Kategori:Teknologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk maklumat lanjut, rujuk Teknologi.

Teknologi (bahasa Greek: τεχνολογια < τεχνη (ketukangan) + λογος (perkataan, pengiraan) + akhiran ια) mempunyai lebih daripada satu definisi. Salah satu daripada definisinya ialah "pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk membantu penyelesaian masalah-masalah manusia". Sebagai kegiatan manusia, teknologi wujud sebelum sains dan kejuruteraan. Ia merangkumi pengetahuan manusia mengenai masalah-masalah sebenar dalam reka bentuk alatan, mesin ataupun proses. Teknologi boleh digunakan bukan sahaja untuk mesin, bahkan juga untuk tujuan biologi seperti penyelidikan sel tunjang.

Dalam bidang eksport, teknologi sering ditakrifkan dari segi maklumat. Umpamanya, DTI UK mentakrifkannya seperti berikut:

"Bagi tujuan kawalan eksport, "teknologi" ditakrifkan sebagai maklumat tertentu yang diperlu oleh "pembangunan", "pengeluaran" ataupun "kegunaan" "barang-barang",...... maklumat ini merangkumi cetak biru, pelan, gambar rajah, model, formula, jadual, reka bentuk kejuruteraan dan spesifikasi, ataupun buku panduan dan arahan, baik tertulis ataupun dirakamkan dalam media atau peranti lain seperti cakera, pita ataupun ingatan baca sahaja. Peraturan Kesatuan Eropah juga merujuk kepada maklumat seperti kemahiran, latihan, pengetahuan yang diperlukan ataupun perkhidmatan perundingan.

Subkategori

Yang berikut ialah 36 daripada 36 buah subkategori dalam kategori ini.

*

A

B

C

D

F

I

K

L

P

R

S

S samb.

T