Karelia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Karelia, terbahagi antara Rusia dan Finland pada masa kini

Karelia ialah kawasan yang pernah menjadi petempatan untuk bangsa Karelia. Sejarah kawasan ini amat penting untuk negara Finland, Rusia, dan Sweden. Sekarang, kawasan ini dibahagikan antara daerah-daerah Finland yang bernama Karelia Utara dan Karelia Selatan, serta Republik Karelia di Rusia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak abad ke-13, penguasaan Karelia ditandingi oleh Sweden dan Republik Novgorod. Perjanjian Nöteborg pada tahun 1323 membahagikan Karelia antaranya.

Pada tahun 1721, dalam Perjanjian Nystad, Sweden menyerah kebanyakan kawasan Karelia kepada Empayar Rusia. Seluruh Finland kemudian ditawan oleh Rusia, dan apabila Finland mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1917, pembatasan telah ditetapkan yang mengandungi seluruh Gentingan Karelia.

Semasa Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet telah menyerang Finland di Karelia, dan menawan kebanyakan kawasan Karelia yang pernah menjadi tanah Finland. Oleh sebab peperangan ini, 400,000 penduduk di Karelia harus dipindahkan ke Finland. Karelia pernah mangandungi bandar kedua besar di Finland, serta kebanyakan kawasan perindustrian negera tersebut. Walau bagaimanapun, ia ditawan oleh Kesatuan Soviet untuk melindungi diri daripada serangan negara Jerman, yang berpakat dengan Finland.