Kasino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalur Las Vegas terkenal kerana mempunyai banyak hotel resort kasino

Kasino merupakan satu tempat yang membenarkan aktiviti perjudian dijalankan. Kasino yang popular menguntungkan dari segi ekonomi sesebuah negara. Biasanya pusat kasino dibina di tempat yang strategik bersama dengan hotel, restoran, taman tema, kompleks beli-belah, kapal persiaran dan tarikan percutian lain. Beberapa pusat kasino juga menganjurkan acara sukan dan acara kebudayaan penting. Di seluruh dunia terdapat 4750 buah kasino.

Malaysia dan Singapura[sunting | sunting sumber]

Dikatakan Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura berasa rugi kerana Singapura tidak ada pusat kasino.

Di Malaysia, Genting Highlands telah dibina pusat kasino yang pertama pada zaman Tunku Abdul Rahman. Ada cadangan pusat kasino hendak dibina di Kedah pada 1960-an tetapi mendapat bantahan ramai pihak. Setiap kali pilihan raya, isu pusat kasino ini dimanipulasikan oleh pihak pembangkang terutama PAS. Agama Islam melarang keras sebarang unsur judi seperti kasino.