Kaspersky Lab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kaspersky Lab
Jenis Sendirian Berhad
Industri Perisian Komputer
Ditubuhkan 1997
Pengasas Eugene Kaspersky
Ibu pejabat Moscow, Rusia
Tempat dibekalkan Sekuriti Komputer
Perancang utama Eugene Kaspersky
Natalya Kaspersky
Vitaly Bezrodnykh
Produk Securiti
Laman web Kaspersky.com


Kaspersky Lab merupakan syarikat yang membangunkan, menghasil dan mengedar maklumat atau produk penyelesaian sekuriti atau keselamatan yang menghadang ancaman IT dan membenarkan pengguna mengurus risiko yang timbul seperti anti-virus, anti-spyware, anti-spam dan anti-penceroboh. Kaspersky Lab, juga menyediakan produk dalam menghalang ancaman virus, penggodam dan spam untuk rumah(personal) dan syarikat (enterprise), juga menyediakan khidmat rundingan dan sokongan teknikal.

Kaspersky Lab ditubuhkan dalam tahun 1997, dan ia merupakan vendor atau pembekal perisian maklumat sekuriti antarabangsa. Beribupejabat di Moscow, Rusia dan mempunyai beberapa lagi buat syarikat disektar United Kingdom, Perancis, Jerman, Belanda, Poland, Jepun, Korea, Romania, Amerika Syarikat dan China.

Kaspersky Lab telah menerima pengiktirafan usahasama dari Microsoft Gold untuk penyelesaian sekuriti, dan juga merupakan rakan usahasama untuk SUSE dan Red Hat. Perisian antivirus Kaspersky 6 telah mendapat pilihan pengedit CNET untuk tahun 2007 dan telah mendapat tempat pertama untuk Top 8 Windows Anti-viurs dari About.com. Begitu juga, Kaspersky Lab telah menjalin usahasama dengan kerajaan Malaysia dalam menangani masalah pencurian dan pencerobohan disektor swasta.

Produk[sunting | sunting sumber]

Personal

  • Kaspersky® Internet Security
  • Kaspersky® Anti-Virus
  • Kaspersky® Anti-Virus Mobile

Syarikat

  • Kaspersky Work Space Security
  • Kaspersky Business Space Security
  • Kaspersky Enterprise Space Security
  • Kaspersky Total Space Security

Kaspersky Lab, juga membenarkan pengguna mendapat penyemakkan virus atas talian secara percuma. Diantra penyemakan masa nyata yang diperkenalkan ialah Kaspersky Online Virus Scanner dan Kaspersky File Scanner. Produk ini tidak seperti produk personal yang membenarkan pengguna mencuba sehingga 30 hari sahaja dan kemudiannya pengguna perlu menlanggan secara bayaran tahunan untuk mendapat khidmat produk Kaspersky Lab.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]