Perkataan
"Kata" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Kata (nyahkekaburan).
Perkataan ialah unit bahasa yang membawa erti dan terdiri dari satu atau lebih morfem yang saling diikat rapat, serta membawa nilai fonetik. Lazimnya sesuatu perkataan terdiri dari kata akar atau kata dasar yang diiringi atau tanpa diiringi imbuhan. Perkataan boleh digabung agar dijadikan ungkapan, klausa dan ayat. Perkataan yang terdiri dari gabungan dua atau lebih kata dasar menjadi kata majmuk, manakala gabungan cebis-cebisan perkataan pula dipanggil kata lakur.
Isi kandungan |
[sunting] Konsep perkataan
Konsep perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna. Perkataan boleh menjadi salah satu daripada tiga bentuk iaitu bentuk dasar, bentuk terbitan dan akar ayat.[1]
[sunting] Bentuk dasar
Ia bebas daripada imbuhan.
Contoh: makan, minum dll.
[sunting] Bentuk terbitan
Ia boleh ditambah dengan proses pengimbuhan
Contoh: makanan, minuman
[sunting] Akar ayat
Ia terdiri dari morfem terikat. Ia tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan tanpa imbuhan .
Contoh:tapa (bertapa), tani (bertani), mudi(kemudi)