Kata kerja transitif
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contoh:
- Halim melihat Adam. (Adam ialah objek yang dilihat)
Kata Kerja Transitif Aktif [sunting]
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Kata Kerja Transitif Pasif [sunting]
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
| Penyambut | Kata Kerja Transitif | Pembuat |
|---|---|---|
| Radio itu | didengari | Atan |
| Burung itu | ditangkap oleh | seekor kucing |
| Sayur itu | dijual oleh | seorang perempuan |
| Ikan itu | dijala oleh | Pak Abu |
| Surat itu | sedang ditulis oleh | bapa |
Lihat juga [sunting]
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |