Karate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persaingan karate.

Karate atau karate-do (空手道) merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Variasi belaan juga adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila difikirkan secara mudah, karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep 'tinju' teratur. Pandangan inilah yang menjadi faktor kesilapan kepada persepsi seni karate itu sendiri.

Aliran Karate[sunting | sunting sumber]

Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti berikut:

1. Shotokan 2. Shito-Ryu 3. Sholin-Ryu 4. Goju-Ryu 5. Wado-Ryu 6. Shorinji Kempo

Karate juga boleh dikategorikan sebagai aliran tradisional dan aliran moden (sport karate).

Aliran tradisional menumpukan aspek bela diri dan seni tempur manakala aliran moden lebih menumpukan kepada sukan atau pertandingan.

Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

1. Kihon. Ia adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang, menangkis dan mengelak.

2. Kata. Ia adalah latihan jurus atau bunga karate.

3. Kumite. Ia adalah latihan bela diri atau seni tempur.

Karate dahulu dan sekarang[sunting | sunting sumber]

Salah tafsir Sebenarnya, kebanyakan karate yang diperkenalkan pada masa kini merupakan satu olahan kepada peringkasan seni beladiri yang terdahulu seperti kempo dan sebagainya. Ramai pengamal karate tidak mengetahui bahawa di dalam karate, seni dan pergerakan yang ditawarkan adalah jauh lebih hebat dan unik daripada apa yang dipamerkan dewasa ini.

Konsep asas Juzuk karate di zaman moden ini, telah menafsirkan penggunaan seni yang tersusun dan berdasarkan keringkasaan penting yang diperkenalkan. Ini termasuklah kepada pergerakan membalas di mana setiap tangkisan dibahagian kiri akan diikuti dengan tangkisan di sebelah kanan. Tujuan pergerakan ini adalah bagi membentuk keseimbangan 'Ying dan Yang'.

Perbezaan seni Perbezaan di antara seni beladiri Jepun yang menjadi kepada asas atau penanda seni karate masa kini adalah ketidak seimbangan 'Ying dan Yang' yang diamalkan mampu membentuk kepada seni yang amat berbisa. Kaedah seni beladiri dahulu yang lebih kepada seni untuk peperangan (arts for war)dimana lebih bertujuan pratikal bagi menghadapi jumlah lawan dalam julat yang besar. Seni asal karate yang digunakan ini tidak lagi diperkenalkan secara menyeluruh dan hanya diwarisi oleh golongan-golongan tertentu sahaja bagi tujuan pengekalan ilmu sahaja.

Sejarah karate tradisional Karate didalam penggunaan perang telah dipraktikkan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ia lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih bertahun-tahun lamanya.

Seni peperangan tidak beridentiti ini kemudian diberikan nama Kuk Ryu Kempo (tinju tangan pendek) yang mana diamalkan oleh para sami-sami di jepun. Kempo ini menjadi satu fahaman yang membentuk kepada asas seni beladiri karate setelah dicampur-olahkan oleh pengasas-pengasas karate-karate terkenal sehingga menjadi kepelbagaian aliran seperti Shotokan, Kushinkukai, Shito-Ryu dan sebagainya.

Secara asasnya, fahaman karate dimasa sebelum seni beladiri kempo diubahsuai kepada lebih bersistematik, masih mengekalkan kepada kaedah fahaman kempo (tinju) yang menekankan kepada jarak dekat. Beladiri unik tidak bernama ini hanya digelar sebagai Kempo (sebagai memudahkan identiti) telah dilatih kepada golongan-golongan terpelajar di jepun yang digelar sebagai cendiakawan perang. Antara cendiakawan perang terkenal ialah funakhoshi.

Cendikiawan-cendekiawan ini telah mencadangkan kepada satu penubuhan seni beladiri global yang lebih mudah dan lebih dikenali, namun mendapat tentangan hebat oleh guru-guru tua kempo kerana keaslian dan kefahaman agama didalam kempo akan hilang. Setelah dinasihatkan oleh pihak istana, maka golongan guru-guru tua terpaksa merelakan seni kempo mereka diubah-modenkan secara menyeluruh dan seni beladiri ini dikenali sebagai karate do yang bermaksud 'seni untuk tangan kosong'.

Ilmu lama Walaubagaimanapun, pihak golongan guru tua tetap menyimpan dan menurunkan ilmu kempo yang telah sebati didalam kehidupan mereka kepada golongan-golongan tertentu yang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat ketat yang dikenakan. Golongan itu ialah anak-anak muda petani didaerah utara jepun jauh dari kepulauan okinawa. Seni kempo ini kemudian diberi nama Kempo ka jutsudimana ia juga disusun semula oleh guru-guru tua berdasarkan kepada konsep yang sememangnya bertentangan dengan karate moden. Tujuan utama olahan ini adalah memastikan supaya jika berlaku pertembungan diantara pengamal kempo dan karate, maka pengamal kempo mampu menewaskan mereka dengan mudah.

Sejarah membuktikan bahawa terdapat beberapa guru-guru yang mempunyai 'dan' tertinggi ditewaskan oleh orang-orang tua di kepulauan Okinawa dengan gerakan-gerakan mudah lagi berbisa.

Dewasa ini, kempo ka jutsu tidak lagi ketahui siapa yang mengamalkannya kerana tidak diketahui mengenai pengamalnya. Namun begitu, para sami di kuil-kuil utama, golongan veteran penjaga diraja, golongan pembuat pedang samurai buatan tangan tetap mengakui mengenai kewujudan kempo ka jutsu ini. Golongan veteran ini telah memberi pengiktirafan utama kepada pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini. Dimana seni beladiri ini Berikutan dengan pertikaian diantara guru lama dan pengasas karate moden, pihak istana telah mengambil jalan bijak bagi mengekang pertelingkahan ini dengan mengadakan perbincangan di salah sebuah sekolah karate (dikenali sebagai 'Ryu')dan perbincangan dijalankan dengan berdasarkan kepada kuasa maharaja untuk membuat keputusan.

Berikutan dengan itu, maka seni kempo ka jutsu dikenali sebagai 'Karate Lama'atau old traditional karate dan seni karate moden dikenali sebagai 'Karate Moden'. Penamaan ini membolehkan mereka duduk disatu payung dan karate moden telah diwajibkan untuk dipopularkan kepada dunia luar. Manakala, bagi seni karate lama ini telah dijadikan silibus tertinggi bagi mendapatkan talipinggan tahap 8 Dan keatas.

Silibus karate Lama (old traditional karate)

Konsep asas Karate Lama menggunakan asas peperangan terbuka sebagai sistem dimana peperangan menjadi tunjang kepada pergerakan utama.

Kempo boleh dikenali dengan penggunaan tangan melurus kehadapan tanpa kekuda menepi dimana setiap kaki yang menjadi kekuda (stance) adalah membuka dari hadapan ke belakang dengan jarak yang kecil. Kedudukan menyerang ini amat merbahaya kerana membolehkan pengamalnya bergerak dan mengubahgerak kepada 9 arah berbeza yang hanya boleh dilakukan dengan kaki yang berdiri tegak sahaja. Kebiasaannya, kedudukan tangan adalah membengkok menghala kehadapan dan mudah untuk menyerang.

Serangan biasa ditujukan kepada pertemuan urat walaupun hanya untuk tumbukan dan belaan. Terdapat pelbagai variasi tumbukan dan gerakan tumbukan yang mana amat sukar untuk ditahan atau ditangkis, ditangkap dan kunci. Tumbukan bergaris dan membulat adalah digunakan secara serentak dan tidak mempunyai penamat yang mutlak.

Konsep 'Zen' amat dipraktikkan oleh pengamal seni kempo dimana merosakkan bahagian yang digunakan untuk menyerang. Antara tumbukan yang merbahaya adalah 'tumbukan iai' iaitu tumbukan angin dimana ia digunakan untuk memecahkan dibahagian dalam berbanding merosakan bahagian luar. Oleh itu, konsep karate lama ini amat sesuai digunakan bagi menentang pakar-pakar Muay Thai yang mempunyai tulang dan anggota badan yang kuat dan keras.

Kedudukan tegap dan berubah mengikut arah juga amat sesuai bagi menentang sebarang seni beladiri yang berbentuk kuncian dan tempur jarak dekat. Kaedah untuk menyerang juga teleah disusun agar dapat digunapakai secara meluas lagi berkualiti bagi memastikan agar sebarang serangan dibuat kepada seni beladiri yang berbentuk menanti dapat ditangani dengan berkesan. Humbanan juga dapat dikekang dengan mudah dan memang diketahui oleh pengasas seni aikido seperti morehei usheiba mengetaui mengenai perkara ini dan satu perjanjian dibuat bagi menghormati keharmonian seni beladiri jepun dan sebarang pergaduhan antara pengamal kedua-dua pihak haruslah disimpan dan dielakkan sama sekali.

Konsep pertahanan karate klasik

Berbeda dengan aplikasi karate moden, karate tradisi mengamalkan satu konsep yang amat kompleks untuk difahami. Konsep yang unik ini dinamakan Ryu Ka Kempo yang membangunkan pembelaan secara metaliti dan metafizik.

Tangkisan dan elakan merupakan takrif awal bagi pertahanan seseorang. Tangkisan bermaksud sentuhan terus dan berbentuk secara langsung sementara elakan bermaksud mengelak daripada tersentuh tanpa sentuhan badan. Ada diantara seni beladiri kini memilih untuk menyerang sebagai pertahanan atau dalam fahaman awal iaitu "Menyerang sebagai bertahan". Konsep ini mentakrifkan sebagai membalas adalah lebih baik daripada hanya bertahan.

Kempo atau karate klasik ini mentakrifkan sebagai sifat kemanusiaan yang amat tinggi. Kelebihan yang amat ketara bagi ahli karate klasik dimana kebanyakan pengamal-pengamalnya adalah daripada golongan yang usia agak lanjut ialah kelebihan daripada segi 'inner sense' yang mampu mengagak dan membaca serangan lawan seterusnya mengelak, menangkis dan membalas. Kemampuan inner sense inilah yang dikenali sebagai kemampuan metaliti. Kemampuan mentafizik pula ditakrifkan sebagai kemahiran berasaskan kepada sifat-sifat yang mesti digunapakai dalam bertahan iaitu selembut sutera sekeras besi waja dan selancar air mengalir dan setegap gunung fuji.

Secara asasnya, pengamal karate klasik dalam mengaplikasikan konsep pertahanan ialah dengan meletakkan dua garisan dalam minda sebagai (mind set) pedoman dalam belaan perseorangan mahupun lebih daripada seorang. Dua garisan dalam minda digambarkan sebagai benteng yang menjadi kawasan kawalan bagi menentukan sebarang tindakan membalas. Dalam mengaplikasikan kaedah ini, garisan pertama adalah untuk tumbukan dan garisan kedua adalah untuk tendangan.

Sebarang tumbukan atau tendangan yang dibuat oleh pihak lawan tidak akan dianggap membahaya jika tidak melepasi garis yang telah ditetapkan dalam minda pengamal. Acahan-acahan tumbukan dan tendangan ini tidak akan dilayan dan pengamal karate hanya berdiri diam sebagai persediaan minda. Hanya tumbukan dan tendangan yang melepasi garisan akan diambil layan samada mengelak, menangkis ataupun memusnahkan sepenuhnya serangan itu.

Falsafah Di Dalam Karate[sunting | sunting sumber]

1. Musnah bisa ular untuk buang bisa (Konsep serangan dan belaan dalam karate do)

Konsep ini amat popular dalam pengamal karate klasik, dimana ia amat sesuai digunapakai dalam pertarungan satu lawan satu diantara pakar-pakai beladiri. Secara mudahnya, kebanyakan pengamal seni perang akan mempunyai kelebihan samada mata yang cekap dan tajam, tangan (tumbukan) yang laju dan pantas, kaki (tendangan) yang laju dan lincah, kemahiran dalam penggunaan senjata tertentu dan sebarang kelebihan yang ada untuk pertarungan. Konsep ini digunapakai untuk memusnahkan kelebihan-kelebihan ini yang dianggap sebagai bisa. Tangan akan dipatahkan, mata-mata urat diputuskan, kaki dipatahkan, mata dibutakan sebagai melemahkan lawan.


2. Rakka (Bunga yang berguguran)

Ia adalah sebahagian konsep pertahanan Karate. Maksudnya setiap teknik pertahanan perlu dilakukan dengan bertenaga dan mantap sehingga diumpamakan jika teknik itu dikenakan ke atas pokok, maka dengan kekuatan teknik itu, semua bunga dari pokok itu akan jatuh berguguran. Contohnya sekiranya musuh menyerang dengan menumbuk muka lalu pengamal karate membuat tangkisan atas yang kuat hingga menyebabkan tangan yang menumbuk itu patah, maka dengan tangkisan atas itu sudah cukup untuk membela diri tanpa perlu lagi membuat serangan balas.


3. Air dan sutera

Bagi kaedah ini, tumbukan dan belaan adalah bagi kawalan vektor asas yang menyeluruh, tetap dan murni saksama dengan sebarang serangan yang dibuat oleh pihak lawan. Pergerakan yang lembut dan lancar dari mampu dikekang dengan mudah dan harmoni apabila pergerakan yang menyeluruh dan variasi yang lancar dapat dilaksanakan.


4. Mizu No Kokoro (Minda itu seperti air)

Sekiranya air di tasik itu tenang, maka ia boleh memantulkan imej dengan terang. Contohnya pada malam bulan mengambang, kita dapat melihat imej bulan mengambang di tasik yang tenang itu sangat terang dan sama seperti kita mendongak dan melihat bulan di langit. Namun apabila ketenangan tasik itu diganggu seperti dilontar dengan kelikir, maka tasik itu akan menimbulkan riak dan imej yang terbentuk di tasik itu tidak lagi jelas, malah akan kelihatan kabur (distorted). Begitulah juga minda perlu dijaga agar sentiasa tenang agar dapat membela diri dengan lebih cekap. Jika minda dikaburi dengan banyak gangguan fikiran, maka ia tidak mudah untuk bersedia membela diri.


Anekdot Karate[sunting | sunting sumber]

Berkenaan Falsafah Karate

Seorang murid baru bertanya kepada guru karate, mana teknik yang paling hebat dan berapa banyak teknik yang perlu dipelajarinya untuk dia menjadi kuat lalu dapat mengalahkan lawan yang lebih besar. Si guru menjawab, sesungguhnya jika seseorang itu mempelajari dan berlatih membuat tumbukan asas karate, 16 jam sehari, selama 16 tahun, maka tumbukan itu tetap berbisa dan dia akan menjadi kuat serta dapat mengalahkan lawan yang lebih besar daripadanya berbanding mempelajari pelbagai gerakan hanya untuk 16 hari sahaja. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di dalam diri kita adalah kekuatan kita.

Antara Sumber Rujukan[sunting | sunting sumber]

Robin L. Reilly, Complete Shotokan Karate (Tuttle Publishing, 1998)


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]