Kasih (keroncong)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Kasih"
Single oleh Ermy Kullit
daripada album Kasih Vol 3
Dilancarkan pada1 Disember 1986
FormatKaset
GenreBossanova, Jazz
Panjang-
SyarikatGranada Record
PenulisRichard Kyoto
PenerbitIreng Maulana
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Kasih yang dipopularkan Hetty Koes Endang dalam irama keroncong itu pada asalnya dirakamkan dalam irama bosanova oleh penyanyi Ermy Kullit pada Disember 1986 kemudian Hetty merakamkan lagu itu pada 1987 selepas lagu itu meletup di pasaran. Lewat lagu ini pula Ermy dinobatkan sebagai Penyanyi Jazz Terbaik pilihan angket pembaca tabloid Monitor dan nominasi sebagai album terbaik oleh BASF Award.

Richard menghasilkan lagu itu pertengahan 1986 apabila pemuzik jaz terkenal Indonesia, Ireng Maulana meminta lagu daripadanya untuk Ermy Kullit. Kebetulan ilham datang kerana ketika itu beliau meminati gadis cantik bernama Hani. Richard hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit menghasilkan lagu itu bersama liriknya sekali kerana perasaan yang begitu mendalam kepadanya. Apabila Ireng menyerahkan lagu itu untuk penyanyi wanita, Rochard merasakan judul Hani tidak sesuai kerana ia nama wanita lantas beliau menukarkan saja kepada Kasih kerana ia lebih umum.

Versi Hetty Koes Endang (1987)[sunting | sunting sumber]

"Kasih"
Single oleh Hetty Koes Endang
daripada album Koq Jadi Gini
Dilancarkan pada1987
FormatKaset
GenreKeroncong
Panjang-
SyarikatGranada Record
PenulisRichard Kyoto
PenerbitWarner
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ternyata apabila album Emy Kulliet dipasarkan, lagu dalam irama bosanova itu meletup. Sudah menjadi perkara biasa dalam senario muzik Indonesia akan ada penyanyi lain membawakan lagu yang sedang meletup di pasaran. Ternyata Hetty berminat memuatkan lagu itu dalam album keroncongnya, Koq Jadi Gini. Ia lebih mempopularkan lagu ini dengan irama keroncong berbanding versi asal malahan tidak sekadar popular di Indonesia malahan digemari di negara serantau termasuk Singapura dan Malaysia


Versi Dayang Nurfaizah (2005)[sunting | sunting sumber]

"Kasih"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Kasih
Dilancarkan pada25 Oktober 2005
FormatCD,
GenreJazz
Panjang-
SyarikatDNAD Entertainment, New Southern Records
PenulisRichard Kyoto
PenerbitJenny Chin
Kronologi single Dayang Nurfaizah
""Kasih Maafkan"
(2005)"
"Kasih" ""Penawar Rindu"
(2006)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kasih dirakamkan oleh penyanyi R&B popular Malaysia iaitu Dayang Nurfaizah dan dijadikan single utama album khas berkonsepkan klasik beliau iaitu Kasih. Ia mendapat sentuhan penggubah Jenny Chin dan dijadikan sebuah lagu jazz sebagaimana bentuk asal lagu ini.

Menerusi lagu dan album tersebut, Dayang menggondol anugerah Rakaman Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2006. Rakaman lagu ini dibuat oleh Jenny bersama Firdaus Mahmud dan Zailan Razak. Ia dipersembahkan secara langsung oleh Dayang ketika berlangsungnya acara tersebut diiringi pemain piano, Acis.

Kontroversi Hakcipta[sunting | sunting sumber]

Richard Kyoto datang ke Malaysia untuk menjejak Dayang ekoran lagu Kasih yang mula mendapat tempat di hati peminat itu dikatakan dirakamkan tanpa kebenaran beliau. Bagaimanapun selepas beberapa sesi rundingan akhirnya Richard dan NSR (syarikat rakaman Dayang) mencapai kata sepakat. Malahan adik Richard, Ryan Kyoto juga memberikan 2 buah lagu baru untuk dirakam oleh Dayang dalam album pop seterusnya.

Versi Nassier Wahab (2007)[sunting | sunting sumber]

"Kasih"
Single oleh Nassier Wahab
daripada album Jangan Hapus Cintaku
Dilancarkan pada2007
FormatCD,
GenreCha Cha, Pop
Panjang-
SyarikatEMI
PenulisRichard Kyoto
PenerbitRichard Kyoto
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketika berada di Singapura, Richard memaklumkan kepada kenalan mengenai rancangan mencari bakat dari Malaysia untuk merakamkan album di Indonesia. Dari situ ada pihak mencadangkan nama Nassier Wahab yang kebetulan ketika itu menjayakan satu undangan menyanyi. Selepas dibawa menyaksikan persembahan Nassier, ternyata dia mempunyai suara yang bagus dan menyatakan hasrat itu kepadanya. Selepas perbincangan, Richard dan Nassier bersetuju dan Mac 2007 Nassier merakamkan tiga lagu ciptaan Richard, Untukmu, Ingin Bersama dan juga Kasih.

Untuk Nassier, beliau telah tukar irama Kasih kepada cha cha dan Nassier juga menjadi penyanyi lelaki pertama merakamkan lagu itu selepas Emy Kulliet, Hetty dan Dayang. Lebih istimewa apabila lagu baru ciptaan untuk Nassier, Untukmu adalah kesinambungan lagu Kasih. Lagu itu menjadi single pertama album Nassier, Jangan Hapus Cintaku yang mula dipasarkan di Indonesia akhir Julai 2007.