udara yang boleh dibawa, dan bukannya jumlah meriam dan kalibernya.

Takrifan "kapal utama" dirasmikan dalam perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1920-an dan 30-an; lihat Perjanjian Tentera Laut Washington, Perjanjian Tentera Laut London, dan Perjanjian Tentera Laut London Kedua.

Sebelum kegunaan tentera laut logam sepenuhnya pada akhir abad ke 19, kapal utama adalah kapal perang Tahap Pertama, Kedua atau Ketiga:

  • Tahap 1: 100 atau lebih meriam, biasanya dibawa di atas tiga atau empat dek. Kapal empat dek cenderung menghadapai masaalah dengan garis air dan dek di bawah jarang mampu menembak kecuali ketika laut tenang.
  • Tahap 2: 90-98 meriam
  • Tahap 3: 64 hingga 80 meriam (walaupun Tahap 3, 64-meriam agak kecil dan tidak begitu banyak pada mana-mana era).

Kapal frigat merupakan sebuha kapal tahap empat atau lima; manakala kapal korvet pula merupakan kapal tahap enam.

Lihat juga Kapal tahap barisan

Kapal utama dalam cereka dan budaya popular[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakan alam fiksen sains tentera, kapal utama dianggap kapal perang bersaiz friget atau lebih besar.

Dalam alam Star Wars, "kapal utama" merujuk kepada sebarang kapal bintang melebihi 100 meter panjang.

Dalam alam Battlestar Galactica, Battlestars merupakan kapal utama besar yang berfungsi serupa dengan kapal induk.