Kardiovaskular
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
60.51.87.215 10:46, 1 Mei 2008 (UTC)Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardivaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Daya Tahan Kardiovaskular
• Merupakan komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. • Didefinisikan sebagai keupayaan jantung, saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal. • Berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan system kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh secara berterusan bagi membolehkan seluruh anggota tubuh bekerja dalam tempoh masa yang panjang. • Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardioveskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. • Kapasiti aerobik- Konsep yang digunakan untuk menggambarkan status fungsi system digunakan untukmenggambarkan status fungsi system
kardiovaskular.
-dikenali sbg VO2max (didefinisikan sebagai kapasiti penggunaan
oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti
fizikal.
Fungsi Sistem Kardiovaskular
Penghantar
Menghantar oksigen dan nutrient ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung.
Pengeluar
Mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolism daripada setiap sel dalam badan
Pengangkut
Mengangkut hormone dari kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah.
Pengekal
Membantu mengekalkan suhu dalam badan.
Penghalang
Menghalang dehidrasi dan infeksi dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang sesuai.
Sistem Peredaran Darah
1. Sistem Peredaran Pulmonari
2. Sistem Peredaran Sistemik

