Kasim Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kasim Ahmad
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Dalam jawatan
1972–1975
Didahului olehMohd Daud Abdul Samad
Digantikan olehAbdul Wahab Yunus
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
1972–1974
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Marang
Dalam jawatan
1969–1978
Didahului oleh Abdullah Mohamed
Digantikan oleh Tengku Zahid Tengku Musa
Butiran peribadi
Lahir(1937-09-11)11 September 1937
Kuala Rompin, Pahang
Meninggal dunia19 Mei 2011(2011-05-19) (umur 73)
Kampung Alor Terbol, Kuala Terengganu
Sebab kematianSerangan strok
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganNoraidah Sulaiman
Zainab Awang
Anak-anak13 orang

Ustaz Kasim Ahmad ialah seorang ahli politik di Malaysia dari Terengganu. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marang, Terenggnu pada 1969 hingga 1978. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu semasa pembentukan kerjasama Kerajaan Perpaduan Perikatan-PAS pada 1972-1974.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ustaz Kasim dilahirkan pada 11 September 1937 di Kuala Rompin, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rompin, Pahang. Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama Mersing dan Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Johor Bharu. Pada tahun 1958, beliau berjaya memasuki Kolej Islam Klang. Selepas tamat pengajiannya, beliau bertugas sebagai guru agama di Pahang sebelum berhijrah ke Terengganu.

Kasim mendirikan rumahtangga pada tahun 1959 bersama isteri pertamanya Noraidah Sulaiman yang juga seorang guru agama. Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan lapan orang anak dengan tiga lelaki dan lima perempuan. Pada tahun 1990, beliau berkahwin pula dengan Zainab Awang dan dikurniakan cahaya mata seramai lima orang iaitu dua lelaki dan tiga perempuan[1].

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai PAS pada 1958. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Dungun dan Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Yang Dipertua PAS Kawasan Marang (1976-2003); Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu (1972-1975): selain Bendahari, Setiausaha dan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Pengerusi Tetap PAS Pusat, Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama PAS Terengganu. Pada 2011, beliau dianugerahkan sebagao Tokoh Jubli Emas PAS Terengganu[2].

Kasim pernah menjadi wakil rakyat PAS di DUN Marang pada tahun 1969. Beliau memperolehi sebanyak 3,775 undi menewaskan Abdullah Haji Mohamad dari Perikatan dengan majoriti 1,075 undi. Apabila berlaku Kerajaan Campuran antara PAS-Perikatan tahun 1972, Ustaz Kasim yang juga Adun Marang ketika itu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Campuran Negeri Terengganu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1974, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dun Marang tetapi atas tiket Barisan Nasional (BN) apabila PAS menyertai BN pada tahun tersebut. Beliau menang bersama lapan orang lagi calon BN dari parti PAS di kerusi Dun masing-masing.

Kasim turut bertanding dalam pilihan raya umum lain tahun 1978, 1982, 1986 dan akhir sekali 1990.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ustaz Kassim dalam kenangan (1937-2011)". Apa Orang Kata. 23 Jun 2011. Dicapai pada 13 Oktober 2021.
  2. ^ 20 dipilih tokoh Jubli Emas PAS Terengganu[pautan mati kekal]