Kawah kompleks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur kawah hentaman
Kawah qamari Tycho

Kawah kompleks ialah sejenis morfologi kawah hentaman.

Apabila sesuatu saiz ambang (berlainan mengikut graviti planet) diatasi, runtuhan dan pengubahsuaian rongga peralihan adalah lebih besar, dan struktur yang terhasil digelar kawah kompleks. Runtuhnya rongga peralihan adalah didorong oleh graviti, di mana kawasan pusat akan terangkat dan rim runtuh ke dalam. Kawasan pusatnya terangkat bukanlah disebabkan oleh pantulan elastik yakni proses di mana bahan yang elastik cuba untuk mengekalkan geometri asalnya; tetapi disebabkan oleh proses di mana bahan yang kecil kekuatannya atau langsung tiada cuba untuk kembali kepada keadaan keseimbangan graviti.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. French, Bevan M (1998). Traces of Catastrophe: A Handbook of Shock-Metamorphic Effects in Terrestrial Meteorite Impact Structures. Houston, Texas: Lunar and Planetary Institute. m/s. 120. LPI Contribution No. 954.