Kassim Masdor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kassim Masdor
Nama lahir Kassim Masdor
Kelahiran 19 September 1938(1938-09-19)[1]
Berasal dari Singapura Singapura
Kematian 21 Januari 2014 (umur 75)
Singapura
Genre pop
Pekerjaan Penggubah lagu
Instrumen Gitar, piano, xilofon
Tahun aktif 1950-an - 1980-an
Label Shaw Studios, EMI, Senada[1]

Kassim Masdor (19 September 1938 - 21 Januari 2014) adalah salah satu penggubah lagu terkenal yang berasal dari Singapura. Beliau telah menggubah lagu selama setengah abad, mulai tahun 1950-an hingga 1980-an. Beliau juga adalah anak murid P. Ramlee.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkhidmat dengan Shaw Brothers melalui Malay Film Productions Ltd. (MFP) sebagai seorang kerani pada tahun 1952. Namun, beliau bertekad mengasah bakat dalam bidang muzik dan azam ini semakin menebal apabila beliau bertemu dengan P. Ramlee dan tokoh-tokoh lain di MFP. Beliau menghargai keperihan bekerja dengan P. Ramlee dan pengalaman tersebut telah menjadikan beliau seorang pemuzik yang mahir.

Beliau juga salah seorang perintis kumpulan popular Panca Sitara yang ditubuhkan P. Ramlee. Pada 1968, sebaik sahaja Shaw Brothers membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas, Kassim dipanggil EMI Singapura untuk menjadi penerbit, composer dan penyusun muzik di situ. Sepanjang lima tahun bersama EMI, Kassim menerbitkan lebih 60 buah album. Pada tahun 1977 Kassim Masdor telah berundur dari EMI apabila menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Senada Record.

Beliau telah mencipta lebih 400 lagu malar segar termasuk Sapu Tangan Tanda Mata dendangan Saloma, Bahtera Merdeka (Ahmad Jais) dan Selamat Hari Raya (allahyarham Fazidah Joned). Antara penyanyi yang popular lain menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau, di antaranya Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Ahmad Daud dan juga Sudirman. Beliau juga dipandang tinggi sebagai salah seorang composer ulung pada akhir tahun 60an hingga ke tahun 70an[2].Beliau meninggal dunia pada 21 Januari 2014 pada 9:25 malam di Singapura akibat penyakit asma

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2002, Kassim diberikan Anugerah Pencapaian Artis Sepanjang Hayat oleh Persatuan Pemuzik Melayu Profesional Singapura (PERKAMUS) sempena ulang tahun PERKAMUS yang ke 10.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Kassim Masdor". Tribute.sg. Diperoleh pada 22 Januari 2014. 
  2. Kassim Masdor Komposer Muzik Dulu Dan Sekarang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]