Karpal Singh
| Yang Berhormat Bukit Gelugor Karpal Singh Ram Singh |
|
|
Pengerusi Nasional Parti Tindakan Demokratik
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 2004 |
|
| Didahului oleh | Lim Kit Siang |
|---|---|
| Kawasan | Bukit Gelugor, George Town |
| Majoriti | 21,015 |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 24 Mac 2004 |
|
| Didahului oleh | kawasan baru |
| Majoriti | 21,015 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 28 Jun 1940 (umur 71) |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Peguam |
| Agama | Sikh |
Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.
Beliau mengalami kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.
Isi kandungan |
[sunting] Kehidupan Awal
Beliau yang dilahirkan di Kedah, mendapat pendidikan awal di St. Xavier's Institution, George Town,Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966).
[sunting] Politik
Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah meyandang Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.
Beliau ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah. Beliau pernah menerima jolokan sebagai "Harimau Jelutong" kerana beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.
Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.
Karpal Singh terlibat dalam kemalangan pada awal tahun 2005 dan sekarang sedang dalam proses pemulihan.
Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main' selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.[1]
Pada 7 April 2010, Karpal Singh digantung 10 hari kerana mencerca 'diktator' terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Puncanya Speaker menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN/UMNO-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.[2]
[sunting] Ditahan ISA
Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.
[sunting] Keluarga
Beliau berkahwin dengan Puan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya, Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.
[sunting] Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan yang ditandingi | Undian | Majoriti | Jumlah pengundi | Lawan |
|---|---|---|---|---|---|
| 1974 | P Alor Setar | - | kalah | - | - |
| 1974 | N Bandar Alor Setar | - | menang | - | - |
| 1978 | P Jelutong | - | menang | - | - |
| 1978 | N Bukit Gelugor | - | menang | - | - |
| 1982 | P Jelutong | - | menang | - | - |
| 1982 | N Bukit Gelugor | - | menang | - | - |
| 1986 | P Jelutong | - | menang | - | - |
| 1986 | N Bukit Gelugor | - | menang | - | - |
| 1990 | P Jelutong | - | menang | - | - |
| 1990 | N Sungai Pinang | - | kalah | - | - |
| 1995 | P49 Jelutong | - | menang | - | - |
| 1995 | N Padang Kota | - | kalah | - | - |
| 1999 | P49 Jelutong | 20716 | kalah dengan perbezaan 775 undi | 59372 | Lee Kah Choon (BN - Gerakan) |
| 2004 | P51 Bukit Gelugor (kerusi baru) | 22529 | menang dengan perbezaan 1261 undi | 60123 | Lim Boo Chang (BN - MCA) |
| 2008 | P51 Bukit Gelugor | 35140 | menang dengan perbezaan 21015 undi | 65614 | Koay Kar Huah (BN - MCA) |
[sunting] Isu dan kontroversi
[sunting] Perogol patut dihukum mati
Pada 31 Julai 2010, Karpal Singh selaku pengerusi DAP kebangsaan menggesa perogol kanak-kanak dijatuhi hukuman mati. Sekarang, Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hanya penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.[3] Dalam kebanyakan kes jenayah berat, beliau menjadi peguam bela.
[sunting] Rujukan
- ↑ [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_02.htm "Karpal Singh digantung dua hari", Utusan Online, 24 Oktober 2008.
- ↑ Karpal diarah keluar Dewan, gantung 10 hari
- ↑ Karpal cadang perogol kanak-kanak dihukum mati
[sunting] Pautan luar
- Malaysia Election 2004 keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen di Pulau Pinang. (Bahasa Inggeris)
- Malaysia Election 1999keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen di Pulau Pinang. (Bahasa Inggeris)
- http://www.parlimen.gov.my/DewRakyat_KedAhli_detail.php?id=205