Kaparinyo (album Noraniza Idris)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kaparinyo: Seleksi Lagu-lagu Dari Filem
Album studio oleh Noraniza Idris
Dikeluarkan pada 1986
Genre Etnik, Melayu Klasik
Syarikat Life Records
Penerbit Omar Taib
Kronologi Noraniza Idris
Melayu Deli
(1985)
Kaparinyo
(1986)
Nostalgia Malindo
(1987)

Kaparinyo merupakan album solo studio pertama penyanyi remaja yang kini dikenali sebagai Ratu Pop Tradisional iaitu Noraniza Idris. Sebelum album ini, Noraniza ditampilkan dalam album Melayu Deli. Album berkonsepkan Melayu Klasik ini menampilkan Noraniza sebagai penyanyi lagu-lagu saduran petikan daripada filem Melayu lama sekaligus menyaksikan kemampuan Noraniza menyanyikan pelbagai genre muzik Melayu dari ghazal ke irama joget dan asli. Album ini disifatkan sebagai platform pertama bintang ini untuk menanamkan jatidiri dan minat dalam seni warisan muzik Melayu serantau yang mana ia dibuktikan menerusi siri album-album studionya selepas itu.

Noraniza mempopularkan semula lagu Bulan Ditutup Awan selain buat pertama kali bergandingan bersama sifunya, Abdullah Chik. Gandingan serasi Noraniza bersama penyanyi veteran itu disambung menerusi penerbitan album Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama yang diterbitkan sebanyak 9 volume pada awal 90an.

Pada tahun 1998, Life Records menerbitkan semula album ini. Lagu Kaparinyo pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi popular Siti Nurhaliza dalam album Cindai (1997).

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Bulan Ditutup Awan"
  2. "Jari-Jariku Sakit Semua"
  3. "Kaparinyo" duet bersama Abdullah Chik
  4. "Kenang Daku Dalam Doamu"
  5. "Hujung Sirih"
  6. "Lela Manja"
  7. "Setangkai Kembang Melati" duet bersama Abdullah Chik
  8. "Sengketa Dan Damai" duet bersama Abdullah Chik
  9. "Sekapur Sirih Seulas Pinang"
  10. "Asmara"
  11. "Hasrat Rohani" duet bersama Abdullah Chik
  12. "Tetapkan Hatimu"
  13. "Cinta Sejati" duet bersama Abdullah Chik
  14. "Semenjak Kita Berpisah"