Karbin Bushmaster M4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bushmaster M4
M4gery.jpg
Bushmaster XM15-E2S M4
Jenis Karbin
Asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Lebih 60 buah negara[1]
Sejarah pengeluaran
Pereka Bushmaster Firearms International
Pengeluar Bushmaster Firearms International
Variasi M4A1, M4A2, M4A3, M4 Post-Ban
Spesifikasi
Berat 2.82 kg (6.22 lb) tanpa peluru
Panjang 882.7 mm (34.75 in) (dengan udi teleskopik)
Panjang laras 406.4 mm (16 in)

Jenis peluru .223 Remington, 5.56 x 45 mm NATO, 6.8 mm Remington SPC
Tindakan Sistem gas, bolt berputar
Kadar tembakan Separa-automatik (bagi Pasaran awam)
700–950 butir seminit bagi mod automatik (bagi polis dan tentera)
Sistem suapan Versi kelopak STANAG.
Kapasiti:
  • 30 butir (5.56 x 45 mm NATO)
  • 26 butir (6.8 mm Remington SPC)
Pejera Pejera logam hadapan dan belakang


Bushmaster M4 adalah selaras karbin tempur yang direkacipta oleh syarikat persenjataan Bushmaster Firearms International, Amerika Syarikat. Sungguhpun rekabentuknya 100% menyerupai karbin M4 yang dikeluarkan oleh Colt, tetapi ia menggunakan sistem tembakan separa-automatik untuk pasaran awam di Amerika. Walaubagaimanapun, ia turut direkacipta bagi kegunaan pasukan tentera dan polis dengan menggunakan sistem tembakan semburan tiga butir (Burst) atau tembakan semburan sepenuhnya (Full-auto).[2] Karbin serbaguna ini menggunakan kaliber peluru .223 Remington dan 5.56 x 45 mm NATO. Bushmaster turut mereka versi raifal berjenama sama yang menggunakan peluru berkaliber 6.8 mm Remington SPC, dikenali sebagai 6.8mm SPC Rifle.[3]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

M4 keluaran Bushmaster ini mempunyai 3 siri, iaitu M4A1, M4A2 dan M4A3; perbezaannya M4A3 mempunyai pemegang yang boleh ditanggalkan untuk dipasang pelbagai aksesori. Persamaannya pula, 6.8mm SPC Rifle dikeluarkan dengan tiga siri juga iaitu A1, A2 atau A3. Bagi karbin versi M4 Type Post-Ban ini direkacipta khas untuk kegunaan US Federal Assault Weapons Ban. Sejak itu perkataan ban (diharamkan) kini telah berakhir, karbin ini menggantikan versi M4A2 dan M4A3. Sungguhpun begitu, sesuatu daerah di Amerika telah membentangkan perkara ini ke dalam undang-undang, jadi ia masih lagi dipasarkan.

Terdapat pilihan ke atas dua pengadang cahaya yang berlainan pada M4A2 dan M4A3; iaitu pengadang cahaya jenis 'Izzy' pada laras senjata 14.5" yang mempunyai laras berukuran of 16 inci", dan jenis 'Bird Cage' yang boleh ditanggalkan, dikenali oleh Bushmaster sebagai Patrolman's Carbine, menggunakan laras 16 inci" yang menjadikan senjata ini mempunyai ukuran panjang laras sepanjang 17.5 inci". Kesemua jenis karbin ini berada di bawah pindaan Akta Senjatapi Nasional Amerika yang menggunakan laras minimum iaitu 16" inch bagi versi separa-automatik untuk pasaran awam. Ia turut diperolehi oleh pihak ketenteraan bagi karbin Bushmaster M4 yang didatangkan khas dengan laras 14.5" dan pengadang cahaya 'Bird Cage' yang boleh ditanggalkan.[2] The 6.8mm SPC Rifle only comes with a 16" barrel and a removable 'Izzy' type flash suppressor.[3]

Karbin ini adalah 'klon' asas daripada rekabentuk Colt M4, khasnya bagi pasaran awam sahaja (banyak kelainan jenama bagi senjata separa automatik AR-15). Ia juga satu kelainan pada AR-15 buatan Bushmaster dikenali sebagai karbin 'XM-15'.[4]

Versi standard meliputi:

  • Pejera cincin diletakkan di bahagian pemegang
  • Menggunakan pemegang senjata yang boleh ditanggalkan (bagi M4A3)
  • Udi teleskopik 6-posisi
  • Aksesori landasan Picatinny (bagi M4A3)
  • Kemampuannya pengisian kelopak senjata sama dengan karbin AR15/M16 STANAG
  • Boleh dipasangkan aksesori pada landasan Picatinny.
  • Laras mempunyai salutan tebal krom di bahagian bore dan kurung peluru

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Paskal Bushmaster M4.jpg

Selain itu, Malaysia juga turut memperolehi M4 keluaran Bushmaster bagi organisasi ketenteraan dan polis. Angkatan Tentera Malaysia pernah memenangi kejohanan menembak diperingkat antarabangsa, hasil dari penggunaan karbin Bushmaster M4A1 dan Bushmaster M16A2. Antara yang paling menonjol sekali adalah pasukan elit PASKAL (Gambar kiri) dari Tentera Laut Diraja Malaysia yang merupakan pengguna utama Bushmaster M4 versi A2. Selain PASKAL, PASKAU TUDM dan Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia turut menggunakan M4 keluaran Bushmaster sebelum memperolehi M4 keluaran Colt.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan